Monday, November 9, 2015

DIARI KECIL

Sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dicoretkan pada entri ini. Dengan kekangan masa sibuk dengan kerja. Namun, hati ini membuak-buak untuk menekan keyboard. Sebenarnya juga banyak perkara yang hendak dikongsi bersama tetapi ada sahaja yang menghalang. "Buat apa dikongsi dengan umum tentang apa yang kita fikirkan dan rasakan, Perkara ini perlu dirahsiakan". Tapi sebahagiannya berkata, " Tidak mengapa? kamu bukannya orang terkenal." Mungkin tidak salah berkongsi pandangan. Zaman sekarang semuanya hanya menggunakan teknologi. Bukannya zaman remaja, hanya meluahkan perasaan di dalam diari. Bahkan ada kunci dan mangga. Sebut tentang diari mungkin sekarang tidak ramai yang menggunakannya lagi. Diari kecil yang disimpan dibawah bantal dan menulis sebelum melelapkan mata. Menulis diari berkisahkan tentang diri, perasaan, pandangan dan peristiwa yang dialami. Perkara yang mungkin ditulis 10 minit yang lepas. Menulis tentang diari lagi. Siapa sangka semasa belajar di universiti pensyarah mengatakan diari seseorang akan menjadi bermakna pada sejarah 100 tahun akan datang. Siapa sangka diari yang kita tulis akan menjadi sebuah cerita yang difilemkan. Siapa sangka diari yang kita tulis akan mnjadikan generasi kita kaya raya. Siapa sangka dengan diari yang kecil, kotor dan lusuh itu sangat berharga dan bermakna.

Itulah diari 10 tahun yang lepas. Namun, dengan perkembangan teknologi dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan diari bertukar wajah dan nama. Mungkin ada sebahagian daripada kita tidak menyedari diari pun sudah semakin moden. Tidak percaya? Apakah itu Twitter, Facebook, Wechat? Bukankah penggunaannya sama dengan diari. Sama bukan. Fungsinya sama. Tempat meluahkan perasaan, pandangan dan pengalaman. Namun, ianya sudah semakin pelbagai dengan perkara lain seperti terdapatnya permainan, teka-teki dan sebagainya.Dengan semakin rancaknya penggunaan aplikasi moden ini menyebabkan penggunaan diari semakin sepi. Semakin dipinggirkan terutamanya generasi Y dan Z. 

Diari kecil.... Harap diari itu tidak dilupakan. Rindu! Ya, rindu dengan diari kecil. Namun masa meginjak usia dewasa menyebabkan diari semakin dilupakan. Bukan dihalang sesiapa? Tetapi hati ini lebih terbuai dengan dunia teknologi. Harap, tidak pula terbuai dengan dunia sehingga melupakan yang hakiki. Semoga tuhan menjadi hati ini. Hati yang selalu rapuh. 

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons