Thursday, May 27, 2010

Kenangan...



Suasana kelas 4 Dahlia sangat bising semasa ketiadaan guru. Acap hanya dapat memekakkan telinga setelah kehabisan air liur untuk menjerit. Kalau ikutkan hati hendak sahaja tonyoh cili kat mulut sampai bengkak. Togey, ketua segala samseng. Menyanyi, menjerit macam hantu, tidur dan bersembag bagaika esok nak mati. Banyak benar cerita yang hendak di bagitahunya. Dahlah badan macam tong gas. Ada hati hendak pikat model sekolah.Siapa lagi kalau bukan Cik Siti Jamilah Bakar.Hehehehe..Akulah tu.Ben,Zam dan Chan pengikut setia si Togey tu. Kumpulan Otailah katakan. Bajet bagus. Diana pulak, meluat aku dibuatnya. Bajet ratu cantik sekolah.

“ Jauh termenung, teringat kat balak ker?”Sergah Miza.
“Ya Allah, kau ni Miza. Kalau nak tegur aku tu bagilah salam dulu. Ini tidak, pakai main terjah jer. Nasib baik aku tidak ada penyakit jantung. Kalau tidak aku saman kau, tahu tak,”
“Sorrylah member, aku tengok kau dari tadi layan blues jer. Aku ingatkan kau teringkatkan balak,” Jawab Miza jujur.
“Muka ni ada balak. Kalau jangan buat lawak Miza,” Ketawa Milah sambil menunujukkan jari telunjuk kemuka sendiri.
“What everlah, malas nak layan kau,”Rajuk Miza.

Merajuklah tu. Kalau sehari tidak merajuk tak sah. Patutlah Abu selalu gelar Milah Rajuk. Hai, sampai hati abah tidak bagi tahu Milah dulu yang abah nak hantar Milah duduk asrama. Jauh pulak tu.

“Bangun!!Assalamualaikum cikgu,” Kata Acap memberi tanda hormat.
“Walaikumsalam, sila duduk,” Balas cikgu Karim.
“Sebelum cikgu mulakan pengajaran hari ini. Cikgu nak tanya ada sesiapa yang hendak pindah sekolah tak?”
“Saya cikgu,” Kata Suraya mengangkat tangan.
“Pindah kat mana?”Tanya cikgu Karim.
“MRSM Gopeng cikgu,” Senyum Suraya bangga.
“ Terima kasih Suraya. Awak boleh duduk. Ada sesiapa lagi,”

Nak bagitahu ke tak nak. Abah cakap masih 50-50. Tak confirm ke confirm ni? Kalau tidak jadi nanti aku yang dapat malu. Mana nak letak muka aku yang cun ni nanti? Baca doa dulu. Doa apa yang nak dibaca? Qunut!!! Ya Allah bengabnya aku ni. Itu doa solat subuh.

“Lagi!!! Oh nampaknya semua........” Cikgu Karim tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“Ada!!!”Milah terus bangun.
Semua pelajar memandang ke arah Milah tanpa berkelip mata. Mereka tidak menyangka yang Milah akan bersuara.

“Ha, Milah kau nak pindah kat sekolah mana?” Soal cikgu Karim.
“Emmmm... Sebenarnya..Sa...ya... Tak.. Pasti lagi cikgu,” Jawab Milah teragap-agap.
“Kalau pindah kat mana Milah,” Soal cikgu Karim lagi.
“Kat Teknik cikgu,” Milah memperlahankan suaranya.
“Kalau kat Teknik tak yah pindahlah hoi..Buang duit mak bapak jer,” Jerit Ben dari belakang.
Semua pelajar dalam kelas ketawa berdekah-dekah apabila Ben berkata begitu termasuklah cikgu Karim.

Kurang ajar!!Oh, depa ingat depa tu bagus sangatlah. Siapa kata belajar kat Teknik tu tak standard?Anak Dato pun ada yang  belajar kat situ. Tulah lain kali jangan hidup seperti katak bawah tempurung. Sempit dunia betul. Akan aku bagi tahu dunia yang belajar kat Teknik boleh berjaya. Oiiii dunia aku cabar kau!!!

“Baiklah Milah awak boleh duduk,”

Sakit hati betul aku tadi.Ben, pecah kaca pecah gelas, ada hari aku balas balik. Siaplah kau. Tunggu!! Wait and see.Cakap orang putih.Bajet botak group, Skinhead konon. Skinhead kepala otak korang. Aku ni princess Lulu pun tidak berlagak macam kau..Hiiii...Geramnya aku...Pak Bakar dan Mak cik Senah baru balik dari sawah setelah bertungkus-lumus memerah keringat mencari rezeki. Pak Bakar meletak cangkul di bangsal dan pergi ke perigi untuk mandi. Mak cik Senah meletakkan dua ekor ikan lampam di baldi untuk disiang. Dia mengesat peluh di dahi dan ke ruang tamu untuk menyejukkan badan sementara menunggu Pak Bakar habis mandi.

“Milah!Oh Milah!”Laung Mak Cik Senah.
“Ya mak,tunggu sat.Milah nak simpan telekung jap,”Balas Milah tergesa-gesa membuka telekung.
“Pergi siang kat dapur tu. Mak nak mandi,nanti habis pulak waktu manghrib,” Mak cik Senah mengambil tuala di ampaian dan pergi ke perigi untuk mandi.


Milah menuju ke dapur ntuk menyiang ikan. Dia membuang air keruh dalam baldi dan meletakkan dua ekor ikan lampam dalam singki. Setelah menyiang ikan, dia mencuci dan mengaulkan ikan itu dengan secubit garam dan kunyit. Sementara menunggu ikan digoreng, Milah memasak nasi dan memotong bawang untuk memasak gulai lemak cili api. Pak Bakar seperti biasa, selepas solat maghrib dia akan menonton buletin untuk mengetahui perkembangan terbaru isu-isu negara dan luar negara. Mizan dan Majit bersiapkan diri untuk pergi mengaji dirumah Tok Ali. Kalau tidak memaksa mereka ini.Haram... Silap hari bulan Al-Quran pun boleh hilang nanti. Selesai solat, Mak cik Senah pergi menuju ke dapur untuk menolong Milah memasak.

“Kau dah goreng ikan tu,” Tanya Mak cik Senah.
“Dah terhidang dah pun. Tinggal gulai tempoyak ni jer,”
“Mak naik atas dulu,” Mak cik Senah menuju ke tangga.



Setelah selesai matapelajaran kimia. Para pelajar 4 dahlia menuju ke kelas setelah membuat eksperimen di makmal. Black, Cendol, Joy dan Hafiz terloncat-loncat kegembiraan kerana tidak menyukai cikgu Borhan. Mana taknya cikgu Borhan pangkah gila dengan budak-budak hip hop. Macam-macam betul ragam manusia. Diana and the geng pergi ke toiletlah tu. Apa lagi? Bermekaplah.. Melaram...Kata Minah cun,pakai bedak 3 inci pun bukan cun pun. Bajet je ratu sekolah. Budak pingu..budak pendiam dan bermatlamat. Nak jadi lawyer katanya. Boleh ker? Tiga budak pandai dalam kelas. Berkobar-kobar bila cikgu mengajar. Siapa lagi kalau bukan Tijah, Asharan dan Zilah yang berlumba-lumba hendak mendapat title budak paling cemerlang dalam sekolah.

“Penatnya!” Cendol mengibas-kibas bajunya yang dibasahi dengan peluh.
“Lepas ni subjek apa ha?” Tanya Zam.
“BM,”Jerit Togey sambil menconteng meja.
“Hoi Milah, bila kau nak berambus?Aku dah meluat tengok kau tu. Tinggal nak muntah jer,”Kata Togey selamba.
“Hoi budak gemuk!!Badan macam tong gas. Ada hati nak halau orang. Cerminlah diri tu dulu,”Balas Milah geram.
“Kurang ajar!!!”Togey cuba untuk memukul Milah tetapi ditahan oleh Zam dan Fendi.
“Sudah!Sudah! Kalau sehari tak gaduh tak boleh ker?Aku laga kepala tu karang baru tau,”Geram Acap sambil mencekak pinggang.


Kelas 4 Dahlia kembali senyap setelah cikgu Fadli masuk. Cikgu favourite Dianalah tu. Biasalah orang bujang katakan.Hensem pula tu. Zilah, Tijah dan Ashran khusus mendengar penerangan cikgu Fadli. Togey si tong gas pulak menulis. Entahlah menulis ker menconteng?Geng hip hop awal-awal lagi sudah main snuker. Apa lagi tidurlah tu? Konon sudah pandai. Higher fizikla katakan. Milah terus berangan. Itulah kegiatan hariannya. Semua cikgu sudah tahu akan tabiatnya itu sehingga Milah digelar Minah Jenin. Cikgu Fadli tidak mempedulikan perangai pelajar-pelajar 4 Dahlia yang terus hanyut dalam fantasi ciptaan mereka sendiri. Baginya tugas dia hanyalah mengajar. Pelajar yang tidak memberi tumpuan malas dia layan. Asalkan duit masuk. Memang sah cikgu macam ni tak boleh pakai. Boleh rosak anak bangsa kalau semua cikgu berperangai macam ni. Selepas waktu matapelajaran fizik, loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat. Geng hip hop dan skinhead awal-awal lagi sudah menuju ke kantin. Kalau bab makan, merekalah nombor satu. Sehingga samapai satu tahap semua makanan yang ada di kantin mereka borong. Mana taknya dah anak orang kaya macam Togey.Sebab tulah badan dah macam tong gas. Itupun tidak sedar-sedar lagi. Diana and the geng terus ke toilet. Apa lagi? Melakukan kegiatan macam biasalah bermekap setebal 3 inci. Katanya balik karang hendak jumpa balak kat pekan. Kan lebih elok balik rumah jaga adik ker? Nenek ker? Ringan sikitlah beban mak bapak tu?

“Milah, cerita panas Milah,”Miza menuju ke Milah dalam keadaan kelam-kabut.
“Apa pulak ni? Aku nak baliklah,”
“Tadi aku lupa nak bagitahu kau budak Asyraf tu nak nombor telefon kau. Dia nak jumpa kau,”
“Ha, kau biar betul.Kau jangan main-main Miza. Kan aku dah kata yang aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi. Kau cakap jer aku dah pindah,”
“Kalau dia tetap nak jumpa kau macam mana?”
“Kau pandai-pandailah kelentong dia,” Geram Milah.

Nyanyian samson kenangan terindah amat mengasyikkan. Keadaan suasana malam yang tenang dan bunyi cengkerik membuatkan Milah teringatkan perbualan di siang hari tadi.

“Surat kemasukkan teknik sudah sampai,”Kata Pak Bakar samabil membaca surat khabar.
“Apa bah? Borang teknik dah sampai, cepatnya,”
“Lagi cepat lagi bagus.Kamu tu sesuai sangat duduk kat asrama,”
“Sampai hati abah kata macam tu,” Rajuk Milah.
“Abahnya kalau sehari tak buat anak tu merajuk tak sah. Ha, Milah esok mak dengan abah nak barang kamu,”Mak cik Senah menyambung melipat kain.
“Mak dengan abah sama jer.Nak halau Milah,” Milah masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan pintu bilik.
“Eh budak ni,aku cakap elok-elok dimarah pula,”

Milah mengesatkan air mata kerana tidak sampai hati meninggalkan rakan-rakannya. Mizan sudah lama melelapkan mata kerana keletihan. Sufi asyik menangis dari tadi kerana hendak tidur bersama Mizan dan Milah. Milah menuju ke alamari lalu mengeluarkan album dan duduk di birai katil. Dia membelek album satu bersatu. Kadang kala dia akan ketawa dn kadang kala dia akan termenung megingatkan sesuatu peristiwa yang berlaku semasa di sekolah. Pak Bakar sudah lama melelapkan mata setelah balik dari surau. Mak cik Senah pula setia menjahit pakaian yang ditempah oleh penduduk-penduduk kampung.

“Borang teknik dah sampai,”Milah memulakan perbualan.
“Apa??”Terkejut Miza.
“Betul ker Milah. Sampai hati kau nak tinggalkan aku sorang-sorang kat sini,”
Dah mula dah tu.Aku bukan nak tinggalkan kau terus.Kau ni sensitiflah sangat. Aku nak cari pengalaman baru.Salah ker?”

Semasa Miza dan Milah bersembang di kantin sekolah. Geng hip hop makan di sudut tepi kantin bersebelahan meja Mak cik Kiah menjual kuih. Bukan main rancak lagi perbualan mereka. Togey pula terenjut-enjut berjalan kerana semalam jatuh dari motor sebab berlumba haram di Jalan Changkat Jong.

“Aku dengar semalam Togey jatuh motor,”Kata Hafiz bersemangat.
“Patutlah aku tengok dia jalan tak betul,”Balas Black sambil mengunyah gula-gula getah.
“Wei ni cerita lagi gempak beb. Aku dapat tahu semalam si Diana dah clash dengan pakwe dia,” Cendol menyampuk.
“Apa lagi Fiz,line dah clear. Lampu dah hijau. Jangan tunggu lama-lama nanti melepas pula. Kaukan dah lama syok dengan Diana tu,”Sengih Black.
“Itu dulu sekarang tak dah,”

Hafiz menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Dia ingin memberitahu rakan-rakannya yang dia ada hati dengan Milah. Sejak peristiwa jatuh motor tu dia tidak dapat melupakan gelagat dan wajah Milah. Agak melucukan. Kadang-kala dalam kelas dia akan mencuri melihat Milah yang duduk di hadapan. Dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya kepada Milah. Pernah dia meminta gambar daripada Majit. Adik Milah. Majit yang tidak tahu apa-apa hanya menurut kata Hafiz. Milah menghempapkan badanya ke katil kerana keletihan. Dia cuba memejamkan matanya. Sufi berlari anak-anak mendapatkan Mak cik Senah yang berada di dapur.Sufi merengek-rengek hendak mendapatkan susu.

“Milah!Milah! Turun jap,” Laung Mak cik Senah dari arah dapur.
“Ya sat,”
“Apa Mak,”Milah menghampiri Mak cik Senah.
“Buatkan susu untuk Sufi ni. Dari tadi asyik merengek nakkan susu,”
Mari sini Sufi. Akak buatkan susu,”

Sufi hanya mengikut sahaja Milah dari belakang. Dia hanya melihat sahaja perbuatan Milah yang sedang membuat susu. Mak cik Senah sedang menyusun barang-barang dapur.Black tidak senang hati melihat Hafiz seperti orang kehilangan isteri.Kalau ikutkan hati hendak sahaja tembak Hafiz ini sampai mati. Cendol awal-awal lagi dah menghilangkan diri. Nak temankan awek pergi tengok filem hindustan di pekan. Balak setia katakan...Bajet jer tu. Kadang-kala menyampah tengok awek dia tu. Mengedik semacam jer. Kalau cun macam Nasha Aziz ker?Erra Fazira tak pe la jugak.. Ini banyak J&J adalah (jerawat dan jeragat).Hafiz termenung memikirkan sesuatu.

“Black, kalau aku bagitahu sesuatu kau jangan terkejut ye,”Hafiz mengeluh.
“Apa dia?”
“Sebenarnya aku......”Hafiz tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Tiba-tiba lagu Black Eyes Peas where is love berbunyi. Tertera nama Natasha di skrin handphone Nokia.

“Sorry Fiz,awek aku call,”Black mula hendak beredar dari situ.
“Kau nak gi mana pulak?”
“Aku ada date ni.Sorry ye,ni air aku ni  aku minta halal jer la yer.Aku dah lambat dah ni,”

Hafiz hanya memandang kelibat Black yang semakin menghilang. Itulah perangai orang yang tengah angau bercinta. Semua mereka anggap indah. Sudah tiga gelas milo ais Hafiz melantak minum. Harapannya yang menunggu orang yang dinantikan akan muncul tidak juga tercapai. Badan dah lenguh dah ni.Punggung pula  dah berasap. Kalau letak ayam. Gerenti sudah masak. Makna taknya sudah tiga jam menunggu. Milah!Oh Milah!Awatmu lambat sangat. Abang cayang dah lama tunggu ni. Hafiz berasa hampa kerana orang yang dinantikan tidak juga muncul. Pak Samad awal lagi dah menjeling semacam. Dah nak kat lima jam Hafiz setia menunggu di warungnya. Air janganlah kira. Dah pelbagai jenis air dah dilantaknya. Tinggal tunggu pecah perut jer ini. Nasib baik jumpa Majit. Katanya Milah sibuk kerana nak buat persiapan ke Teknik. Sampai hati kau Milah tak bagitahu aku. Akukan budak sekelas kau.Milah sibuk mengemas barang keperluan asramanya. Macam-macam benda hendak dibawanya. Kalau ikutkan hati hendak sahaja bawa semua. Mizan dan Majit sedang menyiapkan kerja rumah di ruang tamu. Mak cik Senah pula sedang menyiapkan baju tempahan selepas makan malam. Esok pagi Puan Salmah hendak baju kebayanya yang ditempah dua pasang. Hendak pakai waktu kenduri kahwin anaknya yang bekerja di Sarawak. Sufi awal-awal lagi sudah terlelap. Letih sangat sebab petang tadi menangis kerana hendakkan anak patung kain. Bila sudah dapat bukan main gembira. Asyik tersengih jer. Pak Bakar dari tadi tidak pulang-pulang dari Surau. Katanya ada kenduri kesyukuran di rumah Pak Haji selepas solat Isyak.

“Joy, petang nanti kita pekena ais kacang nak tak?”Tanya Hafiz.
“Malaslah, kau ajak jelah awek kau. Aku ada pertandingan futsal petang nanti,”
“Kau nikan asyik bola!Bola!Bola! Bosan aku,”Sampuk Cendol.
“Ok, kalau kau tak nak ikut tak pe. Biar aku belanja Cendol dan Black sahaja,” Sindir Hafiz.
“Aku tidak kisah pun,”

Cikgu Rahimah bersemangat mengajar kelas 4 Dahlia dalam matapelajaran Sejarah.Semua pelajar kagum dengan kesungguhan cikgu Rahimah mengajar. Makna taknya, sudah tahun berturut-turut mendapat guru cemerlang. Geng hip hop yang selalu main snuker terus segar apabila cikgu Rahimah mengajar tapi malangnya geng skinhead masih lagi dengan tabiat buruk mereka terutamanya Togey. Taubatlah Togey. Jijah dan Zilah asyik berlumba-lumba tanya soalan yang pelik-pelik. Ashran pula menulis. Tak tahulah dia catat apa?Diana asyik dari tadi membetulkan tudungnya. Kadang-kadang tu curi-curi pandang Hafiz yang khusyuk mendengar cikgu Rahimah menerang di hadapan. Togey! Dia ni kalau tidak sakat tak sah. Selepas masa cikgu Rahimah, kelas 4 Dahlia kembali bising. Mulalah peranan Acap dan Imah sebagai ketua dan penolong kelas menyuruh rakan-rakannya senyap. Tapi usaha mereka itu ibarat mencurah air di daun keladi jer. Tak leh pakai..

“Siapa yang kurang ajar lastik orang ni,”Marah Milah.
“Maaflah Milah, aku terlastik kau,” Togey berpura-pura memohon maaf.

Milah hanya mengetap bibir menahan marah.Kalau ikutkan hati hendak sahaja lempang budak gemuk ni.Tijah, Ashran dan Zilah sudah lama duduk di penjuru belakang kelas. Tidak sanggup mendengar kebisingan rakan-rakannya. Macam kena rasuk dengan hantu pun ada. Entahlah macam mana diaorang boleh sesat masuk kelas ini. Ben dan Zam asyik melalak jer. Kalau suara tu sedap macam Nassir Wahab tak pelah jugak. Ni macam suara katak panggiil hujan jer. Entah-entah suara katak tu lebih sedap daripada suara diaorang. Hafiz pula asyik jeling-jeling Milah yang sedang buat kerja. Sampai Pingu pun perasan.

“Milah jadi ker kau pindah Teknik?” Tanya Miza.
“Jadi, minggu depan. Kenapa?”
“Saje je tanya. Nanti pindah Teknik kau jangan lupakan aku yer,”
“Entah-entah kau yang lupakan aku,”
“Aku takkan lupakan kau, percayalah. Nanti kalau ada balak-balak hensem kau kenalkanlah kat aku,”
“Gatal kau yer,”
Miza hanya tersengih sahaja.
“Ha, musahaqah yer?”Sampuk Zam tiba-tiba.
“Lain kali kalau nak sampuk bagi salam dulu boleh tak?” Marah Milah.
“Ok!Ok!Assalamulaikum. Cik adik berdua ni tengah buat apa? Boleh abang tumpang sekali,”
“Sibuk,”

Hafiz bagaikan cacing kepanasan malam tu. Fikirannya rungsing memikirkan pemergian Milah esok ke Teknik. Majit kata Milah belajar di Perak. Itulah yang membuatkannya bertambah rungsing. Milah!Milah! Kenapalah kau selalu buat aku rungsing>

“Milah, ada lagi ke barang kat bilik? Mak tak nak kamu tertinggal barang ni,”
“Semua dah complete,”
“Milah, nanti kau kat sana jangan lupa aku yer,”Miza menahan sebak.
“Ya...Aku takkan lupakan kau,” Milah memeluk Miza.
“Kak!Akak!Sini sat,” Panggil Majit.
“Awatnya,”
“Ini ha, surat,”
“Siapa kasi?” Soal Milah.
“Secret,”
“Amboi dah pandai cakap Orang Puteh,”
“Milah cepat sikit, nanti lambat pula sampai,” Laung Mak cik Senah.
“Meh sini peluk akak,”
Majit hanya mengikut sahaja kata-kata Milah.

Semasa dalam perjalanan, Milah membuka surat yang diberi oleh Majit.




Assalamulaikum...

Kehadapan Milah semoga dalam keadaan sihat walafiat. Sebelum itu, mungkin Milah tertanya-tanya kenapa saya menulis warkah ini? Sebelum saya meluahkan isi hati saya, saya harap Milah tidak akan membenci saya selepas ini. Sebenarnya saya tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Milah? Sudah lama saya memendamkan perasaan saya ini.

Saya sebenarnya sukakan Milah.Saya tidak tahu sejak bila perasaan ini mula muncul? Saya menjadi kaget dan kaku bila berhadapan dengan Milah. Mungkin Milah merasakan saya ini lucu. Tetapi itulah realitinya. Saya harap agar Milah faham. Akhir kata daripada saya, belajarlah bersungguh-sungguh di sekolah baru dan janganlah lupa kami disini. Walaupun kadang- kala kami membuatkan Milah berasa sakit hati.


                                                                                                                       Yang Benar,
                                                                                                                           Hafiz

Milah melipat kembali surat tersebut. Dia tidak menyangka selama ini Hafiz menyimpan perasaan kepadanya. Dia berharap apabila berada di sekolah baru nanti dia akan mempunyai kenangan seperti mana kenangan dia berada di kelas 4 Dahlia yang sudah terpahat di hatinya.




Deella zakaria

Antara Mencintai & Dicintai

Melihat telatah anak kecil itu membuatkanku tersenyum gembira. Kelakuannya mencuit hatiku. Alangkah indahnya zaman kanak-kanak. Tanpa memikirkan dugaan dan cabaran kehidupan. Mereka masih belum lagi mengetahui keadaan dunia yang sebenar. Begitu juga aku semasa zaman kanak-kanak. Hanya ketawa sahaja yangku mengerti waktu itu. Aku hanya menangis apabila permintaanku tidak ditunaikan. Rindunya aku pada zaman kanak-kanakku. Bermain dan bergelak ketawa. Alangkah seronoknya aku jika kesempatan kembali pada zaman itu. Bunyi desiran ombak membuatkanku semakin tenang. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi ketenanganku. Subahanallah!Maha suci-Mu Allah. Tiba-tiba sebatang pen jatuh.Baruku sedari yang ku hendak menulis catatan luahan hatiku pada sebuah buku yang setia menemaniku selama ini.


Buku hijau ini ku tatapi. Ku selak satu bersatu helainnya. Tiba-tibaku terpandang sesuatu yang membuatkanku terkenang semula..


Adakah si dia mengerti apa yangku rasakan?Adakah dia tahu akan isi hatiku?Mengapa hatiku berdebar-debar?Mengapa!!!Aku sudah jatuh cintakah?Pelbagai persoalan bermain difikiranku.Mengapa aku masih mengintai dia?Dialah lelaki yang ku cintai..Cinta pertama!ya, cinta itu buta.Semua orang kata cinta itu buta..Tetapi apakah keistimewaannya sehingga membuatkan ku jatuh cinta kepada dia?Sudah bertahun lamanya. Kenapa masih ada lagi cintaku kepadanya?Dia tidak mengetahui.Bodohnya aku.Masih setia pada yang satu.Bukanku tidak menerima lelaki lain. Tapi hatiku tetap yang satu.. Hanya dia.Hanya dia yang ku tunggu. Hatiku sakit jika dia mempersiakan aku. Dia sudah mempersiakan cintaku yang setiakah?Ohhh,janganlah kau membuatkanku begitu. Nanti hatiku sakit. Bagaikan dihiris dengan sembilu.Kau mengertilah yang aku tunggu kau selama ini. Hanya dikau yangku tunggu.Mengertilah!


Aku tersenyum kembali lalu memyelak helaian yang baru. Sekuntum mawar merah.Warnanya sudah menjadi hitam. Ini menunjukkan mawar itu sudah lama tersimpan di buku ini. Mawar ini mengingkatkanku sesuatu yang indah. Sangat indah bagiku. Kerana mawar inilah yang mengingatkanku kepada si dia.Ya, hanya dia.Satu pesanan masuk.

Sofia kau kat mana?Penat aku cari kat office dengan rumah kau.Kau tidak bagitahu aku kau bercuti.

Aku meletakkan telefon bimbit ke bawah. Malas aku melayan Ramlah. Bukan bermaksud mementingkan diri sendiri tetapi aku tidak mahu diganggu. Aku mahu melihat keindahan di tepi pantai sambil menghirup udara yang segar.Aku menggegam pasir dan melepaskannya semula. Seorang kanak-kanak perempuan mengajakku menolongnya membuat istana pasir. Pada mulanya aku enggan tetapi bila diajak berulang-ulang kali akhirnya aku mengalah. Tidak sampai hati aku menghampakan permintaannya.


“Assalamulaikum”
“Walaikumsalam” Aku menoleh ke belakang dan tiba-tiba...
“Awak...”
Lelaki itu hanya tersenyum.
“Tidak sangka rupa-rupanya dunia ini kecil sahaja”,
Aku tergamam dan tidak dapat berkata apa-apa.
“Awak buat apa di sini?”
“Saya...saya..saya..” Aku buntu.
“Kenapa ni? Takkan terkejut bila jumpa saya,” Lelaki itu tersenyum kembali.

Ya Allah! Kenapa lelaki ini harus muncul dalam hidupku.Kenapa? Aku tidak mencintai dia. Bukan...Sebenarnya aku tidak layak untuk dia. Hatiku hanya orang lain.Maafkan aku..Maafkan aku...

“Awak, awak tidak sihat ker?”
“Ha, maaf saya mengelamun tadi,”
Awak ni suka sangat mengelamun. Waktu belajar dulu pun suka mengelamun. Ingatkan dah tidak adalah sekarang,”Lelaki itu mengerutkan dahinya.
“Tidak sangka kita berjumpa di sini, Ali” Aku mengubah topik perbualan.
“ Memang saya tidak sangka dapat jumpa awak disini. Sebab itulah saya kata tadi yang dunia ini kecil. Mungkin ini dinamakan jodoh,” Ali senyum membawa maksud tersirat.
“Perangai awak masih tidak berubah,”
“Akak! Akak!Terima kasih bantu saya,” Kata kanak-kanak yang mengajakku tadi.
“Maafkan akak ya dik,”Jawabku.
“Apa kata saya belanja awak minum,” Kata Ali.
“Belanja minum...”
“Ya, jom. Sudah lama kita tidak jumpa. Mesti banyak cerita yang hendak dikongsi,”
“Tidak mengapalah awak.Saya rasa hendak pulang. Lagipun sudah lama saya kat sini,”
“ Kalau macam tu apa kata malam ni kite dinner sama-sama,” Ali masih lagi memujuk.
“Dinner!!Tak mengapalah,” Aku cuba menolak.
“Janganlah kata macam itu.Nanti pukul 8.00 saya tunggu awak dekat restoran. Awak datang tau. Saya akan tunggu sampai awak datang,”
“ Tapikan awak.............”
“Tidak ada tapi!Tapi!Tapi lagi.Awak mesti kena datang jugak. Oklah saya hendak pergi. Saya sayangkan awak,”
“Haaa..”Aku terkejut apabila mendengar kata-kata Ali yang akhir itu.



Mengapa dia masih menghantui lagi dalam hidup. Mengapa kau masih setia. Lupakan sahaja aku ini. Aku tidak layak untuk kau. Jiwa ragaku hanya untuk orang lain. Aku tidak dapat melupakan dia. Lupakan aku sahaja. Janganlah kau setia. Aku tidak mahu hati kau terluka. Kau lelaki yang baik. Lelaki yang sangat baik bagiku. Maafkan aku kerana tidak mampu memberi apa yang kau kehendaki. Lebih ramai lagi gadis yang layak lagi untuk kau. Cintailah salah seorang daripada mereka. Kau berharap mengapai kebahagiaan. Aku hanya memberikan kau kedukaan sahaja.


Aku melihat cermin di hadapanku. Fikiranku buntu. Apa yang harus aku lakukan? Haruskah aku pergi ataupun tidak.Mengapa keputusan ini sangat berat bagiku? Fikiranku mengatakan aku tidak perlu  pergi dan hatiku mengatakan sebaliknya. Aku tidak mahu dia hampa. Tetapi aku tidak mahu di salah sangka denganku. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Fikiranku bertambah buntu.Aku menuju ke katil dan menangis sepuas-puasnya.Tiba-tiba loceng pintu berbunyi......

Aku membuka pintu dan aku melihat...............


“Awak!!!”
Ali hanya tersenyum sahaja lalu menghulurkan sejambak bunga. Aku terdiam dan mengambil bunga itu.
“Awak terkejut.Saya sudah jangka yang awak mesti tidak datang.Jadi saya berusaha mencari nombor bilik awak dan makan malam disini sahaja,”
“Kenapa awak terlalu baik dengan saya?”
“Jangan kita bincang pasal hal ini. Jom kita menikmati makan malam,”Ali memberi arahan kepada pelayan resort itu supaya menyediakan makan malam.
“Sangat indah menikmati makan malam disini,” Ali memulakan topik.
Aku hanya tersenyum.
“Awak buat apa sekarang? Sejak habis belajar kite sudah lost contact,” Ali menyambung kata-katanya.
“Saya bekerja di Syarikat Telekom,”Jawabku jujur.
“Awak kerja apa sekarang?
“Sebenarnya saya bekerja di Resort ini,”
“Disini..Kerja apa?” Soal aku.
“Tidak perlulah awak tahu. Sungguh cantikkan bulan itu,” Ali mengubah topik perbualan.
“Ya, sangat cantik,”
“Secantik awak,”
“Awak!!!”
“Betul, bulan itu secantik awak. Saya tidak ada maksud lain,”
“Awak dah ada kekasih,”
“Saya menunggu awak,”
“Awak!!Janganlah begini. Saya tidak boleh...”
“Kenapa tidak boleh?Saya cintakan awak.Saya betul-betul cintakan awak dan saya ikhlas. Kalau boleh saya hendak kahwin dengan awak,”
“Awak saya tidak boleh,,,”
“Mengapa tidak boleh?Apa kurangnya saya? Saya boleh bagi aku segala-galanya.Tapi tolonglah!Saya cintakan awak,”
Maafkan saya. Hati saya hanya untuk orang lain. Saya tidak boleh..Saya tidak boleh menerima awak kerana saya tidak cintakan awak.Awak fahamlah,”
“Awak, apa lagi yang saya harus lakukan bagi menunjukkan cinta saya kepada awak? Mengapa awak tidak boleh menerima saya? Mengapa hati awak tidak terbuka untuk saya,” Ali memegang tanganku. Akhirnya air mata yang ditahan jatuh juga.
“Awak janganlah begini. Lebih baik awak balik dulu.Tenangkan fikiran,” Aku memegang bahu Ali dan cuba membawanya keluar.
“Awak, saya cintakan awak sampai bila-bila pun. Sampai bila-bila.Sama ada awak suka atau tidak saya tetap setia pada awak seorang,”Ali mengetuk pintu.



Aku hanya mampu menangis. Menangis dan terus menangis. Mengapa kau ego? Mengapa? Janganlah buat aku begini. Jangan buat aku menjadi bertambah bersalah.Cubalah memahami diriku. Aku tidak mampu untuk mencintai kau. Bukan tidakku cuba membuka ruang untukmu tetapi aku tewas. Cintaku hanya untuk si dia. Hatiku masih mencintai si dia. Maafkan aku. Hanya itu yang mampu ku katakan. Kau mengertilah! Mengertilah daku! Janganlah seksaku begini. Sangat sakit..Betul sangat sakit. Jangan menagih cintaku. Jangan tunggu aku. Bukalah hati kau kepada gadis lain. Mereka lebih layak untuk kau.Jika suatu hari kau jumpa gadis yang sesuai dengan dirimu. Lupakanlah aku secepatnya. Kau berhak hidup bahagia. Jangan menunggu aku lagi. Biarlah aku begini...



Aku menuju ke beranda. Sungguh segar rasanya udara pagi yang mendamaikan. Bunyi desiran ombak membuatkan hatiku menjadi tenang. Sepasang kekasih sedang berjalan di atas air. Sungguh romantik pasangan tersebut. Tiba-tiba lagu I'm alive daripada Celine Dion berbunyi.Ini tidak lain tidak bukan mesti Ramlah. Ramlah satu-satunya kawan yang aku kenali sejak dibangku sekolah. Dialah teman yasng akan ku curahkan segala suka dan dukaku kepada dia. Ramlah, kaulah satu-satunya kawanku yang baik dan aku tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa kau selama ini. Telefon bimbit ku capai di meja solek.

“Lisa, kau pergi mana semalam. Penat aku aku call gan mesej,”
“Sorrylah Ramlah. Aku tertidur,” Aku mencari alasan.
“Bagaimana keadaan di sana. Ok tak!”
“Emmm..Oklah! Aku tak lama kat sini,”
“Hahahaha..Yalah tu,”
“Betullah,”
“Yalah,yalah. Oklah aku ada kerja ni.Selamat bercuti,” Ramlah hendak mematikan perbualan.
“Ok!”Jawabku ringkas.



Aku menuju ke deretan kedai yang menjual kraftangan. Pelbagai jenis kraftangan yang terdapat di sini. Aku suka melihat kraftangan yang mempunyai corak batik. Sungguh unik  dan hasil kerjanya yang halus. Aku membeli pehiasan di dinding. Apek yang menjual kraf memujukku lagi supaya membeli lebih banyak barangan kraf di kedainya. Aku hanya tersenyum sahaja. Sekali-sekala pelancong luar negara meminta aku menangkapkan gambar mereka sebagai kenangan. Aku senang menerima permintaan mereka itu. Aku berasa bangga kerana orang luar ramai yang memuji akan keindahan di negara kita. Bukan senang untuk kita mendengar pujian daripada orang luar. Sesudah aku membeli belah di Sentosa Street. Aku menuju ke Restoran Melayu bagi menjamu selera. Lagipun perutku sudah berkeroncong kerana tidak menjamah makanan sejak dari pagi tadi. Aku semakin selera apabila melihat pelbagai lauk-pauk yang dihidangkan. Ulam-ulam yang beraneka jenis menarik minatku. Rindu pula pada masakan mama. Seorang pelayan menghampiriku. Aku hanya memesan air milo sahaja. Air yang sudah menjadi minuman kegemaranku.Air itu juga membuatkanku terkenang pada seseorang.. Aku tersenyum sendirian.


Selepas menjamu selera. Aku pergi ke tempat-tempat perlancongan di sekitar Pulau Perhentian. Pelbagai gelagat manusia yang ku perhatikan. Kadang-kala membuatkan ku tersenyum apabila melihat mereka itu. Penerangan daripada pemandu pelancong itu ku dengar dengan teliti. Setiap kawasan mempunyai sejarah yang menyimpan seribu peristiwa. Begitu juga kepada diriku. Ahhh!Kenapa si dia bermain difikiranku? Pergilah!! Aku tidak mahu.


“Pagi tadi awak pergi mana?”Tanya Ali kepadaku.
“Saya pergi melihat tempat-tempat disekitar Pulau ini,”
“Kenapa tidak tunggu saya,”
“Awak....”
“Baiklah,”
Aku tersenyum.
“Mengapa awak tersenyum,” Ali kehairanan.
“Tidak ada apa-apa.Saja je,”
“Awak, apa kelebihan yang ada pada si dia sehingga awak tidak boleh menerima saya,” Tanya Ali jujur.
Aku terkejut apabila mendengar soalan daripada Ali.
“Awak janganlah macam ni. Awak tidak mempunyai sebarangan kekurangan pun,”
“Habis kenapa awak masih tidak dapat menerima saya,”
“Ali, bukan saya tidak cuba tapi saya tidak boleh. Awak memahamilah saya. Hati saya masih untuk dia. Hanya dia sahaja. Kenapa awak mahu saya seksa begini? Cukuplah kita menjalinkan hubungan sebagai seorang kawan. Tidak lebih dan tidak kurang,”
“Mengapa awak hendak hidup dalam bayangan seseorang yang awak tidak pasti. Perkara itu sudah lama berlalu.Kenapa awak masih setia? Awak buanglah segala kenangan itu. Perkara itu sudah lama berlalu. Mungkin dia sudah melupakan awak. Awak, saya janji saya akan tolong awak melupakan dia,”
“Saya tidak boleh dan saya tidak mahu,”
“Mengapa awak degil sangat?”
“Memang saya degil,” Aku berdiri dan cuba meninggalkan kawasan itu. Tetapi lengan sempat dipegang oleh Ali.
“Lepaskan saya,”
Ali memegang kedua-dua lenganku lebih kuat lagi.
“Awak pandanglah saya. Janganlah buat saya begini. Apa lagi yang harus saya buat bagi membuktikan cinta saya kepada awak?”
“Ali lepaskan tangan saya. Awak jangan buat saya begini,”
“Saya tidak akan lepaskan selagi awak tidak bagitahu saya,”
“Ali, kenapa mengapa awak tidak memahami saya? Saya tidak boleh. Saya tidak boleh,”
Aku tidak dapat menahan lagi airmata.
“Awak!!”Ali merenungku pilu. Dia tidak boleh melihatku menangis.
“Maafkan saya. Saya mengikut perasaan tadi,” Ali melepaskan lenganku.
“Sudahlah. Anggaplah ini pertemuan kita yang terakhir,”Aku beredar dari situ.
“Awak!!!!”

Aku tidak mempedulikan kata-kata Ali lagi. Kata-katanya membuatkan aku semakin bersalah. Aku tak mahu!!Aku tak mahu melihatnya lagi. Pergilah kau dari hidupku. Jangan dekati aku lagi. Biarlah aku hidup dalam bayang-bayangan dia. Aku pasrah. Aku redha. Jangan cari aku lagi. Jangan berikan aku kata-kata manismu lagi. Aku tidak boleh. Tidak boleh!!!!!!!!!!!!!Ya Allah!Adakah tindakanku ini betul? Apa yangku harus lakukan? Aku teringat kata-kata Ramlah.

“Lupakan dia Lisa. Lupakan sahaja.Dia kisah silam kau. Mengapa kau hendakkan lelaki yang tidak pasti.Terimalah Ali. Dia mencintai kau. Dia cintakan kau sepenuh hati dia. Kau terima sahaja dia,”
“Aku tidak boleh!Tidak boleh!!!”
“Kenapa kau degil sangat,”


Memang aku degil.Memang!!!!!!!Ramlah aku tidak boleh.Ramlah jangan paksa aku mencintai Ali. Ali jangan paksa aku mencintai kau. Aku tidak boleh.Air mata menitis dengan lebih deras lagi.


Ada apa dengan cinta?
Adakah cinta itu menyeksakan?
Kasih sayang?
Menyakitkan?
Memang cinta itu menyakitkan..
Cinta itu buta..
Cinta tidak mengenal siapa?
Cinta akan muncul dengan tiba-tiba..
Tanpa memberi isyarat dan tanpa disedari...

Mengapa kita harus bercinta?
Cinta membuatkan kita terseksa dan menderita..
Tidakkk!!!!Cinta tidak begitu..
Cinta itu suci..
Tulus..
Hanya kita yang menentukan sahaja sama ada cinta itu menyeksakan..
Cinta itu indah..
Ramai yang bahagia kerana cinta..
Ia melengkapkan kehidupan manusia yang sentiasa memerlukan cinta.
Tanpa cinta manusia tidak bahagia...
Cinta adalah fitrah manusia..

Adakah aku akan bahagia kerana cinta?
Kenapa aku terseksa kerana cinta?
Sudahku katakan tadi..
Cinta tidak menyeksakan seseorang..
Ku tahu cintamu tulus..
Setia..
Tapi kau berhak menerima cinta yang sejati..
Ikutkanlah kata hatimu..
Kerna hatimu sentiasa betul..
Minta pertolongan daripada Ilahi..
Hanya Allah saja yang tempat mengadu..
Setialah kepada-Nya..
Janganlah melakukan perkara-perkara yang mensyirikkan...
Jangan sesekali...
Kerna Dialah memberi petunjuk yang terbaik..
Sangat terbaik untuk kita..
Sebagai seorang hambanya..


Aku memasukkan pakaian ke dalam beg. Terasa berat hatiku untuk meninggalkan Resort ini. Aku tidak tahu mengapa? Ali!!!Sudahlah!! Janganlah dia yang aku fikir. Lupakan aku sahaja. Aku mencapai buku hijauku lalu aku menuju ke beranda. Buku hijau yang sentiasa menemaniku. Buku luahan hatiku. Aku tersenyum.Akhirnya aku ketawa..Ada sesuatu bermain difikiranku!


Aku menuju ke kaunter untuk check-out dan memulangkan kunci. Aku melihat sepuas-puas keadaan Resort Sri Melayu. Aku tidak sangka di Resort ini membuatkan kenanganku kembali. Kenangan yang indah dan pahit bagiku.. Selamat tinggal Ali..Ku katakan dalam hati..Aku menuju ke teksi dan meletakkan bagasiku ke dalam bonet. Tiba-tiba terjatuh bunga mawar yang ku simpan dalam buku hijau. Aku mengambilnya dan membuangnya kedalam tong sampah.

“Abang,bunga ini sudah lama setia menanti abang. Ianya sudah tidak larat menunggu abang lagi. Abang sudah lama meninggalkannya. Abang tidak memberinya khbar berita walaupun sekali,” Monologku.

Ali mengetuk pintu bilik Lisa berkali-kali. Masih tiada jawapan. Kemana dia pergi? Ali masih tidak berpuas hati.Dia membuka pintu bilik itu dan memanggil nama Lisa. Tiada sahutan. Baju tiada dalam almari. Semua dalam keadaan bersih dan tersusun.Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran Ali.. Jangan-jangan..... Ali menuju ke kaunter.

“Suraya, kau check penghuni yang menginap bilik 405,” Ali memberi arahan.
“Sekejap ya Tuan,”
“Cepat sikit,” Ali menjadi beremosi.
“Maaf tuan, Cik Lisa sudah check-out awal pagi tadi,”
“Pukul berapa?”
“Kira-kira pukul 8.30 pagi tadi,”
“Tuan!!!”


Lisa mengapa awak buat saya begini? Mengapa awak tidak mengerti yang saya mencintai awak? Sepenuh hati saya mencintai awak. Kenapa awak tidak dapat melupakan dia? Mengapa awak seksa dirimu sayang? Kenapa? Pandanglah aku.Aku juga mencintaimu..Ali membawa kereta dengan laju. Dia berharap masih sempat berjumpa dengan Lisa di Pelabuhan. Hanya itu sahaja harapan dia sekarang ini. Lisa tidak boleh lagi hilang lagi. Dia mahu Lisa berada di depan matanya. Walaupun kadang-kala hatinya terluka. Tapi dia sanggup menahan kesakitan itu kerana dia tidak boleh hidup tanpa Lisa. Hanya Lisa yang berada dihatinya. Biarlah orang cakap pasal dirinya. Lelaki dayus! Tidak tahu malu! Biarlah!! Asalkan Lisa akhirnya bersamaku.


Aku menarik bagasi ke dalam feri. Bajuku sudah basah disebabkan peluh yang membasahi badanku kerana  keadaan cuaca yang terik. Aku melipatkan lengan bajuku. Peluh di dahi aku kesat dengan sapu tangan warna kuning. Aku memilih tempat duduk di hujung ditepi tingkap. Sengaja aku duduk disitu. Aku tidak mahu diganggu. Aku sudah serik. Serik diganggu oleh Ali. Aku melihat pemandangan diluar.  Laut yang mementas luas sehingga tiada penghujungnya. Sangat luas dan tidak terjangka.Aku memejamkan mata. Aku mahu lupakan peristiwa yang menyeksaku untuk seketika. Lisa!!!! Aku membuka mata..Ali!!!Kenapa aku mendengar suara Ali. Aku melihat ke luar tingkap. Seorang lelaki sedang dihalang dengan seorang pengawal. Aku mengosokkan mataku yang tidak gatal. Sah! Memang Ali. Kenapa dia ada disini?Aku hanya melihat sahaja. Tanpa disedari airmataku menitis. Menitis kerana seorang lelaki yang mencintaiku..Maafkan aku Ali. Aku tidak boleh...Hatiku masih mencintai orang lain.Biarlah keadaan yang mengubahnya. Aku berdoa agar kau menemui jodoh yang layak untuk kau. Aku masih melihat lagi. Aku melihat kehampaan Ali. Aku melihat dia menangis dengan teresak-esak. Sangat menyedihkan. Betul-betul sangat menyedihkan..Ali.Hanya ayat itu sahaja mampu ku katakan..


Cinta..Mengapa kau buat aku begini?
Mengapa kau membuat aku menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri?
Mengapa??
Mengapa kau buat seseorang lelaki yang mencintaiku menangis?
Mengapa kau kejam?
Kau sangat kejam..
Mengapa kau buatku menagih cinta lelaki yangku tidak pasti sama ada masih wujud di dunia ini ataupun tidak?
Mengapa kau degil?
Pergilah kau dari hidupku..
Ubahkan hatiku..
Supaya aku dapat mencintai lelaki yang mencintaiku..
Sepenuh hatinya..

Cinta..Dengarlah luahan hatiku ini..
Aku sudah tidak dapat lagi menanggung..
Ianya sangat sakit..
Sungguh sakit..
Bagaikan dihirs dengan sembilu..
Mengapa kau diam membisu?
Katakanlah sesuatu..
Yang boleh meredakan kesakitanku ini..

Cinta!!!!!

Sudahku katakan berkali-kali..
Dengarlah luahan hatimu..
Jangan biar fikiran menghasutmu..
Takut nanti kau tersalah pilih..
Akan merana hidupmu nanti..
Jangan lupa juga berdoalah kau kepada- Nya.
Buatlah solat Istiharah..
Mudah-mudahan Dia akan memberi petunjuk kepadamu..
Hanya Dia tempat kau mengadu..
Tiada sesiapa lagi yang boleh membantumu..
Selebihnya terpulanglah kepadamu dalam membuat pilihan..
Ali atau abangmu...
Yang menghilang entah kemana?
Ali yang sentiasa disisi mu..
Kaulah menentukannya....................



Deella Zakaria



Friday, May 7, 2010

Rosalina

Dari menara gereja St. Marina di Andalusia Lama, Sister Rosalina tersenyum puas menyaksikan asap hitam yang berkepul-kepul di ruang udara. Asap hasil dari mayat orang-orang Islam yang dihukum mati oleh Paus melalui lembaga Penghukuman. Kemenangan Ferdinand dan Isabella benar-benar menyejukkan hatinya. Orang-orang Moor memang sewajarnya angkat kaki dari bumi ini atau tak perlu diberi hak untuk hidup. Mereka Kristian sesat. Mereka menentang keTuhanan Isa. Walau pun mereka amat menghormati Isa dan Maria, namun itu belum memadai untuk mensucikan nama Nya.




Daun jendela ditutup. Asap terlampau tebal. Berulang kali Rosalina menutup hidungnya menahan bau mayat. Selama hidupnya ia sentiasa yakin hanya golongan mereka sajalah yang layak memiliki syurga. Tak ada yang lain.


“Rosa…” panggil Bernadite. Ketua Sister itu berjalan tergesa-gesa. “Beritahu semua rakan-rakan kita yang lain untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman mati terhadap keluarga gabenor kota Andalusia, Abdul Rahman Aziz sekeluarga esok pagi. Ini penting!”




Rosalina mengangkat alis. “Satu keluarga dibakar? Tidakkah ini terlalu kerap dilakukan?” tanya Rosa hairan.



“Rosa !,” sahut Bernadite dengan nada tegas namun penuh kesal, “Jangan membantah! Ini perintah Tuhan!” tegasnya lagi sambil meninggalkan Rosalina di ruang tersebut. Rosalina mengangkat bahu. Bernadite adalah satu-satunya Sister tua yang masih tinggal. Dia sedang menunggu waktu saja untuk digantikan oleh dirinya. Rosalina begitu yakin dan pasti perkara itu. Bukankah dia telah menghadiahkan kepada Bernadite beberapa uncang emas untuk jawatan tersebut?.



Keesokan harinya ribuan manusia yang sedang dilanda mabuk kemenangan, mengiringi keluarga Abdul Rahman Aziz yang akan dijatuhkan hukuman dengan caci-maki dan kata-kata yang penuh dengan penghinaan. Rosalina juga berada di antara kumpulan yang mencaci-maki itu. Ia memandang adegan itu dengan rasa bosan. Dalam diam, Rosalina mengamati ketujuh-tujuh orang yang kelihatan tenang menghadapi saat-saat kematian yang semakin hampir. Tanpa balasan kata-kata kotor yang dilontarkan. Gabenor Andalusia, Abdul Rahman Aziz dan Salima isterinya kelihatan amat sukar untuk berjalan kerana mereka dibelenggu dengan rantai besi yang berat di leher, kaki dan kedua tangannya. Sementara kelima-lima anaknya lebih bernasib baik kerana hanya kedua tangan mereka yang diikat dengan tali akar yang kuat.



Seorang demi seorang daripada mereka dipaksa naik ke atas mimbar yang telah siap di penuhi sekelilingnya dengan kayu bakar. Ikatan ke atas tubuh mereka dirungkaikan. Rosalina melihatnya dengan perasaan puas. Dengan gaya mengejek, ia melambaikan tangan selamat datang seolah-olah penuh dengan keramahan. Keluarga mantan gabenor Andalusia itu hanya diam terpaku. Namun Salima memandang tajam ke arahnya. Mungkin kesal dengan sikap Rosalina yang merendahkannya. Sebagai sesama perempuan tindakan Rosalina itu benar-benar dianggap melampaui batas. Sementara keempat-empat anak mereka yang masih remaja memegang lengan orang tua mereka kuat-kuat, penuh cemas. Tanpa diduga, puteri kecil Abdul Rahman Aziz melihat Rosalina. Ia tersenyum. Lalu membalas lambaian tangan dan meletakkan kedua tangannya ke wajahnya seraya membuka dan menutupnya. Seperti sedang mengagah kanak-kanak kecil.



“Kurang ajar!” gerutu Rosalina di dalam hati. Namun sebelum segalanya berlanjutan, seorang algojo mula menyalakan obor. Orang ramai mulai menyanyi. Sebuah nyanyian untuk keluarga tersebut. Manakala di atas mimbar, keluarga Abdul Rahman menyusun diri dengan rapi. Yang perempuan disusun di belakang lelaki. Mereka bergerak serentak dan teratur. Rangkaian pertanyaan lembaga penghukuman, pujukan dan tawaran menjadi tak bermakna lagi bagi mereka. Dengan rasa kesal, algojo yang bengis itu melemparkan obor. Nyalaan api merah yang berkobar-kobar membakar keluarga mantan gabenor itu bersama teriakan LAA ILAAHA ILLALLAH berkumandang sedemikian hebat. Seakan-akan mengalahkan nyanyian dan desir angin pada pagi itu.



Jauh di sudut hati yang paling bersih, Rosalina mengkagumi tingkah laku orang-orang muslim. “Mereka begitu tenang. Kaum perempuannya berpakaian hampir sama seperti aku. Tetapi mereka bukan golonganku.” bisik hatinya.



Api kian menjulang. Rosa berganding tangan dengan kawan-kawannya kemudian mereka berpusing sambil menyanyi mengelilingi julangan unggun api tersebut.



***



Seluruh mata dipejamkan ketika upacara misa mingguan dijalankan. Ia dirasakan agak berbeza hari ini. Dengan penuh takzim dan menyentuh perasaan keimanan. Ribuan jemaah ketakutan. Mereka menangis ketika pastor membacakan rangkaian doa. Begitu lama dan panjang. Penuh janji manis dan ancaman kesesatan bagi mereka yang di luar iman mereka. Terbayang neraka dan angkara Tuhan yang ketara. Dengan bersimpuh, Rosalina menguatkan genggaman tangan untuk memuja Tuhannya. Ia ingin melihat wajah Tuhannya yang penuh kasih.



Tiba-tiba, Rosalina membuka matanya, dinding gereja dirasakan seperti bergetar. Lukisan-lukisan di sekelilingnya itu bergerak seperti manusia hidup. Di arah timur ia melihat lukisan para malaikat bersayap senyum kepadanya. Ia tidak percaya. Ia menahan suara kehairanannya. Mereka yang berada disekelilingnya masih memejamkan mata. Lukisan malaikat-malaikat itu serentak mengangkat kedua tangannya ke telinga lalu meletakkan ke dua tangan itu ke lutut. Laksana memperolehi perintah, Rosalina segera bangkit berdiri dan melakukan perkara yang sama seperti lukisan malaikat yang bergerak tadi. Perempuan itu tidak faham gerakan apa yang dimaksudkan. Ketika ia masih membayangkan malaikat yang sedang membimbingnya tata cara berdoa yang baru, sebuah suara keras mengejutkan sukmanya.



“Bangsat! Dia Islam!” Rosalina terkejut. Ribuan pasang mata membelalakkan mata ke arah dirinya penuh marah. Pastor Salvador memandangnya dengan penuh bengis. Setengah berlari, ia menghampiri Rosalina dan menarik kasar kain tudungnya. Rambut coklat emas Rosalina terhurai panjang. Sister muda itu menutup wajahnya menahan malu. Ia memalingkan badannya.



“Rosalina, apa yang kau lakukan?” tanya Pastor Salvador kesal. Dengan nada yang gementar ketakutan, Rosalina menjawab, “A…ku… aku melihat lukisan malaikat-malaikat itu bergerak. Mereka membimbingku dan aku mengikutinya…” Wajah Pastor Salvador kian memerah. Wibawanya sebagai penyampai firman Tuhan seolah digugat dan diperlecehkan.



“Pendusta! Lukisan dan patung-patung ini tidak dapat bergerak! Kau gila!” ucapnya kasar seraya menanggalkan jubah kebesarannya. Rosalina terdiam. Seluruh jemaah menjadi tegang. Bukan sekali dua Pastor Salvador menjatuhkan hukuman. Tujuh hari lalu, sebuah keluarga Muslim dibakar hidup-hidup di tanah lapang di hadapan istana Andalusia.



“Kau…, kau cuma mengaibkan kami saja, Rosalina!” tiba-tiba suara Sister Bernadite mengejutkan semua orang. Tangannya menampar dua kali tepat disudut bibir Rosalina. Darah segar mengalir dari bibir Rosalina. Pedih. Namun Rosalina masih mematung, tidak bergerak seperti patung.



“Jangan bodoh Rosa! Tunjukkan malaikat penolongmu!” herdik Bernadite sambil mencebik. Dengan telunjuk yang menggeletar, Rosalina menunjukkan dinding di arah timur gereja. Lukisan ribuan malaikat bersayap itu tak berubah. Semua kaku begitu saja. Jantung Rosalina seolah-olah berhenti berdegup. Ia amat takut sekali.



“Oh, Tuhan yang mengajar aku melakukan seperti tadi, tolonglah aku!” pintanya dalam hati. Air matanya berderai.



“Cubalah kamu semua perhatikan lukisan malaikat-malaikat itu dengan teliti.” ucap Rosalina tenang. Tanpa diduga, ribuan jemaah memekik namun tertahan-tahan. Sebahagian pula menjerit ketakutan. Mata Bernadite yang awas itu terbelalak.



“Itu gambar setan! Oh Tuhan, ampunilah dosa kami. sesungguhnya kami tidak menyangka, di rumah-Mu ini hadir iblis. Ampunilah kami.” ucap Bernadite, keras.



“Kau betul-betul setan, Rosa!” ucap Salvador lantang. Rosalina memandang tajam ke arah Salvador. Tiba-tiba ia seperti memiliki keberanian.



“Kau pendusta, Salvador! Aku perlu makan, minum dan buang air! Setan tak pernah melakukan semua itu, apalagi Tuhan!” Merah padam wajah Salvador apabila kata-katanya dibalas sedemikian rupa.



“Tangkap perempuan iblis ini! Ikat dia dan bakar!” namun para jemaah hanya terdiam. Mereka tidak mengendahkan perintah itu.



“Kamu buta? Kamu tuli?” tanya Salvador sinis. Seorang nenek dengan suara parau memberanikan diri berkata, “Oh Yang Mulia, Salvador. Tidakkah engkau membenarkan kesaksian Rosalina? Gambar itu benar-benar ada. Lihatlah!” jari-jemari yang keriput itu menunjukkan gambar seorang malaikat bersayap yang membimbing Rosalina. “Yang Mulia, mengapa tidak engkau terangkan kepada kami, apakah kesalahan cara gerakan itu? Bersalahkah perempuan ini?” tanyanya cemas. Pastor hanya terdiam. Ruang gereja menjadi sunyi. Tiba-tiba, “Dengar, dengar semuanya! Itulah gerakan setan yang menghina Tuhan!” jawab Salvador.



“Kau tidak jujur, Salvador! Kau tahu gerakan itu namun kau mengingkarinya! Itu gerakan doa orang-orang Islam yang kerap kau bakar! Kau benci mereka!” balas Rosalina berani. Luapan marah Salvador kian menjadi. Belum puas dengan ia meludah perempuan malang itu, pastor Salvador menjerit.



“Bawa dia ke penjara bawah tanah! Ikat dia! Dia hanya layak diperlakukan seperti binatang!” kali ini beberapa pastor muda segera mengikat tubuh Rosalina tanpa belas kasihan.



“Kau kejam! Kau licik! Tuhan akan membalas kejahatanmu! Tuhan akan mengutukmu, mengutukmu!” suaranya kian lemah. Tubuhnya diseret oleh lapan orang lelaki. Ribuan jemaah berdiri terpaku. Beberapa wanita menitiskan air mata. Pastor Salvador naik semula ke mimbar dan cuba menenangkan suasana.



“Marilah kita berdoa agar tidak sesat seperti dia!” ucapnya penuh wibawa. Para jemaah kembali duduk dengan tenang walau pun terlalu banyak persoalan di dalam fikiran masing-masing. Peristiwa yang baru saja terjadi menjadi bahan pemikiran yang sering kali menyentuh hati nurani.



***



Dua hari kemudian, pada remang-remang senja yang indah Oktober 1492 di tengah kota Andalusia Lama, diatas longgokan kayu-kayu bakar, kelihatan seorang wanita diikat lemah. Masyarakat memandangnya dengan penuh rasa hiba namun apakan daya. Kelak orang hanya akan dapat bercerita tentang lagenda ini, dengan mengungkapkan …..



“Rosalina, adalah seorang biarawati. Suatu hari ketika upacaya misa berlangsung beliau bersaksi melihat lukisan para malaikat bergerak mengangkat kedua tangan ke telinga lalu diletakkan di lutut, telah dibakar hidup-hidup. Sebelum api yang menjulang-julang itu memutuskan pita suaranya ia mengulang-ulangkan kalimah : “Oh Tuhan, Ya Islam, Oh Allah, Ya Messias Ahmad…. Begitulah seterusnya berulang-ulang kali silih berganti. Sehingga tak terdengar lagi teriakannya. Sampai habis bercucuran air mata orang-orang yang hadir. Sampai orang membiarkan asap dari jenazah Rosalina yang berkepul memasuki setiap jendela dan pintu rumah-rumah kerana dirasakan tidak begitu mengganggu.”



Diolah dan disusun semula dari Kisah UMMI No. 12 /IV/ ms. 37-39



Nota :



Paus : Paderi Besar yang mengetuai gereja Roman Katolik.

Misa : suci – upacara persembahan korban (Roman Katolik).

Algojo : orang yang menjalankan hukuman mati.

Pastor : Paderi bagi gereja selain daripada Gereja Katolik, England dan Scotland.

Monday, May 3, 2010

The Divine Book (pt.1/10)

The Divine Book pt. 4 (Kitab Injil Asli) - Malay Subs

Ibu Sina

IBNU Sina adalah doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan saja diperakui dunia Islam tetapi juga sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah. Di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

Ibnu Sina dilahirkan pada 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fikah dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor atau mahaguru ilmu berkenaan. Ibnu Sina mula terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas Al-Samani yang gagal diubati doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran Al-Syeikh Al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun Fil Tabib diterbitkan di Rom pada 1593 sebelum dialihbahasakan ke bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17, buku itu dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti Itali dan Perancis. Malah, sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga menghasilkan buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan saja dan turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, filologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi unggul dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki ranking tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul Al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi aliran falsafah al-Farabi yang menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile) dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur ini. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina turut menapis teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang ada dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pemikiran Ibnu Sina turut mencetuskan kontroversi dan disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat Al’Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan Al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh Al-Ghazali ialah kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan Al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak dapat dinafikan. Bahkan beliau dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam.

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons