Tuesday, March 29, 2011

Adolf Hitler


Pernah tak mendengar dan membaca tentang sejarah kehidupan Adolf Hitler. Apa yang berlaku terhadap kehidupan beliau yang selama ini dianggap tokoh paling kejam di dunia.. Adakah ini hanya salah satu propaganda daripada pihak barat yang dikuasai oleh Yahudi.. Mengapa Hitler mengamalkan Holocaust iaitu membunuh orang-orang yahudi? Apa kaitan dengan Islam pula? Betulkah Hitler menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Indonesia? Setiakah Eva Braun disisi Hitler? Disini terdapat beberapa persoalan yang boleh dijawab.. InsyaAllah..Semoga kebenaran itu dapat di sebar walaupun wujudnya kepalsuan didalamnya=)





Hitler dan Islam


Adolf Hitler, Kagum & Belajar Dari Tamadun Islam.


KL.JUL18 10
ADA tiga tamadun terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu. Parsi dan Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka. Adolf Hitler adalah seorang pemimpin Nazi, melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam, yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Demikian antara kandungan e-mail diterjemahkan oleh 
fajridil.blogspot.com ke dalam bahasa Malaysia dari bahasa Arab yang diterima dari kawannya di Arab Saudi. (azhar abdullah facebook)


Menurut e-mail itu lagi, Hitler merasa kagum pada Tamadun Islam. Beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.





foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera Jerman beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua... Bahkan tentera Jerman pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...
foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

foto  Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini didapati adalah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh 'saudara' kepada penulis e-mail ini untuk tesis PhDnya. Beliau meminta penulis e-mail ini tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Setelah sedaya upaya beliau mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
Satu: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tidak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di Jerman mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau '
Mein Kampf' yang ditulis di dalam penjara, bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi... Kedua: Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar.

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera Jerman.

"Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku, bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera Jerman dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
Ketiga: Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan Jerman yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau... minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...
 

Itulah prinsip Hitler dalam hal yang berkaitan Islam. 
Mulanya, prinsip ini didedahkan apabila ada yang mengatakan Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan Jerman mengatasi segala-galanya...

Jawabnya, "Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu... Pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama... Tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini.. Sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Menurutnya, ada dua sebab... Satu, kerana prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

Dan kedua, kerana prinsip Hitler berkaitan Islam, seperti yang disebutkan di atas.
Bukanlah tujuan pendedahan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat. Terima kasih kepada Fajridil Blogspot.com.









Eva Braun








Eva Braun

Eva Braun

(1912-1945)

Hitler's mistress from 1932 and his wife during the last few hours of his life, Eva Braun was born in Munich, the daughter of a school teacher. Of middle-class Catholic background, she first met Hitler in the studio of his photographer friend, Heinrich Hoffmann (q.v.), in 1929, describing him to her sister, Ilse, as "a gentleman of a certain age with a funny moustache and carrying a big felt hat."
At that time Eva Braun still worked for Hoffmann as an office assistant, later becoming a photo laboratory worker, helping to process pictures of Hitler. The blonde, fresh-faced, slim, photographer's assistant was an athletic girl, fond of skiing, mountain climbing and gymnastics as well as dancing.
After the death of Geli Raubal, Hitler's niece, she became his mistress, living in his Munich flat, in spite of the opposition of her father who disliked the association on political and personal grounds. In 1935, after an abortive suicide attempt, Hitler bought her a villa in a Munich suburb, near to his own home, providing her with a Mercedes and a chauffeur for personal use. In his first will of 2 May 1938 he put her at the top of his personal bequests - in the event of his death she was to receive the equivalent of £600 a year for the rest of her life.
In 1936 she moved to Hitler's Berghof at Berchtesgaden where she acted as his hostess. Reserved, indifferent to politics and keeping her distance from most of the Fuhrer's intimates, Eva Braun led a completely isolated life in the Fuhrer's Alpine retreat and later in Berlin. They rarely appeared in public together and few Germans even knew of her existence. Even the Fuhrer's closest associates were not certain of the exact nature of their relationship, since Hitler preferred to avoid suggestions of intimacy and was never wholly relaxed in her company.
Eva Braun spent most of her time exercising, brooding, reading cheap novelettes, watching romantic films or concerning herself with her own appearance. Her loyalty to Hitler never flagged. After he survived the July 1944 plot she wrote Hitler an emotional letter, ending: "From our first meeting I swore to follow you anywhere--even unto death--I live only for your love."
In April 1945 she joined Hitler in the Fuhrerbunker, as the Russians closed in on Berlin. She declined to leave in spite of his orders, claiming to others that she was the only person still loyal to him to the bitter end. "Better that ten thousand others die than he be lost to Germany," she would constantly repeat to friends.
On 29 April 1945 Hitler and Eva Braun were finally married. The next day she committed suicide by swallowing poison, two minutes before Hitler took his own life. On Hitler's orders, both bodies were cremated with petrol in the Reich Chancellery garden above the bunker. Her charred corpse was later discovered by the Russians.
The rest of Eva Braun's family survived the war. Her mother, Franziska, who lived in an old farmhouse in Ruhpolding, Bavaria, died at the age of ninety-six, in January 1976.




Dairi Eva Braun


http://www.humanitas-international.org/holocaust/evadiary.htm

 Luahan hati Eva dalam diari menunjukkan dia wanita yang berada dalam kesedihan sepanjang bersama Hitler kira-kira 16 tahun. Walaubagaimanapun, dia setia bersama Hitler dan sehari selepas berkahwin dengan Hitler dia telah diajak Hitler untuk membunuh diri bersama.sama.... Tragis betullah...Ish2x


Beberapa entri berkaitan Hitler dan Eva yang dikatakn masih hidup di Indonesia...

http://nabil-potter.blogspot.com/2011/03/bukti-hitler-mati-dalam-islam-di.html

http://nabil-potter.blogspot.com/2011/03/bukti-hitler-mati-dalam-islam-di.html

http://aku-macjay.blogspot.com/2011/01/hitler-mati-di-indonesia-rahasia-yang.html


Wednesday, March 23, 2011

::::....Saya betul-betul tidak sangka (0o0)....:::


Tulis entri lagi..Hahaahah~ Tiba-tiba ada m0od dan idea nak tulis entri kat bl0g lagi. Ini pun secara kebetulan je.Tiba-tiba je teringat satu peristiwa yang bolehlah memberi pengajaran dalam hidup saya ini.Huhuhu~ Pernah tak dalam hidup korang semasa korang pergi jalan-jalan ker? Shoping ker? Tengok wayang ker? Terjumpa dengan someone yang korang rasakan unbelievable. Maksud saya di sini bukanlah monster atau aliens. Tapi orang yang korang betul-betul tak sangka dia seorang yang lain sifat dan perangainya dari rupa paras dia.....:: mesti korang tertanya apa diakan2x..=)

So, saya nak cerite kisah saya berjumpa dengan orang unbelievable itu...............

Kalau tidak silap saya masa itu cuti semester baru-baru ini. Dek sibuk nak mencari bahan untuk tugasan saya pun pergilah ke perpustakaan. Masa dalam perjalanana pergi sana, terjumpalah orang tua yang selekeh naik basikal. Baju dia janganlah kata. Maybe dah sebulan kot tak basuh..Huhuhu~
 Dalam hati cakaplah 'kesian orang tua ini. Kenapalah tak belajar rajin-rajin? Sekarangkan dah hidup susah.'
So, untuk pendekkan cerita saya pun pergilah ke library. Bukak-bukak je pintu library tu, saya terkejut beruk (gimik je). Rupa-rupanya pakcik naik basikal tadi sedang belajar. Kalau korang nak tahu buku-buku dia kalah buku yang kita baca. Semuanya tebal-tebal dan kalau tengok cover buku itu tulis bahasa inggeris.. Hebatmu hebat.. Saya terus respectlah kat pak cik tu...........................::: (cerita ini ada yang ditokoh tambah bagi menambah perisa)=)



Moral values yang saya dapat pada hari itu, kita ini jangalah tengok orang itu dari segi luaran.Terutamanya member-member kita. Kita tengok dia tu macam tak pandai lepas tu mulahlah perlekeh-perlekehkan dia. Salah tu.... Dont like2x...
Oleh itu, dont judge a book by its cover ye kawan-kawan....................::=)
peace no war!

Tuesday, March 22, 2011

Tiada jurang antara kita


Sudah lama tak updates blog dan tidak tahu nak tulis entri  yang sesuai dalam blog ini.. Busylah katakan..Huhuhu=)
Lagipun dah lama tak baca pasal isu-isu semasa yang berlaku sama ada dalam negara atau luar negara.. Kalau tsunami berlaku di Malaysia pun saya tidak tahu.. Alamak silap hari bulan tinggal jasadlah...Huhuhu~

So, sempena budak SPM ambik result hari ini (tak silap sayalah), saya nak kupas pasal sikap cikgu mempunyai diskrisminasi terhadap para pelajar di sekolah......................::::

Apa perasaan korang bila cikgu cuba membeza-bezakan kita dengan orang lain. Mesti ada yang kecewa, marah, sedih dan ada juga yang berasa give up. Dalam fikiran kita sudah mula mengatakan kita memang dilahirkan sebagai insan yang bodoh dan tidak berguna. Apabila kita sudah mind set minda kita dengan perkara seperti itu kesannya menyebabkan kita mula melakukan pelbagai kesalahan yang membuatkan cikgu bertambah benci dengan diri kita. Akhirnya kita dihantar ke sekolah pemulihan akhlak dan dicop sebagai pelajar bermasalah.. Bagaikan kalau sehari pelajar bermasalah dihantar ke sekolah pemulihan seramai 10 orang.. Kalau didarabkan dengan 360 hari sudah meningkat kepada 3600 orang.. Kalau 10 tahun sudah berapa?? Fikir-fikirkanlah.....

Adakah guru-guru seperti ini yang kita harapkan mendidik anak bangsa. Tentu sekali tidakkan.. Bukan saya mengatakan semua guru mempunyai sikap seperti ini.. Ada segelintir sahaja yang mempunyai sikap yang suka memilih kasih. Guru ini lebih menumpukan terhadap  para pelajar di kelas A dan B sahaja.. Kelas yang hujung dibiarkan terkapai-kapai tanpa diberi bimbingan. Kesiankan kat diaorang ni.....:::

Sebagai seorang guru dan bakal guru, kita seharusnya memberi ilmu dan kasih sayang yang sama rata.. Tidak boleh wujud pelajar yang pandai dan pelajar yang tidak pandai.. Semua manusia diberi akal fikiran.. Yang membezakan kita malas dan rajin sahaja serta ketakwaan kepada Allah.. Jika seorang guru sukar untuk membimbing pelajar yang bermasalah dan kurang pandai ini.. Guru tersebut perlulah mencari jalan alternatif yang lain. Sebagai contoh, cara penyampainan guru perlulah berbeza antara pelajar yang pandai dengan yang kurang pandai.. Kebanyakkan pelajar yang kurang pandai memerlukan masa yang lama untuk mereka memahami sesuatu matapelajaran yang diajar... ....:::

Selain itu, setiap pelajar mempunyai kelebihan masing-masing. Oleh itu, bagi seorang guru yang kreatif, dia boleh membantu para pelajarnya memajukan diri mereka berdasarkan bakat yang dimiliki. Sebagai contoh, jika pelajar itu lebih suka menyendiri, pelajar ini mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan pandai dalam penulisan cerpen atau sajak.. Jika seorang pelajar itu cenderung ke arah bidang yang membabitkan aktiviti di luar sekolah. Kita boleh memberi sokongan kepada pelajar ini dalam penglibatan sukan dan aktiviti-aktiviti unit uniform. Jika seorang pelajar itu lebih cenderung dalam bidang kepimpinan. Sebagai seorang guru, kita boleh memberi kepercayaan kepada para pelajar ini dalam mengetuai sesuatu organisasi sekolah seperti menjadi presiden kelab atau persatuan.

Saya ingin menegaskan seorang guru yang baik ialah guru yang berjaya membentuk para pelajar yang berguna kepada negara dan bangsa. Bukan melahirkan pelajar yang berilmu sahaja tetapi melahirkan para pelajar yang seimbang iaitu JERI.  Keadaan ini terbukti dengan kata-kata seorang orentalis barat, ' Jika kita hendak melihat sesebuah negara itu maju dan berjaya maka kita lihatlah kepada remajanya hari ini' Oleh itu, renung-renungkan dan selamat beramal=)......................................:::::


Kepada budak-budak SPM....g0od luck ya  =)

Wednesday, March 16, 2011

Laporan, tugasan, modul,kuiz......??? Lagi apa yer????


Sibuk!Sibuk!Sibuk!!!!
Sibuk sudah melanda diriku..Banyak benda kena buat dalam dua minggu ini.. Walau sesibuk mana diriku ini tidur mesti cukup..wuah3x=) Hidup dalam dunia kampus ini kalau tak ada tekanan janganlah kata sebagai pelajar Universiti. Anyway, konflik itu memang bagus.. Kalau tidak mesti saya takkan buat kerja punya.. Asyik tengok cerite jer memanjang.....:::::::

 Berusaha kawan-kawan^-^

Friday, March 11, 2011

::..Constantine.St. Paul.Doktrin Jesus anak tuhan..::



Siapa itu St. Paul dan siapa itu Constantine???

Constantine adalah Maharaja yang memerintah kerajaan Byzantium suatu masa dahulu. Pada mulanya, dia adalah Maharaja Rom. Dia mempunyai anak lelaki bernama Crispus yang bakal menjadi pewaris takhta kerajaan itu. Crispus yang pada penilaiannya mempunyai rupa wajah yang lebih menawan, perwatakkan menarik,  hebat di medan perang, menjadi figura yang hebat dan dikagumi rakyat jelata. Lantas oleh kerana takut kerajaan itu diwarisi oleh anak sulungnya itu, maka perasaan cemburu timbul dalam hati Constantine. Akhirnya, dia mengtur rancangan bagi membunuh Crispus. Perancangan membunuh Crispus turut dikatakan oleh desakkan ibu tiri Crispus yang mahukan zuriat Constantine yang akan dilahirkan olehnya menjadi Maharaja Rom selepas kemangkatan Constantine. Oleh itu, jalan mudah adalah memastikan ia berlaku dengan cara membunuh Crispus. Crispus akhirnya dibunuh dan keadaan ini menyebabkan seluruh kerajaan berasa sedih dan kekecewaan.

Melihat kemarahan rakyat yang semakin memuncak, Constantine cuba mengalih kesalahan beliau kepada isterinya iaitu ibu tiri kepada Crispus dengan cara membunuh isterinya melalui melemaskan ke dalam mandian panas. Pada pemikiran Constantine dengan cara tersebut rakyat serta penyokong-penyokong setia Crispus akan berpuas hati dengan tindakan beliau yang seakan-akan membela kematian Crispus. Tetapi cubaan beliau gagal kerana mengakibatkan berlaku pemberontakkan yang besar apabila rakyat bersimpati dengan isterinya yang mati serta kumpulan rakyat menyokong Crispus bergabung melancarkan pemberontakkan. Bagi meredakan kemarahan dan pemberontakan tersebut, Constantine telah menemui pendeta-pendeta Kuil Jupiter di Rom bagi memohon taubat dan keampunan daripada tuhannya.

Malangnya, apabila pendeta-pendeta itu menyatakan kepadanya kesalahan yang dilakukan tidak akan diampunkan biar apa jua pengorbanan dilakukan serta amal ibadat dilakukan menyebabkan Contantine membawa diri ke Byzantium. Dari sini Byzantium ditukarkan kepada Constantinople sempena nama beliau sendiri. Apabila Constantine tiba di Byzantium, beliau bertemu sekumpulan pengikt mazhab kristian yang bersandarkan ajaran St. Paul yang menyatakan dosanya dahulu kerana membunuh isteri dan anaknya dapat diampunkan oleh pihak gereja dengan syarat taubat dilakukan di gereja mereka. Mendengar tentang perkara ini Constantine pun mengambil kesempatan. Pada pemikiran beliau lebih menguntungkan baginya apabila dia mengadakan pakatan dengan pihak gereja itu yang rata-rata pengikut gereja ini tersebar luas di sekitar kawasan Mediteranean. Mazhab yang dipopularkan oleh St. Paul ini dengan sekelip mata mendapat sokongan daripada Maharaja Constantine dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam empayar itu. Kedua-dua pihak mengambil kesempatan antara satu sama lain. Bagi pihak Constantine, beliau mendapat sokongan pihak yang berpengaruh bagi mengatasi pemberontakkan yang ditujukan kepadanya manakala bagi pihak gereja St. Pauline, mereka mendapat sokongan rasmi Maharaja yang mana pada kesudahannya mereka berjaya melumpuhkan mana-mana gerakan Kristian yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sebagai tanda terima kasih Constantine terhadap St. Pauline. Beliau telah menyarankan pihak gereja St. Pauline membuka gereja di Rom dengan niat mengurangkan pengaruh dan kuasa pendeta kuil Jupiter di Rom. Dia berbuat demikian kerana perbuatan pendeta-pendeta  Kuil Jupiter yang tidak mahu mengamunkan kesalahannya beliau. Pada masa yang sama wujud pertelagahan dan pergaduhan antara beberapa puak Kristian yang berlainan mazhab kerana menegakkan doktrin masing-masing. Gereja Pauline dengan doktrin mengatakan bahawa Jesus sebaai anak tuhan dan menjelma dalam bentuk  tubuh manusia. Manakala mazhab yang lain seperti gereja Apostolic mengikuti ajaran Jesus yang beriman dengan tuhan yang esa serta menganggap Jesus sebagai rasul.

Semasa huru-hara berlaku, Constantine yang beragama pagan Greek cuba mendamaikan semua pihak yang bertelingkah. Beliau cuba menjadikan satu standard agama yang perlu diikuti oleh semua pihak. Dia berbuat demikian bertujuan mengukuhkan kuasa dan kedudukan beliau sebagai Maharaja. Jadi, Constantine telah bersekongkol dengan gereja St. Pauline bagi menjadikan doktrin mereka sebagai doktrin rasmi kerajaan dan agama Kristian. Tindakan ini mendapat tentangan yang hebat daripada kumpulan-kumpulan Kristian yang masih pegang pada jaran yang dibawa oleh Jesus yang bersandarkan tauhid mereka menyembah tuhan yang esa dan memperakui Isa sebagai rasul yang diutuskan oleh bani Israel. Pergaduhan yang berlanjutan ini membimbangkan Constantine. Jadi Council of Nicea ini yang menjadi medan di mana semua sarjana Kristian pada waktu itu diarahkan berkumpul bagi menetapkan doktrin akidah dan standard Bible bagi umat Kristian untuk mengatasi masalah pergaduhan dan pembunuhan yang berlaku secara berleluasa. Apa yang diputuskan oleh Council of Nicea  adalah memilih doktrin St. Paul. Keadaan ini menyebabkan berlaku pergaduhan yang lebih besar apabila doktrin dirasmikan termasuklah doktrin trinitiy.

St. Paul atau nama sebenar Saul adalah sumber utama doktrin trinitiy yang di sokong oleh gereja st. Pauline yang kemudiannya ditukar kepada Gereja Katholik. Saul merupakan seorang beragama yahudi dan pada awalnya menentang gerakan dakwah Jesus. Selepas kematian Jesus, mengikut kepercayaan Kristian, Saul dari Tarsus kemudiannya mendakwa mendapat wahyu terus daripada Jesus yang dikatakan mengarahnya berdakwah menyeru manusia memeluk agama kristian mengikut versinya sendiri. Versi beliau ialah menganggap Jesus sebagai anak tuhan yang dihantar ke dunia bagi menghapuskan dosa warisan yang ditanggung oleh semua manusia semenjak adam. Menurut St. Paul, kematian Jesus dipalang seperti mana yang dipercayai oleh orang kristian tidak harus dianggap sebagai kejadian yang menyedihkan tetapi dikenang sebagai pengorbanan yang membawa kebahagiaan bagi keturunan manusia kerana dosa yang diwarisi diampunankan melaluia kematian Jesus. Doktrin ini dikenali sebagai doktrin The Atonement.


Sumber: Buku Syahadah Gadis Ateis karya Imran Haaz=)


Buku ini menceritakan tentang seorang gadis  bernama Rini yang tidak mempercayai kewujudan tuhan kerana menganggap bahawa tuhan tidak menyayangi dia. Rini bertemu dengan Nizam seorang jejaka yang meminati lagu rock di sebuah stesen keretapi semasa hendak ke Butterworth. Dari pertemuan inilah Rini betanya beberapa soalan barkaitan ketuhanan.. Setiap pertanyaan Rini cuba dijawab oleh Nizam yang banyak membaca dan menyelidiki tentang ajaran agama iaitu Kristian, Hindu dan Islam. Saya bagi **** setengah.. Like2x=)....:::::

Wednesday, March 9, 2011

The Facebl0g







Mesti korang tertanya-tanya apa itu faceblog.. Faceblog ini saya tengok macam facebook gabung dengan blogspot.. Temanya warna pink.. Mesti tukang bikinnya perempuan..Kan2x...::::

Saya tengok faceblog ini biasa jer macam gr0up blog yang lain-lain.. Kalau nak tambah kawan blog bolehlah..Lagipun, tak ada apa-apa special sangat pasal faceblog ini.. Yelah kan sekarang ini facebook dan blogspot tengah popular....::

J0m kita usha-usha faceblog ini
http://the-faceblog.blogspot.com
Saya dah j0in....::::
Anda???

Tuesday, March 8, 2011

Pictures yang bermakna =)


:::::.....Sweet memori in Teluk Cempedak.....:::::: 
Saya dan kawan-kawan.^-^




* Fly without wings *




Senyum s0kmo 








S0 Sweet











Sebanyak mana tugasan yang kita0rang kena buat tapi kalau dapat bercuti memang ser0nok..Hahahaha~
Walaubagaimanapun, rep0rt kena buat. Asgment kena siapkan jugak. Sem ini suka membusykan diri...=)
Tak gitu

Tuesday, March 1, 2011

Tau tak kisah Delila dan Sams0n??


Dengar cerita slot samarinda terbaru tajuknya Delila dan Samson (nampak benor tak tengok tv)Hehehe~
Tapi tak taulah ceritanya ini ada kena mengena dengan kisah Delila dan Samson yang ada di ceritakan di kitab bible dan juga pernah diceritakan oleh Rasulullah dengan versi yang berbeza....::::
Jom baca sikit apa yang di tulis di kitab bible   http://christianity.about.com/od/biblestorysummaries/p/samsondelilah.htm

Apa yang dikatakan Oleh Rasulullah SWT

http://talithazone.blogspot.com/2009/06/samson-dan-delilah.html


Je cite2x....:::: :p

Samson ini mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga beliau boleh mencabut pintu gerbang kota dan mencabut tiang-tiang lalu diletakkan di puncak gunung. Delila merupakan seorang pelacur telah ditugaskan untuk mengoda Samson bagi mengorek rahsia kekuatan dan kesaktian Samson. Tindakan Delila ini akhirnya menyebabkan Samson tergoda dan telah menceritakan rahsia kekuatan dia iaitu tidak pernah mencukur rambut kepala. Semasa Samson telah tidur di pangkuan Delila menyebabkan Delila telah mencukur rambut Samson dan ini meyebabkan kesaktian Samson hilang.Kemudian mata Samson dicungkil akibat kehilangan kesaktian dia.. Apabila mengetahui Delila tidak mencintai dia. Samson telah berdoa agar dia dihapuskan dengan orang-orang palestin... (Kalau ada kesilapan maaf la ye =))

J0m teng0k beberapa link tentang kisah Samson dan Delila

http://www.mossackanme.web.id/faith/al-kitabullah/mitos/samson-dan-delilah.html

Terdapat juga filem yang berkaitan Delila dan Samson yang pernah diterbitkan di Indonesia.Tapi tak tahulah hanya tajuk je dia ambik or jalan cerita Delila dan Samson ni..Macam slot samarinda tu..

http://www.youtube.com/watch?v=ZulaYNBW-cg








commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons