Kadang kala kita tidak sangka pula benda yang jahat kita lakukan akhirnya terbongkar juga.. Cerita ini sesuai sangat dengan pepatah melayu ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’.. Kisah yang ingin saya sampaikan berkenaan sesorang lelaki yang mempunyai perempuan simpanan walaupun sudah berkahwin dan bakal mempunyai seorang lagi anak.. Ini nermakna dia akan ada dua orang anaklah nanti..huhu~
Alkisah bermula sebuah cerita di mana seorang lelaki memberitahu isteri nya yang dia terpaksa outstation ke luar negara selama 3 hari 2 malam. Lelaki ini mempunyai pekerjaan yang bagus dan gaji yang lumayan.. Dia ini merupakan seorang juruterbang. Tetapi sebenarnya itu hanya alasan sahaja.. Hakikatnya lelaki ini bersama perempuan simpanan dia. Semasa lelaki ini hendak ke rumah perempuan simpanannya itu. . Dia telah memberhentikan sebuah teksi dan meminta pemandu teksi itu menghantarnya ke rumah perempuan tersebut..
Selepas menghantar juruterbang tersebut. Teksi ini pun lalu ke rumah lelaki itu dan tidak disangka isteri lelaki tersebut menahan teksi itu untuk ke pasar.. Isteri lelaki ini seorang yang peramah dan dia menceritakan lelakinya tiada di rumah kerana outstation.. Pemandu teksi itu hanya mendengar sahaja dan sekali-sekala akan menyampuk perbualan wanita itu..
Selepas 3 hari, semasa lelaki itu hendak pulang ke rumah.. Dia tidak menyangka teksi yang dia tahan merupakan teksi yang sama hari itu.. Lelaki itu hanya diam sahaja sepanjang perjalanan.. Apabila sampai sahaja di rumah, pemandu teksi terkejut kerana wanita yang keluar untuk menyambut suaminya itu adalah wanita yang sama yang memintanya menghantar ke pasar.. Pemandu teksi itu menarik muka masam dan marah kerana tidak menyangka suaminya bermain kayu tiga tanpa pengetahuan isterinya. Walaubagaimanapun dia hanya mendiamkan sahaja dan beredar dari rumah mereka..
Pemandu teksi itu menjalankan tugasnya dengan menghantar seorang lelaki di rumah tunangnya.. Sepanjang perjalanan itu pemandu ini menceritakan tentang lelaki yang curang itu. Apabila sampai di rumah tunang lelaki tersebut.. Tunangnya itu pun menaiki teksi itu dan tiba-tiba pemandu teksi itu terkejut kerana tunang lelaki itu merupakan perempuan simpanan lelaki yang curang itu.. Ohhh.. kecilnya dunia dan lelaki itu dapat meneka tunangnya itulah pemandu teksi ceritakan tadi apabila pemandu teksi itu menjadi pendiam sepanjang perjalanan..