Wednesday, July 27, 2011

Buat Mu Yang Terindah


Dunia ini bagaikan satu permainan
Kadang-kala kita berasa sedih
Kadang-kala kita berasa gembira
Kadang-kala kita berasa rindu
Kadang-kala kita berasa marah
Dan kadang-kala kita berasa sakit hati

Jika kita berfikir semua  perasaan ini berlaku jika adanya CINTA 
 Ya, Cinta yang Allah kurniakan kepada manusia
 Cinta yang membuatkan manusia terpesona
Cinta yang sering disebut-sebut
Manusia suka dengan cinta
 Kerna cinta itu indah
Cinta juga satu fitrah
Cinta membuatkan manusia berkasih-sayang
Begitu hebat kuasa cinta
Tetapi cinta juga boleh menghancurkan kita
 Sebab itulah cinta perlu dikawal
Jangan biarkan cinta menguasai diri
Kerna ia akan merosakkan kita akhirnya
 Kita yang perlu menguasai cinta
 Kerna disitu kita akhirnya akan menemui cinta yang sejati

Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Rasulullah dengan Khadijah
Alangkah seronoknya cinta yang dimiliki seperti cinta Ali kepada Fatimah az-zahra
Alangkah seronoknya cinta itu mulia seperti cinta Nabi Ibrahim kepada Hajar dan Sarah
Aku tahu cinta itu perlu pengorbanan
Aku tahu cinta itu menyakitkan
Tetapi yang pasti aku tahu cinta yang agung hanya pada Ilahi
Cinta abadi kepada Rasulullah, nabi dan rasul
Cinta  sejati untuk kedua Ibu bapa
 Cinta manusia sering berubah-ubah

Aku tahu juga aku hanya manusia biasa
Yang sering alpa
Yang sering lupa
 Tetapi aku bercita-cita hendak mencontohi akhlak serikandi Islam
Ya ,aku tahu.....



Aku tidak setaat Siti Rabiatul Adawiyah
Aku tidak sekaya Siti  Khadijah binti Khawalid 
Aku tidak setabah Siti Hajar
Aku tidak secantik Siti Sarah
Aku tidak semulia Siti Aminah
Aku tidak sebijak Siti Aisyah

Kerna itu aku perlu pembimbingku
Yang boleh membimbing aku kea rah-Mu
Ya R0b...

Aku tidak mengimpikan lelaki segagah Ali B. Abu Talib
Aku tidak mengimpikan lelaki setegas Umar Al-Khattab
Aku tidak mengimpikan lelaki sebijak Lukman al-hakim
Kerna aku tahu tiada lelaki sehebat mereka
Biarlah aku mencari lelaki yang mencari keredhaan-Mu
Lelaki yang mencari petunjuk dan rahmat-Mu
Bersama-sama aku dalam membina nur Islam yang semakin menghilang
Hilang disebabkan penipuan dunia

Dan aku tahu................

Hidup ini tidak ada ertinya jika tidak mengabdikan diri pada Ilahi
Hidup ini hanyalah sementara
Hidup ini hanya bersinggahan
Kita hanyalah seorang musafir
 Yang akhirnya akan menemui sang pencipta
 Saat kematian akan membawa kita menemui kepada-Nya
Hidup ini bukan untuk bersuka-ria
 Hidup ini untuk beribadat
Hidup ini satu dugaan
 Yang banyak penipuan

Sedarkah kita dunia kini tidak selamat
 Dimana zaman ini fitnah bermaharajalela
 Harta, pangkat dan nama menjadi rebutan
 Sehingga matlamat menghalalkan cara
Dunia yang penuh dengan pemimpin yang fasik
Tidak sedarkah mereka akan akhirat nanti
Kita semua akan disoal dan dinilai amalannya
Dan hanya keimanan dan ketakwaan yang membezakan kita
Sesungguhnya hasad dan dengki serta saling mengfitnah itu boleh membunuh kita

Oh tuhan, jauhkan aku dengan segala bentuk fitnah
Jauhkan aku dengan penipuan ini
Jauhkan aku dengan orang-orang yang munafik
Kerna aku insan yang lemah
 Aku takut aku terjerat dengan tipu-helah mereka
 Hanya kepada- Mu aku memohon
Dan kepada-Mu aku kembali akhirnya
Ya Robbi

Bila memandang ke langit hendakku capai awan
Tetapi aku sering lupa untuk memandang ke bawah
Dimana tempat yang aku pijak rupa-rupanya merupakan asal-usulku
Aku sering lupa tujuan aku diciptakan
Aku sering lupa matlamat sebenar aku di dunia ini
Aku sering lupa apa yang perlu aku lakukan sebenarnya
Dan aku juga sering lupa yang aku hanyalah seorang hamba kepada Ilahi

Ya Tuhanku, tunjuklah aku jalan yang lurus
Tunjukkan aku akan kebenaran
Tunjukkan aku akan hala tujuku
Sering aku bilang aku hamba-Mu yang lemah
Aku takut aku lalai dan alpa
Dimana aku perlu mencari kebenaran itu
Dimana perlu aku meningkatkan imanku
Dimana sumber perlu aku rujuk
Ya R0b..

Aku termenung memikirkannya 
 Menghadap langit kala malam menjelma
 Melihat sinar bintang-bintang gemerlapan
 0h Tuhan, Sungguh hebat ciptaan- Mu
Segala-galanya berlaku atas kehendak-Mu

Aku memegang kitab agama Aku
Jika dahulu waktu kecilku sering aku mengalunkan suara untuk membacanya
Aku selalu berlumba-lumba dengan rakan-rakan untuk menghabiskannya
 Sebab aku mahu menjadi orang yang hebat dari rakan-rakan yang lain
Supaya ibu bapa aku bangga dengan pencapaian aku
Orang yang khatam berkali-kali aku fikir sudah bagus dan cukup ilmu agamanya
Tetapi aku lupa aku sekadar membacanya tanpa memahami isi kandungan yang hendak disampaikan

Akhinya baru aku sedari Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca
Tetapi dikaji dan dihayati maknanya
Sebab itulah matlamat utama Al-Quran diturunkan
Untuk membimbing manusia ke jalan yang diredhai
Adakah kita pernah terfikir?
Mengapa orang barat ramai yang masuk agama Islam
Semakin lama semakin bertambah
Gereja-gereja yang dahulu gah tetapi kini dijadikan masjid
Kerana mereka mengkaji islam
Kerana mereka membuat perbandingan antara islam dengan agama lain
Kerana mereka berasa diri mereka ada kekosongan yang perlu diisi





Tahu kita apa dia kekosongan itu?
 Itulah kekosongan rohani yang perlu diisi dengan keimanan islam
Adakah kita mengetahui
Hanya segelintir daripada kita yang mengetahui
Yang selebihnya seronok dengan keindahan dunia yang penuh penipuan
Ya, penipuan yang melalaikan





Bismillahirrahmaanirrahim…
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu…..

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu….
Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu
Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu….
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Amin…..


commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons