Dalam dunia ini semua orang ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Jika seorang lelaki dia telah diamanahkan untuk menjaga ibubapa dan keluarganya. Jika seorang isteri pula dia telah diamanahkan untuk menjaga kehormatan suaminya dan mendidik anak-anak supaya menjadi seorang insan yang berjaya didunia dan akhirat. Oleh itu boleh dikatakan kita tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Lagipun, setiap manusia merupakan khalifah diatas muka bumi ini....::
Memang amanah yang dipikul sangat berat. Apatah lagi bila kita dipertanggungjawab untuk melaksanakannya. Bagi saya bukan semua orang boleh melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu. Oleh itu, jika kita mendapat sesuatu amanah yang diberikan pertama sekali kita tanya diri kita adakah kita sanggup memikul amanah itu? Adakah kita akan mengeluh dan berputus-asa apabila melaksanakannya nanti. Ingatlah! Setiap perbuatan yang hendak dilakukan perlulah dimulakan dengan niat. Dalam solat pun kita perlu niat dan jika tidak maka solat kita itu akan menjadi tidak sah.. So tepuk dada tanyalah iman......::
Disini saya hendak berkongsi beberapa tips hasil pembacaan saya mengenai ciri-ciri seorang pemimpin. Tertumanya bagi sesiapa yang bercita-cita nak masuk dunia politik tu. Huhuhu~
Bagi saya seorang pemimpin perlu ada ciri-ciri ini supaya kita menjadi pemimpin yang disenangi masyarakat dan yang paling penting kita sentiasa dalam redha Ilahi dengan segala tindakan yang kita lakukan. Insya Allah =)
Pertama sekali seorang pemimpin mestilah seorang yang bijak. Dia bijak dalam pembahagian tugas, bijak dalam menguruskan masa, bijak dalam menilai kelebihan setiap anak buahnya dan paling penting bijak dalam menjaga hati setiap anak buahnya. Itu penting tu.
Seorang pemimpin yang baik merupakan seorang yang tegas dan bermatlamat. Dia tahu apa tujuan dia melaksanakan sesuatu perkara itu.
Dia juga perlulah ada ilmu pengetahuan. Ilmu yang penting adalah ilmu agama dan sejarah. Kenapa saya katakan sejarah penting bagi seorang pemimpin. Hal ini kerana setiap perbuatan manusia itu akan sentiasa berulang-ulang. Oleh itu, setiap kesalahan yang manusia lakukan akan berulang. Dengan kata lain, seseorang pemimpin yang bijak dia tidak akan mengulangi kesilapan manusia yang terdahulu.
Selain itu, seorang pemimpin yang baik dia pandai dalam mengawal sesuatu situasi terutamanya apabila bermesyuarat. Yelah, masa meeting mesti ada pendapat yang bercanggahkan. So, dalam situasi itu pemimpin kenalah memainkan peranan.
Seorang pemimpin yang baik dia akan sentiasa menjaga kebajikan anak buahnya. Dia tidak akan menanyakan apa yang dilakukan oleh anak buahnya tetapi pergi tengok sendiri anak buahnya melakukan kerja. Macam Saidina Umar Al-Khattab selalu buatlah. Tengok sendiri keadaan rakyatnya. Jika ada anak buahnya yang dalam kesusahan dia sendiri akan volunteer menolong. Bagusnya kalau ada pemimpin macam ni..Hehehe~
Dia juga dapat mengawal perasaan marah dan egonya. Bak kata pepatah lelaki yang hebat adalah lelaki yang dapat mengawal sifat egonya. Tak gitu =)
Pemimpin yang baik akan sentiasa menanyakan anak buahnya pendapat dalam sesuatu perkara yang dilaksanakan. Keadaan ini membolehkan perkara itu dilaksanakan dengan sempurna nanti. Selain itu, pemimpin yang baik akan sentiasa menerima teguran terhadap dirinya dengan hati yang terbuka. Lagipun setiap manusia itu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi setiap pemimpin itu bukanlah seorang yang perfect 100%...::
Pemimpin yang baik kadang-kala perlu menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi. Dengan kata lain dia dapat bergaul dengan semua orang. Tidak kiralah orang bawahan ke? Orang luar ke? Senang cerita orang selesa bergaul dan berkawan dengan dia.
Sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin. Tetapi bagi saya jika pemimpin itu ikhlas dalam melaksanakan tugasannya. Itu pun sudah cukup. Yang paling penting tindakan kita itu mendapat redha dari Allah SWT. Itu yang penting tu!!! So, bersedia ke nak pikul amanah yang dipertanggugjawabkan. Jika rasa tak bersedia better tak payahlah ye =)~
Renung2kan dan selamat beramallah ye