Sunday, May 29, 2011

Anak kecil itu menangis




Di depan mayat ayahnya yang baru sahaja  ditembak
 Oleh manusia yang tidak perikemanusiaan
Oleh manusia yang rakus
Oleh manusia yang tamak dan hasad dengki
Oleh manusia yang hilang pertimbangan

Anak kecil itu menangis lagi
Kerna dia hanya mampu menangis dan terus menangis
Mengenangkan nasib diri, keluarga dan bangsa yang sering ditindas
Tanpa kesudahan
Masyarakat yang sering dihina
Masyarakat yang sering didera
Masyarakat yang sering dibunuh
Dihalau dari tanah air tercinta

Anak kecil itu menangis
Kerna dia sedih terhadap ketidakadilan dunia
Terhadap saudara seagamanya
Terhadap saudara sebangsanya
Dimanakah mereka?
Dimanakah belas ihsan mereka?
Mengapa mendiamkan diri melihat bangsa dan saudaramu ditindas?
Adakah dikau disogok dengan harta dan wanita?
Saudaraku! Sedarlah kau hanya ditutupi dengan perhiasan dunia yang sementara
Sanggupkah kau melihat kami menderita dan terus menderita tanpa kesudahan
Sanggupkah kau melihat anak kecil itu menangis dan terus menangis
Mengapa kau membisu?
Memekakkan telinga seakan dirimu tidak mendengar rintihan kami

Saudaraku
Sampai hati kau membiarkan anak kecil itu menangis
Melihat dia akan dilakukan sesuka hati oleh manusia yang rakus
Melihat dia akan dicabul dan dirogol tanpa kerelaan hatinya
Melihat dia akan dipukul berkali-kali
Melihat dia akan dihina kerna dia dilahirkan beragama islam

Sanggupkah dikau berdiam diri melihat agamamu dihina
Sanggupkah dikau melihat bangsamu di lakukan dengan sesuka hati
Sanggupkah dikau melihat agamamu dikatakan penganas
Adakah kau juga sanggup nabimu difitnah?
Mengapa kau sangat kejam?
Mengapa kau sangat tamak?
Sehingga sanggup mengadaikan maruah agama
Adakah kau sanggup menghadap Ilahi nanti?
Sanggupkah kau di akhirat nanti
Dimanakah sifat perikemanusiaanmu
Sudahkah kau lupa apa yang diajar oleh nabi kita
Sudahkah kau lupa penderitaan nabi kita
Sudahkah kau lupa sejarah perjuangan nabi kita
Atau kau memang sudah lupa agamamu islam

Janganlah kau masih mendiamkan diri
Ayuh! Saudaraku bersama membantu saudaramu yang sengsara
Ayuh! Saudaraku bersama merasai  penderitaan saudaramu
Marilah bersama-sama membina zaman kegemilangan agama kita
Suatu ketika dahulu








Monday, May 23, 2011

Berfikir sejenak




Sebenarnya saya tidak tahu nak tulis entri pasal apa? Bukan tiada idea untuk menulis .. Sebenarnya banyak benda yang bermain dikepala. Macam-macam benda..Macam slogan astro tu.Macam-macam ada..Sampai terbawa-bawa ke mimpi..Hahaha.. Geli hati pun ada..Saya tidak tahu dari mana iannya bermula. Tapi yang saya tahu iannya bermula daripada minat membaca dari satu blog ke blog lain.
Entahlah! Sejak bila pula minat buat blog ni pun tak tahu. Mungkin dari member kot..Huhuhu.Lagipun memang dari sekolah lagi minat menulis . Waktu sekolah dulu juga minat mencari maklumat dan lekat kat papan kenyataan dekat belakang kelas. Masa tu bangga juga member baca bahan yang kita cari. Kadang-kala terlebih rajinlah pula. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk yang kita ni pandai. Mungkin memang hobi suka sharing sesuatu bahan tu dengan orang lain. Lagipun sharing kan is caring. Hehehe~
Apabila belajar kat Universiti pula, lagi banyak  maklumat yang saya dapat dan selama ini maklumat itu tidak sangka saya akan membacanya. Sebagai contoh pasal konspirasi dunia, isu-isu politik, agama pagan, yakjuj dan makjuj, the hidden hand, dajjal dan banyaklah lagi. Tapi bila difikirkan balik semua itu telah banyak menyedarkan saya tentang dunia ini. Tentang sang pencipta, tentang kebenaran yang kita tidak sedar semuanya terdapat dalam al-quran dan secara rtidak langsung membuatkan saya banyak membaca dan berfikir.Huhhu~ Begitu agung dan kasihnya Allah kepada kita. Bila memperkatakan pasal dajal. Saya berharap sangat saya tergolongan dalam kelompok kebenaran. Jika betul akan berlaku peperangan akhir zaman. Saya berharap agar terselamat daripada fitnah dajal. Sebab saya tahu saya seorang perempuan yang lemah imannya dan mungkin akan tergolong dalam pengikut anti-chirst...::

Bila memperkatakan pasal isu politik. Kadang-kala buat saya muak.Terutamanya isu politik dalam negara. Saya selalu elak(senang kata malas nak ambil port pasal politik ni).Bukan apa bila fikir-fikir balik macam budak-budaklah pemimpin kita ni. Saya cakap macam tu sebab sebagai seorang pemimpin mestilah dia seorang yang berilmu (kuasai ilmu dunia dan akhirat) dan bersikap matang. Lagi satu kenapalah kita terlalu agung-agungkan konsep barat tu.. Hai!Memang betullah dah nak kiamat. Mungkin pemimpin kita ni tak sedar. Diaorang ingat rakyat sekarang ni macam rakyat dulu-dulu. Ikut je apa yang diaorang cakap. Sekarang rakyat dah majulah. Boleh fikir perkara baik dan perkara buruk.Malunya saya bila diaorang gaduh-gaduh. Orang tu cakap macam ni..Orang ini pula cakap macam tu..Adoi!! Malu je dengan orang luar. Sebagai seorang pemimpin kenalah tunjuk teladan yang baik. Buat sesuatu benda tu dengan nawaitu nak tolong rakyat. Niat tu biarlah ikhlas. Ingat sebagai seorang pemimpin amat berat tugasnya, berat dugaannya, berat dosanya dan segala-galanya beratlah. Nanti akhirat banyak benda kena soal. So, sesiapa yang bercita-cita jadi pemimpin fikir-fikirlah pasal benda ni.

Sekaran ni pun banyak maklumat yang kita boleh dapat. Bukan setakat blog je. Dekat twitter dan facebook pun kita boleh dapat. Senang jekan. Asalkan ada wifi, laptop/computer/handset or broadband terus dapat bahan. Semuanya ada. Hahaha~
Waalubagaimanapun, bukan semua benda tu membawa kebaikan. Ada juga keburukannya. Bergantung pada diri kitalah. Nak tengok benda yang prono ke? Or cari bahan untuk menambah pengetahuan. So tepuk dada tanya imanlah......................:::

Tuesday, May 10, 2011

Kita umat akhir zaman


 Fasa Zaman-Zaman Umat Nabi Muhammad SAW. (Part I)   Mengikut Sebuah Hadith, Zaman Umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:     “Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”       “Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”       “Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”       “Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."       “Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”   “Kemudian beliau (Nabi) diam”.     [Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah]       Huraian:   Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup. Zaman ini telah berlalu.       Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa’ Rashidin. Zaman ini juga sudah berlalu.       Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “mengigit”.  “Mengigit” di dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini, kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Zaman ini juga telah berlalu.       Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa itu ialah zaman sekarang.       Kemudian, setelah berlalunya  fasa keempat, akan datang pula fasa ke-5. Fasa ke-5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai fasa 5 tersebut, tiba-tiba Rasulullah terdiam. Dan diam tersebut bermaksud “sejarah manusia sudah tamat”.       Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah iaitu fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, fitnah al-Masih ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke-5 kerana fasa ke-5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke-5 kerana  selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa-4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka. Dan fasa ke-4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya SEKARANG. Sebelum turunnya Nabi Isa a.s dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke-5 dan seterusnya mengakhiri sejarah ketamdunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.       -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  Hadis Sahih Muslim, Tamim ad-Dari bertemu Dajjal. (Part II)    Hadis Sahih Muslim @ Hadis Tamim ad-Dari. (Manifestasi kemunculan al-Massih ad-Dajjal)         Hadith Sahih ini diriwayatkan oleh Amir  Ibnu Sharahil Shabi Shab Hamdan dan disampaikan dari Fatimah binti Qais  dan Fatimah mendengar hadith ini terus dari baginda Rasulullah SAW.  Hadith ini sangat panjang dan izinkan saya untuk meringkaskan hadith ini  dalam bentuk cerita.        Pada suatu hari, selepas menunai  solat fardhu, Rasulullah SAW naik ke atas mimbar dan berkata kepada  semua para sahabat baginda yang berada di dalam masjid itu. "Aku akan  memberitahu kalian tentang apa yang pernah aku katakan dahulu, telah  diberi kepastian oleh seorang pemuda". Baginda SAW menceritakan tentang  pengalaman seorang Nasrani bernama Tamim ad-Dari yang  baru memeluk Islam dan berbaiah kepada baginda. Cerita yang disampaikan  oleh Tamim ad-dari sangat bertepatan dengan apa yang dikisahkan oleh  Rasulullah SAW kepada para sahabat sebelum ini.        Pada  suatu ketika, Tamim ad-Dari bersama 30 orang lelaki dari kaum Lakhm dan  Juzdam mengharungi lautan (Sheikh Imran memberi pendapat bahawa laut itu  adalah Laut Mediterranean berdasarkan tempoh yang panjang untuk  menjumpai daratan) dan dilambung badai dan gelora. Setelah dilambung  badai selama 1 bulan, mereka akhirnya bertemu dengan sebuah pulau  misteri yang berada di tengah-tengah lautan dan mereka berlabuh di pulau  itu dengan menaiki perahu kecil. (Sheikh Imran berpendapat bahawa Pulau  itu adalah Britain)       Setibanya mereka sampai di pulau  tersebut, mereka sangat terkejut apabila didatangi oleh seekor binatang  yang tebal bulunya. Sehingga mereka tidak dapat membezakan yang mana  satu bahagian belakang dan depan binatang itu.    “Apakah kamu ini?” tanya mereka kepada binatang itu.   “Akulah  pengintip rahsia (iaitu Jassasah)”, jawab binatang berbulu lebat itu.  (Jassasah ialah apa yang kita anggap selama ini sebagai Bigfoot)   “Pengintip apa?” mereka bertanya lagi.   “Tak  usahlah kamu bertanya lagi. Pergilah kamu temui seorang lelaki yang  berada di dalam biara (monastri) kerana ia sangat merindukan berita dari  kamu”, jawab binatang itu lagi.   Mereka pun pergilah ke  biara itu. Apabila mereka sampai di dalamnya, mereka menjumpai  sebesar-besar manusia yang dirantai dengan kuat. Kedua tangannya  dibelenggu di lehernya. Kaki dan lututnya diikat dengan besi hingga buku  lalinya.   “Makhluk apakah kamu ini?” tanya mereka kepada makhluk itu.   “Sebenarnya kamu telah melihat keadaanku. Kamu pula siapa?” tanya makhluk itu kembali.   “Kami  adalah bangsa Arab. Kami belayar di laut yang bergelora lalu kapal kami  dipukul ombak selama sebulan dan akhirnya kami terdampar di pulaumu  ini”, jawab mereka.   Setelah mendengar penjelasan mereka,  makhluk berantai itupun bertanya, “Cuba ceritakan kepadaku tentang kurma  di Baisan. Adakah ia masih berbuah?”, tanya makhluk itu.   “Ya! Ia masih berbuah.” jawab mereka.   “Sesungguhnya  hampir ia tidak berbuah lagi. Bagaimana pula tentang Tasik Thabariayah  (Sea of Galilee)? Apakah ia masih ada air?” tanya makhluk itu lagi.   “Airnya masih banyak.” jawab mereka.   Lalu  dia berkata “Sesungguhnya tidak lama lagi ia akan kering”. Kemudian dia  bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan mata air Zughar? Apakah masih ada  airnya dan apakah penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air  itu untuk tanaman mereka?” tanya makhluk itu lagi kepada mereka.   “Ya! Airnya masih banyak dan penduduk di sekelilingnya masih menggunakan mata air itu untuk tanaman mereka”, jawab mereka.   “Bagaimanakah  dengan nabi orang-orang ummiyin (yakni Nabi Muhammad SAW)? Apakah yang  dikerjakannya? Dan apakah orang-orang Arab memeranginya?”   “Dia dilahirkan di Mekah dan telah berhijrah ke Yathrib (Madinah). Ya, mereka memeranginya” jawab mereka.   “Seterusnya bagaimana perlakuannya terhadap mereka?” tanya makhluk itu berkenaan Rasulullah.   “Dia  telah banyak memperolehi kemenangan terhadap mereka, bahkan hampir  semua orang Arab yang ada di sekelilingnya telah mengikutinya” mereka  menjawab.   “Sungguhkah itu yang terjadi?”, tanya makhluk itu untuk mendapatkan kepastian.   “Ya! Sesungguhnya itulah yang terjadi”, jawab mereka dengan yakin.           Lalu makhluk itu berkata:   “Kalau  mereka mengikutinya, maka itulah yang terbaik. Maka sekarang ini aku  ingin memberi tahu kepadamu siapakah sebenarnya aku. Akulah Al-Masih Ad-Dajjal.  Rasanya sudah hampir diizinkan aku untuk keluar. Bila aku keluar nanti  aku akan berjalan ke serata permukaan bumi sehinggakan tiada sebuah  kampung pun yang terkecuali. Aku akan berada selama 40 hari kecuali  Makkah dan Tahibah (Madinah). Kedua kota ini diharamkan ke atasku. Aku  dihalang oleh Malaikat dengan pedang yang terhunus. Mereka mengawal  kedua-dua kota itu daripadaku dan sesungguhnya pada setiap Malaikat yang  menjaganya”, terang makhluk yang bernama AD-DAJJAL AL-MASIH itu.    Rasulullah SAW menghentak tongkatnya seraya berkata “Inilah Tahiyibah!!  Inilah Tahiyibah!! Inilah Tahiyibah yakni Madinah. Bukankah aku telah  sampaikan berita ini kepada kamu semua?”   “Benar, wahai Rasulullah!”, para sahabat menjawab.     --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sea of Galilee akan kering (Part III)   Kedua, ialah Sea of Galilee akan kering. (penanda aras kedatangan Imam Mahdi & kemunculan Isa a.s)   Israel  akan menguasai dunia dan Dajjal akan muncul menguasai dunia hanya  apabila Sea of Galilee/Tasik Kinneret menjadi kering. Ia adalah  laut/tasik yang terbesar dan menjadi sumber air di Tanah Suci.  Berdasarkan ramalan saintis Yahudi (ramalan yang tidak berpandukan  dengan hadis nabi), iaitu Sea of Galilea akan kering lebih kurang 30-40  tahun akan datang akibat kegunaan penduduk, perindustrian, projek  menghijaukan padang pasir dsbnya. (pendapat yang dikemukan Sheikh Imran  dalam bukunya pula ialah ia akan kering kurang dari 50 tahun dari  sekarang)        Berapakah paras air itu  sekarang? Adakah ia semakin surut? Sheikh Imran Hosein memberitahu  bahawa beliau membaca Jerusalem Post setiap hari di Internet untuk  mengetahui paras air di Laut Galilee. Sekarang paras airnya sangat  rendah dan tidak pernah terjadi dalam sejarah. Buat pertama kalinya  Israel mengistiharkan bahawa mereka menjangkakan air akan semakin pada  musim panas ini sehinggalah air di Laut Galilee itu tidak boleh dijana  lagi.     Berapa lama lagikah kita perlu tunggu untuk air itu  kering? Sheikh Imran Hosein memberitahu bahawa beliau menganggarkan  hanya sedikit masa saja lagi yang tinggal. Dan berapa banyak air lagi  yang akan tersejat oleh matahari? Dan beliau membuat kesimpulan  berdasarkan apa yang berlaku di Laut Galilee, ia tidak akan mengambil  masa selama seratus tahun. Tidak mungkin. Ia hanya mengambil masa kurang  dari 50 tahun untuk air di situ kering. Apabila air itu telah kering  yang mana beliau percaya akan berlaku kurang daripada 50 tahun, dunia  akan menyaksikan kemunculan Imam al-Mahdi dan apabila beliau muncul,  Nabi Isa a.s akan diturunkan iaitu al-Massih yang sebenar! Apabila Nabi  Isa a.s diturunkan, beliau akan membunuh Dajjal dan Yakjuj & Makjuj  akan dihapuskan.       Mengikut hadis yang saya petik tadi berkenaan dengan Sea of Galilee:       “…Kemudian  datang pula segolongan yang lain (dari kalangan mereka) lalu mereka  berkata : “Dulunya terdapat AIR di sini”…” (HR Muslim).           ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  Misi al-Massih ad-Dajjal: The Anti-Christ/The False Messiah (Part IV)   al-Massih ad-Dajjal (The Anti-Christ & The False Messiah) .   Dajjal  adalah makhluk 'wujud' dan diciptakan oleh Allah SWT dengan  kebijaksaan-Nya dan Allah SWT telah mengurniakan Dajjal kuasa yang  menakjubkan. Dajjal telah dicipta semenjak penciptaan Adam a.s. dan  Dajjal akan dilepaskan semasa akhir zaman (telah dilepaskan di zaman  kehidupan Rasulullah SAW). Dajjal mempunyai dua misi utama iaitu misi  umum dan misi spesifik. Misi umum ialah untuk menguji semua manusia  iaitu menguji tahap keimanan umat Islam. Mereka yang gagal dalam ujian  Dajjal akan menuju ke dalam api neraka. Ujian Dajjal merupakan satu  ujian yang sangat susah dan ia diberi perkhabaran oleh setiap Nabi dan  Rasul sejak dari penciptaan Adam a.s lagi. Fitnah Dajjal merupakan  fitnah yang paling besar dalam sejarah peradaban manusia sejak dari  zaman umat Nabi Adam a.s hingga zaman umat Nabi Muhammad SAW. Misi  spesifik Dajjal pula ialah untuk menyamar sebagai al-Massih (The  Messiah) dalam usahanya untuk menyakin Bani Israel bahawa dialah  al-Massih (The Messiah)       Untuk memahami Dajjal dan kapasitinya sebagai al-Massihu Dajjal, kita hendaklah memahami terlebih dahulu siapakah itu sebenar al-Massih. Selepas  Bani Israel telah tinggal dan menghuni di Tanah Suci dan selepas Nabi  Daud a.s menubuhkan Negara Israel (Nabi Daud merupakan seorang muslim  dan negara Israel ini adalah Islamik) juga selepas Nabi Sulaiman a.s  mengangkat Negara ini sehingga menjadi sebuah negara yang terunggul yang  pernah disaksikan dalam sejarah dan juga selepas Bani Israel melalui  Zaman Kegemilangan-nya, mereka kemudiannya telah melakukan kemungkaran  iaitu melanggar perintah Allah SWT dengan melakukan banyak dosa  terhadap-Nya. Lantas, Allah SWT menghalau mereka keluar dari Tanah Suci.  Surah ke-17 dalam al-Quran menceritakan tentang ini:       "Dan  Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam Kitab itu, kamu pasti berbuat  fasad (kerosakan) di muka bumi ini DUA KALI.." (al-Quran, 17:4)       Jelas  bahawa DUA KALI Bani Israel akan berbuat kerosakan. Mereka telah  melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan di Tanah Suci. Justeru  Allah telah menghantar tentera Babylon untuk memusnahkan Negara Israel  dan membawa Bani Israel kepada perhambaan di Babylon (kini Iraq). Jadi,  Zaman Kegemilangan (I) telah berakhir dan Bani Israel telah meratapi  kesedihan di Sungai Babylon. Allah SWT telah mengutuskan para Nabi dan  Rasul dan di kalangan para Nabi itu bernama Nabi Daniel yang merupakan  tokoh yang amat penting. Apabila Nabi Daniel diutuskan kepada Bani  Israel di Babylon, nabi ini telah menyampaikan janji daripada Allah  kepada Bani Israel bahawa Allah akan mengutuskan seorang Nabi yang  istimewa untuk mereka kerana Nabi ini akan mengembalikan semula Zaman  Kegemilangan (II) (Zaman Kegemilangan I sebelum ini adalah semasa  Pemerintahan Nabi Sulaiman a.s yang pernah memerintah Dunia). Dan  apabila Nabi ini diutuskan, Fungsi Nabi ini adalah untuk mengembalikan  Zaman Kegemilangan dan seterusnya memerintah Dunia dari Jerusalem. Nabi  yang istimewa ini yang akan diutuskan untuk Bani Israel ialah al-Massih.  Di dalam usaha untuk mengembalikan Zaman Kegemilangan (II) Bani Israel,  terdapat 4 implikasi untuk membolehkan janji itu tercapai ialah:       1) Beliau hendaklah memerdekakan Tanah Suci daripada pemerintahan bukan Yahudi kepada pemerintahan Yahudi.   2) Beliau haruslah membawa Bani Israel kembali ke Tanah Suci. 3) Beliau hendaklah membangunkan kembali Negara Israel.   4)  Negara Israel itu mestilah berkembang menjadi kuasa pemerintahan dunia  supaya al-Massih boleh memerintah dunia dari Jerusalem.       Hanya  dengan itu sajalah Zaman Kegemilangan (II) seperti era Nabi Sulaiman  a.s akan berulang. Allah SWT telah menunaikan janjiNya dengan menghantar  al-Massih iaitu Isa a.s sebagai utusan-Nya, akan tetapi, Bani Israel  telah menolaknya. Terdapat sesetengah Yahudi yang menerimanya dan ada  juga yang menentangnya. Punca penolakan Isa a.s sebagai al-Massih adalah  kerana Bani Israel menganggap bahawa Isa a.s adalah anak luar nikah  (wa'iyazubillah) kerana kononnya ibu Nabi Isa a.s, Maryam melahirkannya  tanpa suami. Bani Israel telah menolaknya kerana mendakwa bahawa  kononnya anak luar nikah tidak boleh menjadi al-Massih. Dan apabila  mereka melihat kononnya Isa a.s mati disalib, segala-galanya telah pasti  bahawa walaupun beliau sendiri mendakwa diri beliau sebagai al-Massih  tetapi Rabbi Yahudi telah menolaknya, Bani Israel percaya bahawa beliau  (Isa a.s) bukanlah al-Massih kerana, Pertama, pada pandangan mereka Nabi  Isa a.s telah mati sedangkan Tanah Suci belum dimerdekakan lagi di  bawah pemerintahan empayar Rom. Kedua, pada pandangan mereka Nabi Isa  a.s telah mati sedangkan Negara Israel belum dibangunkan semula. Ketiga,  pada pandangan mereka Nabi Isa a.s telah mati sedangkan Negara Israel  masih belum menjadi kuasa pemerintahan dunia dari Jerusalem.       Jadi,  oleh sebab itulah mereka menanti-nantikan kedatangan al-Massih yang  sebenar sedangkan apa yang diketahui umum bahawa Nabi Isa a.s adalah  al-Massih yang sebenar. Nabi Isa a.s sebenar tidak disalib seperti apa  yang mereka dakwa kerana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran (4:157)  bahawa Allah memperlihatkan kepada mereka yang beliau telah disalib dan  Allah SWT mengangkat Nabi Isa a.s kepada-Nya membuktikan bahawa Nabi Isa  a.s masih hidup dan belum mati seperti yang didakwa Bani Israel.  Buktinya, Nabi Isa a.s akan kembali ke dunia suatu hari nanti untuk  merasai al-Maut yang tidak pernah dirasainya. Memandangkan mereka masih  menanti-nanti kedatangan al-Masih, Nabi Muhammad SAW telah memaklumkan  kepada kita bahawa Allah SWT akan menghantar suatu makhluk (manusia luar  biasa) pada akhir zaman nanti yang akan menyamar sebagai al-Massih dan  menyakinkan kepada kaum Yahudi bahawa dia akan mengembalikan Zaman  Kegemilangan (II) kepada Bani Israel. Walaubagaimanapun, mereka (Bani  Israel) telah ditipu oleh makhluk tersebut kerana dia bukan al-Massih  yang sebenar. Makhluk itu sebenarnya adalah Dajjal.   Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Dari  Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah  orang yang 'buta' matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta  dia mempunyai Syurga (sungai) dan Neraka (api). Nerakanya itu merupakan  Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)       Setiap  rasul utusan Allah telah memberi amaran kepada kaumnya tentang Dajjal.  Tapi tiada seorang Rasul yang pernah berbicara tentang Dajjal secara  fizikal. Ia 'disimpan' sehinggalah kepada Rasul yang terakhir untuk  memberitahu rupa dan fizikal Dajjal. Dajjal seorang lelaki yang  kelihatannya masih muda, berbadan besar dan tegap, agak kemerah-merahan,  rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah  dahan kayu yang rimbun. Mata kanannya 'buta' kelihatan seperti anggur  yang terbonjol keluar. Apakah kepentingan tentang lelaki bermata satu  ini? Lelaki bermata satu boleh melakukan perkara yang luar biasa. Dajjal  mempunyai perkataan kafir ditulis diantara matanya dan dahinya. Setiap  mukmin akan mampu membacanya samada mereka boleh membaca dan menulis  atau mereka tidak boleh membaca dan menulis, mereka pasti dapat  membacanya. Sekarang sudah jelas, mereka bukannya membaca dengan mata  fizikal kita. Adakah kita mempunyai mata lain selain mata fizikal  dikepala..? Apabila kalian mampu menjawab soalan ini maka kalian akan  mampu memahami asas strategi Dajjal. Dajjal melihat dengan satu mata,  menandakan bahawa Dajjal hanya mempunyai penglihatan luaran. Oleh itu,  apa yang kita tahu hanya datang dari apa yang kita lihat. Dajjal buta  mata kanannya sebenarnya menandakan bahawa Dajjal 'buta hati'.       al-Quran pernah menyatakan bahawa: "apabila hati seseorang yang beriman dan Allah akan menitipkan cahaya kepadanya, hati itu mampu melihat dan mendengar"     Apabila  Dajjal melaksana misinya (4 Peringkat yang saya nyatakan tadi),  tugasnya ialah membawa manusia kepada penyakit buta hati. Mereka hanya  melihat dengan penglihatan luaran. Dajjal datang dengan sungai dan api,  tetapi sungainya adalah apinya dan apinya adalah 'air sungai yang  sejuk'. Barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam sungainya, akan bertambah  dosanya dan barangsiapa yang 'jatuh' ke dalam apinya, akan dilepaskan  dari beban dosa. Dengan kata lain, zaman Dajjal zaman di mana penampilan  dan realiti adalah berlainan sama sekali antara satu sama lain.  Sekiranya penilaian dibuat berdasarkan kepada pemerhatian luaran, tetapi  realiti dalamannya adalah sesuatu yang berlainan. Jadinya penilaian  yang dibuat itu boleh jadi salah. Berdasarkan apa yang kalian lihat  melalui penampilannya, pada zaman Dajjal, kalian akan tersilap dan  tertipu kerana realiti adalah bertentangan dengan penampilan. Tetapi  pada akhir zaman ini lah, golongan yang mampu 'menembusi' penampilan  luaran sesuatu perkara, untuk mengenalpasti realiti sebenarnya dan  dengan itu mereka tidak akan tertipu adalah mereka yang hatinya berada  dalam keadaan itu. Perumpamaannya, samada berjanggut, berserban, mungkin  berada di masjid 5 kali sehari, tetapi mereka juga mungkin tidak  mempunyai apa-apa langsung di dalam hatinya, jadinya dia juga tidak  mampu melihat. Tetapi apabila hati kembali kepada Allah, apabila hati  berserah kepada Allah dan apabila hati berkata 'Aku hidup kerana-Mu! Aku  mati kerana-Mu. (al-Quran, 6:162)' ... maka Allah SWT akan menitipkan  Nur kedalam hati itu. Dan apabila orang itu melihat dengan Nur.       Nabi Muhammad SAW bersabda:   "Bertaqwalah mengikut firasat mukmin yang sejati kerana apabila dia melihat, dia melihat dengan Nur Allah" (Sunnah ar-Tirmidzi)     Jadinya,  ini adalah strategi Dajjal untuk membawa manusia kepada penyakit buta  hati. Jadinya, mereka akan tertipu dan penilaian yang mereka buat juga  salah. Mereka diuji dan mereka gagal dalam ujian Dajjal.       Nabi Muhammad SAW bersabda: "Golongan  terakhir yang akan keluar kepada Dajjal adalah wanita. Dan lelaki  terpaksa pulang ke rumah dan perlu 'mengikat' isteri, adik-beradik dan  anak mereka untuk menyelamatkan dan melindungi mereka dari Dajjal."     Pada  pendapat Sheikh Imran Hosein, ia merujuk kepada revolusi feminis moden  yang berjuang atas nama kebebasan wanita. Apabila kita melihat revolusi  feminis di tempat kerja, intipati utamanya revolusi feminis adalah  pemberian hak dan kebebasan sama rata kepada wanita untuk mengambil alih  tugas yang biasa dilakukan oleh lelaki, itulah tujuan utama mereka.  Sebenarnya, tiada perbezaan peranan antara lelaki dan wanita. Lelaki  mempunyai tugas asas mereka dan sama juga wanita mempunyai tugas asas  mereka. Akan tetapi, para feminis mengatakan 'tidak' kepada semua ini.  Mereka mahu melakukan perkara sama seperti yang lelaki lakukan. rujuklah  al-Quran.   Allah berfirman maksudnya: "Demi malam  apabila menutupi (cahaya siang), Demi siang apabila terang benderang,  Demi penciptaan laki-laki dan perempuan, Sungguh, usaha kamu memang  beraneka macam". Surah al-Lail (92:1-4)     Penciptaan malam  dan siang sama seperti Allah menciptakan laki-laki dan perempuan. Allah  SWT mahu siang kekal sebagai siang, dan Allah SWT mahu malam terus kekal  sebagai malam. Ia bermaksud kita semua mempunyai peranan yang berbeza.  Jika dilihat kepada revolusi feminis, kelihatan seperti 'malam' sekarang  cuba untuk menjadi 'siang'. Hal ini pastinya membawa implikasi yang  sangat bahaya.       Itulah hakikat masa kini. fahamilah sedikit demi sedikit nescaya kita dapat gambarannya.           Bagaimanakah  Dajjal mencapai objektifnya? Apakah metodologinya? JAWAPANNYA akan  diterangkan dalam peringkat-peringkat kedatangan Dajjal di bawah.       *Sheikh Imran Hosein mengingatkan kita semua untuk serius dan tidak mengambil mudah akan bahaya fitnah ini.   -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  Peringkat-peringkat kemunculan al-Massih ad-Dajjal (Part V)   Peringkat Kemunculan Dajjal: "satu hari seperti   setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan   selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.           Ingatlah   dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad   SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia  akan  hidup di Bumi selama 40 hari.       Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah:       “Selama   empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari   seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti   hari-hari kamu sekarang”.Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari   seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”,   jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.   (HR Muslim)           Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 peringat, iaitu:                                                                                   1 hari = Setahun                                                                               1 hari = Sebulan                                                                               1 hari = Seminggu                                                                          37 hari =  Seperti hari kita       Apabila   harinya seperti hari-hari kita, Dajjal akan berada dalam dimensi masa   manusia. Tapi sebelum itu, pada 3 peringkat terawal, Dajjal telah wujud   didunia akan tetapi Dajjal tidak berada dalam dimensi masa manusia   kerana harinya tidak akan sama dengan hari kita. Apabila Dajjal berada   dalam dimensi masa kita, kita akan boleh melihat dia pada waktu itu.   Pada masa itu, Dajjal akan muncul sebagai seorang manusia (bukan lagi   muncul dalam sistem pemerintahan dan tamadun seperti 3 peringat   terawal). Dajjal seorang yang berketurunan Yahudi, seorang pemuda yang   bertubuh sasa dan berambut kerinting. Pada waktu itu, apabila Dajjal   muncul di dunia dalam dimensi masa kita, Dajjal akan muncul dari arah   Timur. Rasulullah SAW menuding jari baginda ke arah Timur sebanyak 20   kali.           Peringkat Pertama: "satu hari seperti setahun".       Dimanakah Dajjal pada peringkat ini?   kita   bernasib baik kerana kita ada jawapannya dari Sahih Muslim. Hadis ini   dikenali sebagai Hadis Tamim ad-Dari. Beliau pada mulanya merupakan   seorang Kristian dan memeluk agama Islam dengan mengucap kalimah   syahadah di Madinah. Beliau datang kepada Nabi Muhammad SAW dan   meriwayatkan pengalaman yang beliau telah lalui (rujuk Bab Pertama di   atas).       Ianya bermula di BRITAIN! (Pax Britannica: Peringkat pemerintahan pertama Dajjal dalam dimensi masa berlainan)       Buktinya,   pada tahun 1917, Setiausaha Kerajaan British, Lord Balfour telah   mengumumkan Deklarasi Balfour. Pada masa itu Britain merupakan suatu   kuasa besar dunia. Beliau mengumumkan dalam deklarasi tersebut bahawa   Kerajaan British berhasrat untuk meneruskan usaha penempatan Kaum Yahudi   di Palestin. Pada tahun 1919, General British yang telah mengetuai   angkatan tentera yang mengalahkan Kerajaan Turki Ottoman, dari   perspektif kaum Yahudi, Tanah Suci Jerusalem telah dimerdekakan dan pada   masa sama Britain telah menjadi sebuah kuasa dunia. Britain  kemudiannya  menjadi kuasa pemerintah Tanah Suci dan Liga Bangsa pada  masa itu telah  menganugerahkan Britain kuasa mandat untuk mengawal  Tanah Suci. Britain  mengawal Tanah Suci dari tahun 1919 sehingga 1948.       Pada   tahun 1948, Britain bertindak sebagai 'bidan' yang bakal menyambut   kelahiran seorang bayi. 'Bayi' itu adalah Negara Israel. Melihat kepada   semua yang telah berlaku, Sheikh Imran telah membuat kesimpulan bahawa   Pulau yang dijumpai oleh Tamim ad-Dari itu adalah Britain! Bermula dari   Britain-lah, Dajjal telah dibebaskan dan memulakan misinya untuk  menipu  Bani Israel dan memperlihatkan kepada mereka bahawa Zaman  Kegemilangan  (II) mereka sudah kembali. asasnya, semuanya terkandung  dalam Hadis  Sahih Muslim, iaitu Hadis Tamim ad-Dari. Semasa Dajjal  melancarkan  misinya dari Britain, Tanah Suci telahpun dimerdekakan dari  pemerintahan  Bukan Yahudi. Semasa Dajjal berpangkalan di Britain,  Yahudi telah  kembali semula ke Tanah Suci serta Negara Israel  dibangunkan kembali.  Tiga daripada empat misi al-Massih yang disebutkan  di atas telah berjaya  dilaksanakan. Dengan ini, majoriti daripada  Yahudi telah yakin bahawa  semua ini (konon) adalah rahmat daripada  Allah. Apabila Dajjal berada  pada waktu "satu hari bersamaan dengan  satu tahun", dia berada di sebuah  pulau (Britain) menurut hadis Sahih  Muslim iaitu Tamim Ad-Dari,  dimanakah dia berada pada waktu "satu hari  bersamaan dengan satu  bulan"...?       Peringkat Kedua: "satu hari seperti sebulan".       Dimanakah   dia berada pada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu bulan"..?   Adakah dia berpindah ke kawasan yang lain..? Sekiranya dia berpindah ke   kawasan yang lain, bagaimana kita boleh mengenal pasti nya? Sheikh  Imran  Hosein menggunakan kayu ukur untuk menentukan dan mengenalpasti  samada  Dajjal berpindah ke kawasan lain atau Dajjal tidak lagi berada  dalam  tempoh "satu hari bersamaan dengan setahun" adalah dengan melihat  sekutu  kepada Negara Israel itu sendiri, iaitu sekutu yang menjamin   keselamatannya dan sekutu yang menyokongnya secara berterusan dan   menjadikan Negara Israel itu semakin kuat. Adakah ia di Britain?   Jawapannya adalah TIDAK. Ada pihak lain yang mengambil alih daripada   Britain sebagai sekutu yang strategik bagi Israel. Britain masih menjadi   sekutu bagi Israel, akan tetapi sekarang ada sekutu lain yang lebih   penting daripada Britain. Jawapannya adalah.. Amerika Syarikat.       Ianya berpindah ke Amerika Syarikat! (Pax Americana: Peringkat pemerintahan kedua Dajjal dalam dimensi masa berlainan)       Amerika   Syarikat (AS) secara tiba-tiba menjadi sekutu kuat bagi Israel pada   masa sekarang. AS menyokong Israel dari segi kewangan, material dan juga   dalam hal-hal ketenteraan. Sheikh Imran Hosein membuat kesimpulan  mudah  bahawa Dajjal tidak lagi berada di Britain pada waktu sehari  bersamaan  dengan sebulan. Britain telah memberi laluan kepada negara  lain untuk  mengambil alih kuasa. Britain pernah menjadi kuasa besar dan  pernah  memerintah dunia, tetapi sekarang negara lain secara tiba-tiba  telah  mengambil alih dari Britain untuk menjadi kuasa pemerintah dunia  dan  menjadi sekutu kuat bagi Israel. Ini tidak lain tidak bukan adalah   Amerika Syarikat. Bilakah peralihan 'setahun' ke 'sebulan' ini berlaku?     Bukti   pertama ialah semasa Perang Dunia Kedua kerana semasa terjadinya  Perang  Dunia Kedua, semua tentera bersekutu di Benua Eropah untuk  menentang  Hitler, Arahan utama adalah berada dibawah Jeneral  Eisenhower, seorang  Jeneral Amerika. Ini adalah bukti kukuh yang  menunjukkan bahawa AS telah  mengambil alih daripada Britain.       Bukti   yang kedua ialah semasa penghujung Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun   1945, komuniti antarabangsa telah bersama-sama menganjurkan  persidangan  di Bretton Woods, di bahagsian utara New York, untuk  mencipta satu  sistem kewangan antarabangsa yang baru. Sebelum ini,  London pernah  menjadi pusat kewangan dunia semenjak Bank of England  ditubuhkan lebih  kurang 200 tahun lalu dan nilai mata wang tertinggi  ketika itu adalah  pound sterling British. Tetapi sesuatu yang pelik  telah berlaku di  Bretton Woods iaitu Perjanjian Bretton Woods telah  mengangkat nilai mata  wang Dollar AS dan perjanjian itu juga telah  menjadikan Washington  sebagai pusat kewangan dunia kerana International  Monetary Fund (IMF)  dan Bank Dunia sekarang adalah terletak di  Washington. Ini adalah bukti  kedua yang menunjukkan bahawa Britain  telahpun berundur diri dan AS  telah mengambil alih kuasa pemerintah  dunia.       Bukti  yang ketiga adalah lebih  dramatik daripada itu. Pada tahun 1952, satu  revolusi telah tercetus di  Mesir dan Raja Mesir, King Farouk telah  digulingkan oleh angkatan  tentera dan angkatan tentera telah mengiktiraf  Jeneral Muhammad Naquib  sebagai Presiden akan tetapi beliau hanya  berperanan sebagai ketua  perhimpunan kerana ada sekumpulan pegawai  tentera lain yang sebenarnya  lebih berkuasa. Muhammad Naquib kekal  menjasi presiden dari tahun 1952  sehingga tahun 1956. Tetapi pada tahun  1955, telah berlangsungnya  persidangan penting antara negara Asia dan  Afrika di Bandung,  Indonesia. Semasa persidangan di Bandung, Muhammad  Naquib tidak hadir  untuk mewakili Mesir tetapi diganti dengan Gamal  Abdul Nasser. Itu  adalah petanda terhadap siapa yang sebenarnya  berkuasa. Pada tahun  1956, Gamal Abdul Nasser menggantikan Muhammad  Naquib sebagai Presiden  Mesir. Tidak lama selepas itu, pada tahun yang  sama, Gamal Abdul Nasser  telah menasionalisasikan Terusan Suez. Terusan  Suez dibina oleh  seorang jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps. Dan  kemudiannya pihak  Britain dan Perancis bersama-sama menguasai Terusan  Suez. Gamal Abdul  Nasser ingin menasionalisasikan Terusan Suez dengan  membawa tentera  Britain dan Perancis keluar dari situ dan tentera Mesir  kemudiannya  mengambil alih Terusan Suez. Ini secara terang-terangan  merupakan satu  bentuk konfrontasi terhadap Britain. Demi mempertahankan  status sebagai  kuasa besar, Britain telah memberi respon dengan  mengeluarkan AS dari  pakatan dan Britain kemudiannya bersama-sama dengan  Perancis menyertai  Israel dalam menceroboh Mesir. Mereka mendarat di  Suez dan menawan  Suez. Askar Israel juga memasuki kawasan Semenanjung  Sinai dan menawan  seluruh Sinai dan tentera Israel tiba di Terusan Suez.  Apa yang  berlaku, Jeneral AS, Dwight Aisenhower berkata.. 'Tidak'!  'Saya tidak  membenarkan pencerobohan ini berlaku' dan 'Undur tentera  kamu dan  Balik'!. Perdana Menteri Britain pada masa itu, Sir Anthony  Eden  terpaksa mengundurkan tenteranya sama terjadi kepada tentera  Perancis  dan Israel oleh kerana Presiden AS berkata 'Tidak'! Ini adalah  bukti  ketiga dan juga paling dramatik yang AS telah mengambil alih  daripada  Britain sebagai kuasa pemerinah dunia.       Sheikh   Imran Hosein tidak menyatakan tarikh-tarikhnya (kedatangan Dajjal) di   sini sebab beliau mahu kita mengira sendiri. Pertama, itu adalah  apabila  satu harinya bersamaan dengan setahun, ini adalah waktu apabila  satu  harinya bersamaan dengan sebulan. Apa pula yang terjadi selepas  itu?  Sekarang adalah masa kalian untuk berfikir..   *Di  setiap  arteri-arteri kuliah Sheikh Imran. beliau tidak pernah lupa  mengungkap  'Allah Knows Best' Allahu A'lam -Allah Lebih Mengetahui.       Peringkat Ketiga: "satu hari seperti seminggu".       Demi   menyempurnakan misinya, Dajjal perlu bergerak dari waktu satu harinya   bersamaan dengan sebulan kepada waktu satu harinya bersamaan dengan   seminggu. Sekiranya dia berada di satu kawasan semasa satu harinya   bersaman dengan setahun dan kawasan itu menjadi kuasa pemerintah, dan   kemudian apabila satu harinya bersamaan dengan sebulan dia berpindah ke   satu lagi kawasan baru dan negara itu juga menjadi kuasa pemerintah,  dan  apabila satu harinya bersamaan dengan seminggu dia akan berpindah  ke  kawasan atau negara ketiga dan negara ketiga ini akan menggantikan  AS  sebagai kuasa pemerintah dunia. akan tetapi, negara ini tidak akan   memerintah lama dan hanya mengambil masa yang singkat. Negara manakah   ia? Israel? ya. semestinya!       Ianya berpindah ke Israel! (Pax Judaica: Peringkat pemerintahan ketiga Dajjal dalam dimensi masa berlainan)       Bukti   pertama, tertubuhnya Negara Israel disebabkan oleh Kerajaan AS dan   adanya orang seperti Jonathan Pollard. Negara Israel mempunyai   senjata-senjata nuklear yang cukup untuk sekali lagi menjadi kuasa besar   dunia. Tetapi untuk mendapat pengiktirafan sebagai kuasa pemerintah   dunia, Israel hendaklah mempunyai sesuatu yang hebat untuk   dpertontonkan, sesuatu yang berkaitan dengan ketenteraan yang tidak   pernah dilakukan sebelum ini. Apabila Israel berjaya melakukannya, ia   hendaklah keluar dari latihan ketenteraan itu dan mucul sebagai sebagai   kuasa dominan di kawsan tersebut supaya semua kawasan di sekitar  Israel.   Bukti kedua, Semasa Britain menjadi kuasa  pemerintah  dunia dahulu, London pernah menjadi pusat kewangan dunia.  Semasa AS  menjadi kuasa pemerintah dunia, Washington pernah menjadi  pusat kewangan  dunia dibantu oleh New York.Sekiranya Israel perlu  mengambil alih kuasa  pemerintah dunia, sesuatu yang dramatik juga perlu  berlaku dalam sistem  kewangan di seluruh dunia. Dan kesan daripada  itu, pusat kewangan dunia  telah beralih kepada Jerusalem.   Sistem  kewangan  antarabangsa sekarang berlandaskan kepada penggunaan wang  kertas  (penipuan). Sistem kewangan ini memang merupakan satu penipuan  kerana  keseluruhan sistem kewangan dunia berhubung kepada satu matawang  iaitu  AS Dollar kerana apabila matawang AS Dollar jatuh, ia akan  menjatuhkan  keseluruhan sistem. jadi, bolehkah nilai matawang AS Dollar  jatuh?  Jawapannya ialah 'Ya'. Sesuatu akan berlaku yang mana akan  menjatuhkan  nilai matawang AS Dollar.     Baginda Nabi Muhammad  SAW pernah  bersabda maksudnya "akan tiba suatu zaman di mana tiada apa  yang  bernilai (sebagai wang) kecuali Dinar (emas) & Dirham (perak)"   Musnad Imam Ahmad Bin Hambal.       Kita   terpaksa menanggung akibat itu sekarang kerana mengabaikan sunnah   baginda iaitu syiling emas dan perak. Sistem kewangan antarabangsa   sekarang berada di bawah kawalan sistem perbankan Yahudi. Jika mereka   mahu, mereka boleh saja menjatuhkan nilai AS dollar hari ini kerana   mereka mampu melakukannnya kerana Washington telah mencetak wang kertas   terlalu banyak . Kesimpulannya, dua perkara berlaku iaitu pertama,   sistem kewangan perlu jatuh dan selepas itu, Yahudi akan menguasai   kewangan dunia. Kedua, mereka haruslah mempunyai sistem ketenteraan yang   mantap. Dan apabila tentera Israel ini mula menyerang, mereka   menggunakan hujah 'kami terdesak' dan cuba mempertahankan diri mereka.   Untuk melakukan semua ini, prosesnya bermula di mana Ariel Sharon   memasuki Masjid al-Aqsa bersama dengan 1000 askar Israel dalam   tindakannya yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi supaya semangat   Intifada dihidupkan kembali. Apabila pembunuhan berlaku, Israel akan   mula berbicara tentang keamanan tetapi pada masa yang sama mereka terus   membunuh untuk membangkitkan semangat orang Palestin. Dan apabila   penindasan terus meningkat, ia akan mula membangkitkan kesedaran di   kalangan orang Arab untuk bersekutu menentang Israel. maka, serangan   ketenteraan itu akan dilancarkan tidak lama lagi. Sheikh Imran Hosein   berpendapat bahawa apabila semua itu terjadi, ia adalah waktu yang   paling sesuai untuk melumpuhkan sistem kewangan antarabangsa dunia.       Sepanjang   tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III akan berlaku dan   kekejaman berleluasa serta ia dijangka berlarutan lebih kurang 19 tahun   sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. *rujuk Sea of Galilee.   Di   zaman ini, Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau   Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di seluruh dunia  melalui  cip yang diletakkan pada kad pengenalan. Ketika itulah, Dajjal  akan  berpindah dari waktu satu harinya bersamaan dengan sebulan kepada  satu  harinya bersamaan dengan seminggu.   **Sheikh Imran menyatakan inilah Zaman kita huni sekarang di mana dimensi masa sehari bersama seminggu Dajjal. Rujuklah   Sea of Galilee dan hari kekeringannya. anda pasti mengetahui telahan   Sheikh Imran ini adalah BENAR bersumberkan al-Quran dan Hadis. Janganlah   kita pandai mengungkap "Allah tidak pernah beritahu perkara ini @  Allah  Lebih Maha Mengetahui @ Hanya kepada Allah lah terserah  perkara-perkara  ghaib" sedangkan kita tidak pernah berbuat sesuatu  menggunakan akal  kurniaan-Nya dan hanya berpeluk tubuh menunggu Hari  Kiamat tiba. Kata  Sheikh, inilah golongan ''kal an'am''.       Peringkat Keempat: "37 hari sama seperti hari kita".       Israel   akan muncul sebagai kuasa pemerintah dunia dan tanggapan mula timbul   bahawa ini adalah kebangkitan semula Zaman Kegemilangan (II). Hanya   ketika itu, Dajjal akan muncul pada harinya bersamaan dengan hari-hari   kita yang biasa. Sheikh Imran berpendapat bahawa, Dajjal akan menjadi   pemimpin Israel dan dari Jerusalem dia akan memerintah dunia. Dia juga   akan menyempurnakan misinya dan Zaman Kegemilangan (II) akan   dibangkitkan semula. Tetapi, Bani Israel tidak akan sedar bahawa mereka   sedang diperdaya oleh Dajjal.       Ianya berpusat di Jerusalem, Israel! (Pusat Pemerintahan keempat Dajjal dalam dimensi masa manusia yang NYATA)    Dan selepas itulah, Imam al-Mahdi akan muncul. Akan tetapi, Imam   al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah air sudah kering di Laut Galilee.   Apabila Imam al-Mahdi muncul, Nabi Isa a.s akan diturunkan dan beliau   akan membunuh Dajjal. Akan Tetapi, Nabi Isa a.s tidak akan muncul   sehingga air di Laut Galilee sudah kering. Ketika itu Tanah Suci akan   dimerdekakan.       Nabi Muhammad SAW bersabda:   "Apabila   kalian melihat kelibat bendera hitam datang dari arah Khurasan, pergilah   menyertai angkatan tentera itu walaupun kalian terpaksa merangkak di   atas ais. Pergilah menyertai angkatan tentera itu! Sebab khalifah Allah,   Imam al-Mahdi menyertai angkatan tentera itu dan tiada siapa yang  mampu  menghalang mereka sehinggalah mereka tiba di Jerusalem" Hadis Sunnah at-Tirmidzi.       Sheikh   Imran Hosein mengingatkan golongan sekular bahawa kita tiada masa lagi   untuk berdebat dengan mereka yang berlainan pendapat dengan kita.  Mereka  boleh memilih untuk tidak percaya sebab kita tidak kisah kerana   hakikatnya telah kita ketahui. Pengembaraannya telah bermula! kita  tahu,  cuma tinggal sedikit masa saja lagi. Apabila tentera Islam  berjaya  menjatuhkan Negara Israel, Tanah Suci akan dimerdekakan.  Pengikut  sebenar Nabi Ibrahim a.s akan mengambil alih Tanah Suci.  Negara Israel  Nabi Sulaiman a.s akan dibangunkan semula oleh Nabi Isa  a.s.     Nabi Muhammad SAW bersabda:   "Isa a.s akan memerintah sebagai 'hakimul adil' (pemimpin yang adil dari Jerusalem)"     Jadi   apa yang telah diriwayatkan telah menjadi kenyataan dan Zaman   Kegemilangan  juga akan berulang kembali, tetapi hanya pengikut Nabi   Muhammad SAW yang akan mewarisi legasi Nabi Sulaiman a.s           Pengiraan secara rawak tahun kedatangan Dajjal (Allahu A'lam)       Untuk   penerangan lebih lanjut tentang perkara ini sila rujuk buku "Jerusalem   in the Quran" menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:                                                          1 hari  seperti Setahun = Britain = Pound (Pax Britannica)                                                1 hari seperti Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar (Pax Americana)                                           1 hari seperti Seminggu = Israel = Electronic Money/Chemtrail? (Pax Judaica)                              37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia                                           secara NYATA dalam dimensi masa manusia.           **Pendapat   Sheikh Imran dalam bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan  situasi  kebangkitan di negara Arab, berkemungkinan peperangan ini akan  terjadi  kurang dari 30 tahun dari sekarang. Rujukan lain yang agak  menarik  menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam).  Ini kerana  Rasulullah SAW menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3  peringkat pertama  tidak seperti hari-hari kita, dan meminta (umat)  menghitung harinya.       Apakah maksud ini?   -Maksudnya,   kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan   tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah   hari selain hari kita? JAWAPANNYA, terkandung dalam surah al-Hajj:47           “…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi   Tuhanmu adalah menyamai SERIBU TAHUN dari yang kamu hitung...”;al-Hajj:47       Kini   kita menemukan fakta dari sumber rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1   hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan  atau  52 minggu di dalam setahun. Selainnya, tahun dikira mestilah  mengikut  tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa  menentukan  kiraan masa dan bilangan tahun.           “…Dia   lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan   bulanbercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu   itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing)   supaya kamu dapatmengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”;al-Yunus :5           Oleh   itu, sedarlah semua. lihatlah dengan mata hati.. bahawa Dajjal telah   muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni   sekarang tidak berada di dalam dimensi masa manusia di dunia.   (contohnya: Malaikat wujud disekeliling kita, akan tetapi, malaikat   berada dalam dimensi masa yang berbeza dengan manusia)       Huraian al-Quran & Hadis dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza ialah:       Dajjal hidup selama 40 hari:       Peringkat Pertama:  1 hari = Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)   Peringkat Kedua:     1 hari = Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)   Peringkat Ketiga:     1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)   Peringkat Keempat: 37 hari = hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.       Dari   kiraan ini, kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada   peringkat pertama, 83 tahun pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada   peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj   & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (kaum Khazar   mula aktif berdagang pada 850 AD).       Oleh itu: (fahamilah secara terperinci)   353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (Tahun 1935 AD)   = Zaman Dajjal menguasai Europe (Britian) & kejatuhan Britain       1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini.   = Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III   *(saudaraku,   kita berada diakhir peringat kejatuhan Amerika sebelum peralihan  kepada  Israel) sedikit masa lama untuk berpindah ke peringkat ketiga.       1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)   = Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan   = Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa   *peringkat   dimana saintis Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering   dalam masa 50 tahun dari sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh   Imran yang menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa   kurang 40 tahun lagi)           ****   INGAT! Walaubagaimanapun, kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan   kebenaran tarikh sebenar yang BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam)   Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj   terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan   (al-Anbiyaa’:95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka   sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok   tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah   ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Allah   Knows Best!     Artikel dari page: https://www.facebook.com/pages/Islamic-Eschatology-The-Study-of-The-End-of-Time-Kajian-Akhiruzzaman/188551351191408

Monday, May 2, 2011

home al0ne




Pernah tak korang selalu kena tinggal sorang-sorang kat rumah. Bagi sesiapa yang suaminya selalu out station mesti dah biasa dah. Tak pun bagi anak dara yang selalu ditinggalkan keluarga.. I’m mean bukanlah keluarga korang tu tinggalkan korang terus. Cuma pergi melancong ker? Pergi sebab urusan perniagaan ker?Mesti korang boring tahap gaban.. Lepas tu call member ajak keluar.. Tapi korang janganlah keluar sampai tengah malam baru nak balik.. Ceh, anak dara jenis apa ni?? Hehehe~
Tapi korang nak keluar kenalah minta permisi dari mak bapak korang dolo tak pun bagi yang dah berlaki kenalah minta pas keluar dolo dari suami.. Nanti tak pasal-pasal jadi isteri derhaka pulak.. Dont like2x.. Korang nak masuk syurgakan2x..
Bagi yang selalu tinggal sorang-sorang kat rumah dan lepas tu tak tahu nak buat apa kat rumah apa kata follow tips ini...............:::: (especially bagi anak dara)

  1.  Kalau sesiapa ade intenet kat rumah mesti kalo boring duk 0n9 jekan... Tapi baguslah ada intenet bolehlah baca benda yang bermanfaat dan tambah information.. Tapi awas jangan duk cari laman web yang prono pulak... Itu cari nahas namanya....:: Kalau dapat secara tidak langsung korang pejam mata dan tekan pangkah...Dont2x tengok yang tak sepatutnya.. Benak hati nanti.
  2.    Apa kata korang cari resepi  yang sedap-sedap. Lepas tu cuba try.. Best juga masak ni.. Mmenguji dan memahirkan skill memasak.. Korang tak rugi pun nanti sebab kalau dah pandai masak bolehlah  korang tunjuk bakat korang tu kat bakal mak mertuaku.. Sejuk je hati bakal mak mertua korang nanti.. Huhuhu~Makin sayang abang sayang korang.. Hahaha~
  3.   Tips ketiga korang g kemas dan cuci satu rumah. Bilik air korang kasi cuci sampai bersih.. Mana almari yang berhabuk korang lap sampai berkilat... Kerja-kerja korang buat ni secara tidak langsung boleh menguruskan dan mengemiskan mana-mana anggota badan korang tu.. Tak yahlah g Gim tak pun jongging petang-petang.. Huhuhu
  4.   Ajak member datang rumah.. Kalau member ada mesti banyak yang hendak disembangkan.. Tapi korang jangan pulak ajak yang bukan muhrim.. Mestilah kena jaga batas-batas ye...Lepas jangan kotorkan rumah.. Nanti mak bapak korang balik mengamuk pula diaorang..
  5.   Apa kata korang main game.. Best jugak main game sorang-sorang.. Tak ada sesiapa yang ganggu korang.. Korang nak melalak pun tak de sesiapa marah.. Huhuhu~

SELAMAT BERAMAL...hehehe=)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons