Saturday, November 20, 2010

Jika Dia..


Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintaimu kerna mata mu
Maka tinggalkan dia sebelum mata mu menjadi buta dan
Dia akan meninggalkan kamu….

Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintaimu kerna senyuman manis mu
Maka tinggalkan dia sebelum berlaku kemalangan hingga menyebabkan senyuman mu menjadi hodoh dan
 Dia akan menninggalkan kamu…

Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintaimu kerna suara mu
Maka tinggalkan dia sebelum diri mu menjadi bisu dan
Dia akan meninggalkan kamu…

Jika seorang lelaki mengatakan  dia amat mencintaimu selain daripada sesiapa…
Maka tinggalkan dia kerna  tidak mahu dirinya dibebani dosa manusia..cinta hakiki hanya pada ilahi, cinta abadi hanya pada nabi dan rasul dan cinta sejati hanya pada ibubapa.. Cinta sesama manusia sentiasa berubah-ubah…

Tetapi….
Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintaimu disebabkan bila dia melihat dan berdampingi dirimu dia akan sentiasa mengingati Allah
Maka cintailah dia kerna dirimu insan bertuah  yang dapat mencintai lelaki yang mencintai dan menggantungkan hidupnya kepada maha Pencipta… SubahanaAllah…

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons