Thursday, July 14, 2011

Saya sangat rinduw waktu itu



Dalam hidup ini tiada seorang pun yang tidak boleh hidup tanpa kawan. Begitu juga dengan saya. Bagi saya kawanlah segala-galanya selepas keluarga. Seronok betul kalau kita mempunyai ramai kawan. Tidak kiralah kawan kita tu cina ke? India ke? Kalau dah jumpa satu kepala tu lagi bestkan. Banyak benda yang boleh dibuat bersama-sama. Kenangan bersama kawan-kawan banyak sekali dalam kamus hidup saya. Kenangan dari tadika sampailah dah masuk university. Kawan sangat penting bagi saya. Mesti kawan saya terharukan kalau baca entri ni..Hahaha~

Kalau dolo-dolo masa sekolah mesti saya bengang+sakit hati+menangis= mengadu kat cikgu.Hahaha~ Kenangan yang betul2x saya tak boleh lupa kenangan masa form 2. Kenangan kena sakat gan mamat hitam duk belakang tu. Memang sakit hati dan hari-harilah makan hati dengan dua ekor mamat india tu. Sorang saya gelar anak madu si kepala kecik.(sebab kepala dia kecik dari badan)hahaha~. Lagi sorang ravi tong gas si kawan dengan surendren dinosaur sebab dia pun besar macam ravi..Hahaha~. Nama lain king kong.. Tapi king kong memang sakit hatilah terutamanya lepas waktu sekolah. Ceh, ade ke patut dia pancitkan tayar basikal saya. Ceh tak patutkan. Saya pun ape lagi belasahlah basikal dia. Masa tu tak ada perasaan malulah. Habis semua orang tengok kitaorang. Tapi tak pe asalkan hati saya puas. Tak gitu..Huhu~Lepas tu panggil saya gorilla. Lagi lalala saya bengang tahap gaban. Nakal juga saya waktu tu..Huhu~

Kenangan Ravi tu lagi dahsyat siap babitkan cikgu. Nama cikgu kitaorang pun sedap je. Cikgu mahtiar kaur..Heheh~ Yela dia suka babitkan nama bapa. Saya pun naik anginlah~ Tetapi sekarang dah jadi budak baik. Dia kata dia dah taubat nasuha dah.Hahaha~ Bila teringat balik kenangan masa form 2 memang kadang-kala nak tergelak pun ada. Banyak betul kenangan masa kat sekolah. Masa form 6 lagilah banyak. Yelah masuk ke kelas je dah riuh. Macam tulah kalau kelas ramai jejaka melayu terpinggir. Kitaorang ni 4 orang je bunga. Hehehe~

Kalau air botol tiba-tiba tinggal separuh je airnya. Redha jelah. Sama le kalau bawak bekalan makanan. Tinggal Tupperware je la. Isinye dah kena makan dengan tikus. Masa tu benganglah. Saya bawak nak bagi member –member perempuan yang makan. Kadang-kala nak tumbuk pun ada masa tu. Hehehe~ Tapi sekarang bila semuanya dah jadi kenangan rinduw pula waktu tu. Tak kisahlah diorang nak panggil saya ape? Nak makan bekalan makanan saya ke? Nak minum air saya sampai kembung perut pun tak pe? Hehe~ Memang betullah kenangan waktu sekolah merupakan kenangan  yang memang indah. Macam lagu kenangan terindah tu..=)

Bila masuk university ini saya harap kenangan terindah bersama-sama kawan akan menjadi kenangan yang paling manis saya sepertimana kenangan masa sekolah. Rinduwlah dengan kawan-kawan. Apalah agaknya yang diaorang tengah buat ye???????????=)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons