Wednesday, November 24, 2010

jOM TEngok ceriTa SamBil TimbA ILmu






Back to the future memang suka tengok mase kecik-kecik dulu.. Walaupun kadang-kala cerita ni tak masuk akal. Mana ade manusia yang boleh kembali ke zaman dulu dan zaman hadapan tetapi cerita ini boleh membuka minda kita dan menjadi seorang yang kreatif.. Dengan cerita-cerita seperti back to the future, doraemon dan Honey I Shrunk The Kids membolehkan manusia mencipta sesuatu benda atau teknologi yang baru dan kadang-kala tidak masuk dek akal. Sebagai contoh robot ciptaan manusia, kereta yang menggunakan solar, mengembara ke bulan dan sebagainya.. Bila memperkatakan perkara ini membuat diri teringat dengan angan-angan Mat Jenin..Orang kata berangan itu tidak mengapa asalkan kita berusaha untuk merealisasikannya.. Betulkan~
Walaupun sekarang zaman sudah maju dan berteknologi, kita jangan lupa pula jati diri kita yang mempunyai adab-adab susila.. Walau di mana sahaja kita berada tidak kiralah US ke? UK ke? atau Australia ker? Identiti diri sebagai orang timur haruslah dikekalkan. Keadaan ini penting kerana setiap tingkahlaku dan pemikirannya akan dinilai oleh-oleh orang lain terutamanya orang-orang barat..
Bila bercakap pasal 0rang-orang barat ini kita kena kagum dengan sikap mereka iaitu mereka ini seorang yang berani, berterus terang, semangat inkuiri yang tinggi dan rajin bertanya serta membaca. Budaya inilah yang kita harus terapkan dalam diri kita..InsyaAllah~
Akhir sekali, sekali-sekala jom kita tengok cerita-cerita yang boleh menambah pengetahuan tetapi kalau nak release tensi0n tengoklah cerita korea dan jepun.. Hehehehe~ Takpun tengok cerita lawak...Al maklumlah sekarang ni musim exam~ g0OD LuCK YA:..:::...:

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons