Friday, November 26, 2010

FruSt BerciNta.. D0nT w0rry la.. Just f0lloW mY Tips

Bila cinta dikianati menyebabkan hidup ini tidak bermakna lagi.. Segala sumpah setia yang dijanjikan semasa bercinta dulu.. Punah dek kecurangan si dia.. Jangan bimbang. Kumbang bukan seekor.. Banyak lagi kumbang-kumbang menanti dan lebih bagus dari kumbang jahat tu.. Heheheh~ Bagaimana hendak lupakan si dia yang curang tu..?? Senang aje.. Just follow je tips yang saya bagi.. Cewah macam doktor cintalah pulak.. Anyway, jom baca tips di bawah ini...::::


tipsnya...................:::

1   banyak-banyaklah berdoa supaya korang dapat lupakan si dia.. Jangan lupa juga berdoa untuk mendapat jodoh yang lebih baik dari orang itu.. Mungkin perpisahan ini ada hikmahnya.. Si dia yang korang puji tidak sesuai dengan diri korang.. Selain itu, mungkin Allah hendak menegur korang yang selama ini sering melakukan maksiat. Yelah sepanjang bercinta mana korang ingat haram ker halal? Muanasabahlah kawan oi... Jangan lupa jugak.. Banyakkan buat solat hajat.. Supaya dapat jodoh yang baik. Boleh membimbing diri korang di dunia dan akhirat.. Itu yang penting tu...

2   Banyakkan melakukan aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan. Dulu semasa bercinta punyalah rak mana ada masa korang dengan family. 24 jam asyik berkepit je dengan boyfriends.. Sekarang bile dah berpisah apa kata korang tumpukan kepada keluarga.. Banyak faedah bila korang bersama keluarga. Sebagai contoh hubungan keluarga yang dulu renggang. Apabila bersama hubungan silaturrahim bertambah erat.. Kalau dengan kawan-kawan pun sama.. Tetapi carilah kawan-kawan yang memahami jiwa sanubari korang.. Key wordnya yang suka duka akan bersama korang..

3   Kalau korang punya tahap frust tu tinggi sangat. Apa kata berjumpalah dengan pakar kaunseling yang bertauliah.. Biasanya kaunseling ini tahu bagaimana hendak mengatasi masalah yang korang hadapi.. Diaorangkan dah belajar psikologi manusia. Kalau tidak bagaimana dapat Degree.. Betul tak? Selain itu, kadang-kala korang memerlukan teman sebagai tempat luahan hati korangkan.. Tapi saya sarankan biarlah tempat luahan korang itu kawan perempuan yang boleh simpan rahsia korang.. Kadang-kala kawan perempuan ini lebih memahami perasaan berbanding kawan lelaki.

4   Jangan sesekali korang mempuyai perasaan dendam dan hendak membalas perbuatan si dia. Biarlah dia dengan dunia dia.. Kalau boleh buanglah segala memori korang itu.. Kalau disimpan takut perasaan benci korang kepada si dia semakin menjadi-jadi.. Kalau boleh kita maaf jelah perbuatan dia itu.. Kalau nabi pun boleh maafkan umatnya.. Apatah lagi kita manusia yang sering melakukan dosa dan alpa.

5   Anggap jelah perpisahan ini mempunyai hikmah disebaliknya dan menjadikan diri korang seorang manusia yang matang.. Ambil pengajaran daripada perpisahan ini.. Selain itu, berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup.. Ingat tu!

6   Bagaimana kalau si dia si dia sudah insaf dan hendak kembali dalam hidup kita? Kalau situasi korang macam tu saya sarankan tidak perlulah menjalinkan hubungan kembali.. Orang kata bila seseorang itu mula curang mungkin dia akan curang dengan kita lagi.. Tetapi terpulang kat koranglah..!! Yelah bila cinta masih lagi ada especially cinta itu merupakan cinta pertama menyebabkan kita memaafkan si dia itu dan kembali menjalinkan hubungan cinta.. Kalau macam tu saya sarankan korang berkawan jelah dulu.. Tengok sejauh mana cinta  dia kat korang...Dalam masa berkawan tu korang test la si dia.. Nak menguji cinta dia kat korang.. Kalau jeles tahapnya tinggi.. Kompem dia masih sayangkan korang.. Tapi awas jugak kalau cemburu dia kuat sangat. Takut jugak nanti dia jadi king control pulak.. Pandai-pandailah korang handle situasi ini..

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons