Sepanjang kita bernafas di atas muka bumi ini adakah kita pernah mengucapkan Alhamdulilah? Adakah kita selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sepanjang hidup ini. Kadang-kala saya selalu berfikir adakah saya ini seorang yang bersyukur? Sebenarnya Allah itu maha pemurah dan maha penyayang. Allah amat menyayangi diri kita. Bertuah betul kitakan....:::=)
Mesti korang tertanya-tanya kenapa saya berkata begitu?? Huhuhu~ Kenapa perlu bersyukur? Saya percaya mesti kita selalu mengeluh dan menganggap orang lain lebih baik daripada kita. Disini saya menyenaraikan beberapa perkara kenapa kita perlu bersyukur dilahirkan di Malaysia........::
Jika dilihat juga negara kita aman je. Boleh pergi kerja, pergi sekolah dan sebagainya lagi tanpa ada ganggun pun. Tak seperti negara-negara lain. Contohnya negara yang mengalami peperangan. Jika kita lihat negara yang pernah mengalami peperangan seperti Iraq, Afganistan, Palestin dan sebagainya hidup mereka tidak pernah aman. Bertuahkan kita.
Malaysia juga terlindung daripada lingkaran api pasifik. Ini bermakna negara kita tidak akan mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi seperti mana negara jiran kita iaitu Indonesia. Kalau berlaku pun terkena tempias je.
Bertuah sungguh kita sebab negara kita terletak pada kedudukan yang sangat strategik dimana menjadi laluan antarabangsa kapal-kapal dagang. Kalau ikutkan sejarah, Melaka menjadi pelabuhan entrepot yang paling terkenal di Nusantara. Selat Melaka juga dikatakan selat yang paling sibuk didunia kerana banyak kapal-kapal yang melaluinya. Bertuah betullah kita.
Jika kita lihat Malaysia ini terdiri pelbagai kaum,bangsa dan agama. Ada bangsa melayu, cina, india, sikh, iban, pujabi, Bajau,Banjar, Jawa dan sebagainyalah. Muka kita ini pun pelbagai. Ada yang muka macam pak arab tapi melayu, muka pan-asian. Macam-macamlah.Huhu~ Sebab tulah orang luar kata kita ini unik. Hehehehe~
Makanan kat negara kita pun banyak dan pelbagai jenis. Macam-macam ada. Cakap je nak ape? Semuanya ada. Dari western food, Chinese food, malay food....::Macam-macamlah.
Korang percaya tak kalau saya cakap orang barat sukakan kulit orang Nusantara. Diorang cakap kulit kita ini cantik sebab seakan-akan warna emas. Saya tak tahulah kalau dia bohong tapi kalau difikir-fikirkan balik betul juga. Yelah cuba korang tengok orang barat a.k.a orang putih ini suka sangat berjemur tengah-tengah panas kat pantai. Huhu~ Maybe diaorang nak kulit macam kitalah tu.
Kalau tengok iklim kita pun saya rasa kita ini bertuah sebab beriklim khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Senanglah kita nak bercucuk tanam. Cuba kita tengok negara 4 musim. Diaorang hanya ada musim panas je untuk bercucuk tanam. Bila musim sejuk dan musim luruh terpaksa break sekejap. Sebab tulah kat sana ada stor makanan. Kalau macam kita tak payah ada stok2 makanan ni.
Sebenarnya nikmat yang Allah bagi kepada kita begitu banyak sekali. Cuba kita je sedar ataupun tidak. Biasanya manusia ini akan menghargai sesuatu benda apabila benda itu sudah tiada lagi. Memang itu fitrah manusiakan~ Saya pun kadang-kala macam tu juga.Huhuhu~ So, apa kata mulai saat ini memperbanyaklah kita bersyukur. Huhu~