Monday, July 18, 2011

Perdana menteri bertemu p0pe



Entri ini saya dapat dari http://www.arrayah.info. Entri ini bukan tujuan untuk memburuk-burukkan sesiapa tetapi sekadar pengetahuan sahaja. Sebenarnya kadang-kala kita tidak tahu adakah sesuatu perkara itu benar ataupun tidak. Hanya Allah sahaja mengetahui.....::

Apabila baca entri dari http://www.arrayah.info menyebabkan saya teringat dengan suatu entri. Saya berfikir kenapa Najib perlu menemui Pope? Adakah dia tahu muslihat P0pe selama ini...:: Kalau korang nak tahu entri apa dan apa muslihat P0pe ini..?? klik disini



Apa Perlunya Mohd Najib Bertemu Pope (Ketua Agama Kristian)?

ARRAYAH.INFO, Rom, 19 Julai 2011 – Ketua Negara agama rasmi Islam di Malaysia, Mohd Najib bin Abdul Razak, telah bertemu dengan Ketua Pemimpin Kristian, Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011 untuk mengadakan perbincangan bertempat di Apostolic Palace, Castel Gandolfo di pinggir Rom.

Pope adalah pemerintah Vatican City dan Holy See. Holy See merupakan kerajaan yang mentadbir gereja Katolik di seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State, yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.

Rombongan ini termasuk isterinya Rosmah Mansor, dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, dan Ketua Biskop.

Polisi Politik Luar Negara Islam Global

Dalam rangka lawatan kerjanya ini cuma dalam ruang lingkup menjalinkan hubungan diplomatik serta pembangunan kebendaan semata-mata, tetapi jauh daripada polisi politik luar Negara Islam Global (Daulah Khilafah) iaitu mengembangkan Islam melalui dakwah dan jihad sepertimana Rasulullah dan para sahabat lakukan.

Islam juga telah mengharamkan kita untuk menjadikan kaum kuffar yang memusuhi Islam sebagai sahabat. Segala hubungan yang dijalin dengan kafir harbi adalah merupakan suatu keharaman yang telah jelas dinyatakan secara qat'ie oleh dalil-dalil syarak.

Apatah lagi untuk merasa bangga serta mendabik dada sekiranya dapat berbaik-baik dengan musuh Allah dan musuh Rasul ini kerana jelas mereka ingin menyebarkan agama selain Islam iaitu Kristian.

Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman setia...” [Surah al-Mumtahanah (60) : 1]

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin umat Islam sekarang ialah dengan mengukuhkan hubungan antara negeri-negeri umat Islam dalam segala aspek terutamanya politik, serta menyelesaikan segala masalah yang dilanda oleh umat Islam di seluruh pelusuk dunia ini melalui penerapan syariah secara kaffah tanpa meminta sebarang campurtangan daripada kaum kuffar.

Semoga pengukuhan hubungan antara negeri-negeri umat Islam ini akan menjadi sebahagian daripada benih-benih penyatuan sebenar umat Islam di bawah panji keKhilafahan. [edit/arrayah.info/abuidris]

sumber : http://www.arrayah.info

Renung2kan.....::

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons