Sunday, July 10, 2011

Jadilah insan yang sederhana



Dalam dunia ini tiada satu pun yang akan kekal selama-lamanya. Setiap sesuatu  permulaan pasti akan mengalami pengakhiran. Setiap yang berkuasa pasti akan mengalami zaman keruntuhan. Setiap benda yang hidup akan mengalami saat kematian. Orang yang sihat akan mengalami kesakitan. Orang yang kaya akan mengalami kemiskinan. Begitu lumrah kehidupan.  Dunia ini saya boleh katakan ibarat seperti roda.

Pernahkah kita berfikir? Apa tujuan kita diciptakan? Apa tujuan kita berada di dunia? Seberapa ramai dalam kalangan kita yang bermuasabah diri. Seberapa daripada kita yang berfikir melihat keindahan dan keajaiban ciptaan tuhan? Adakah kita pernah berfikir?

Mengapa kita selalu bermusuhan dalam kalangan saudara kita sendiri. Pernahkah kita berfikir siapa yang dalang disebalik itu? Siapa yang untung sebenarnya? Mengapa kita suka menimbulkan kekacauan? Pernahkah kita berfikir? Percayalah setiap apa yang berlaku mesti ada SEBABNYA. Adakah kita tidak pernah berfikir mahu mencari kebenaran dari sebalik perisitiwa yang berlaku dalam negara sendiri? Pernahkah kita berfikir. Mungkin ada dalam kalangan kita akan berkata “Saya sudah tahu kebenaran itu. Mereka yang jahat. Perosak bangsa dan negara.” Tetapi dari sumber mana yang kita dapat. Adakah kita sudah mengkaji dari pelbagai sudut. Jangan kita percaya pada satu pihak. Kajilah dari pelbagai aspek kerana disitu mungkin ada kebenarannya.

Kenapa kita mesti menaburkan fitnah? Mengapa kita ada perasaan hasad dan dengki? Adakah kita puas dan gembira dengan berbuat begitu. Sesungguhnya insan yang mempunyai perasaan itu ialah orang yang sangat rugi. Ingatlah! Tiada bezanya kita dan orang lain. Semuanya sama sahaja. Kita bersaudara. Cuma yang membezakan kita dengan orang lain adalah ketakwaan dan keimanan kita terhadap Allah SWT. Jangan kita lupa setiap apa yang kita lakukan akan dipersoalkan nanti.  Kesenangan dunia ibarat setitik air lautan manakala kesenangan akhirat adalah seluas lautan. Adakah kita menyedari semua ini? Berfikirlah.....

Jadilah insan yang sederhana. Janganlah kita kembali ke zaman jahiliah dimana semangat assabiyah yang sangat kuat sehingga menjadikan mereka berpuak-puak. Menjadikan kita saling bermusuhan. Sebenarnya tanpa kita sedari ada pihak yang untung dengan tindakan kita itu. Adakah kita menyedarinya?? Bersyukurlah dengan apa yang ada. Lakukan tanggungjawab dengan bersungguh apabila diberi amanah dengan hati yang ikhlas. Jauhilah perkara yang merugikan..:: Berfikirlah!!



Perkara yang  berat dalam hidup kita adalah amanah
Perkara yang menjauhi kita adalah masa
Perkara yang menghampiri kita adalah kematian
Perkara yang tajam dalam hidup kita adalah lidah
Perkara yang memusnahkan kita adalah riba
Perkara yang boleh membunuh kita adalah fitnah

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons