Friday, December 14, 2012

Da'ei ke saya?





Apa tangkapan orang kepada anda apabila selalu mengupdate status dengan perkara-perkara yang islamik di muka buku, blog ataupun twitter. Jika yang tidak mengenali diri anda mesti dah mengecopkan  anda dengan gelaran ustaz ataupun ustazah dan membayangkan imej anda seperti itu. Perkara ini mesti kadang-kala sering bermain di dalam mindakan. Lepas tu fikir balik perlu ke jadi seperti ustaz ataupun ustazah sebagai syarat untuk mengepos perkara-perkara yang islamik. Manalah tahu tangkapan orang kat kita berbeza-beza.Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. So, lebih baik buat hal masing-masing bak kata orang kubur lain-lain. Kalau nak buat amalan pun sendiri-sendirilah.
Firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku hendak menjadikan khalifah di bumi…”

Surah Al- Baqarah ayat 30

Adakah kita lupa manusia itu merupakan seorang khalifah di muka bumi. Bahkan kita diberi penghormatan oleh para malaikat apabila penciptaan nabi Adam sebagai manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT. Hal ini menunjukkan bahawa kita makhluk yang istimewa dan hebat. Apatah lagi kita diberikan kurniaan akal fikiran yang boleh membezakan perkara yabg baik dan perkara yang buruk. Oleh itu, Sebagai manusia kita perlu melakukan amar makruf nahi munkar. Rasulullah SAW pun pernah bersabda:

Sampaikan ayatku walaupun sepotong

So, tak perlulah tunggu jadi ustaz or ustazah baru nak mengajak perkara yang baik. Sebenarnya dakwah ini boleh dilakukan oleh sesiapa pun.Seperti kata Imam Muda Asyraf:

“Untuk yang baru nak buat dakwah, saya sarankan buat je. Yang penting kita kena buat dulu, terjah dan dapatkan hikmah di sebalik semua itu”.

Megapa kita takut mengajak rakan-rakan tentang perkara-perkara yang baik. Sebenarnya dakwah itu mudah. Rata-rata daripada kita menggunakan teknologi sekarang ini. So, apa gunanya teknologi kalau bukan digunakan untuk tujuan yang bermanfaat. Kadang-kala kat youtube pun kita dapat ibrah. Bukan itu aje sign in facebook terus jumpa entri dakwah. Kita just tekan share terus saham akhirat meningkat. Asalkan niat itu ikhlas.

Mudahkan! Tarbiyah itu boleh kita dapat dimana-mana sahaja. Asalkan benda itu membawa mesej yang baik dan bermanfaat. Jadi, jangan sempitkan fikiran kita tentang perkara ini. Islam itu mudah dan universal. Adatlah kalau manusia itu sering melakukan kesilapan. Hidup ini biarlah berpada-pada. Bah kata Ally Iskandar ayatnya lebih kurang macam ini:

“Kita jangan tunjuk diri kita terlalu sempurna kerana takut prespektif masyarakat kelak. Hidup biarlah sederhana. Setiap manusia mesti ada buat kesalahan baik manusia biasa mahupun artis”.

Apa lagi kalau rasa-rasa nak tambah saham akhirat tekadkan diri dengan mengatakan


"dakwah itu mudah"


Wednesday, November 7, 2012

Anda, Special Edition!





Special Edition!

Melambangkan sesuatu yang hebat dan banyak keistimewaannya berbanding benda atau gajets atau kereta yang lain. Kalau hendak membeli kereta seringkali kita akan terlihat kereta yang tertera perkataan Special Edition atau singkatannya  S.E. di kedai-kedai menjual kereta. So, apa kelebihan benda yang Special Edition ini berbanding dengan benda-benda yang lain? Dengan tertera perkataan ini jugalah yang membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk memilikinya. Walaupun hakikatnya tiada perbezaan ketara pun antara benda yang  Special Edition dengan benda edisi biasa.

Wah hebatnya kalau dapat jadi seperti dia. Dah la pergi London free, boleh masuk TV pula tu.Tak payah susah-susah cari duit”

Sebagai manusia, kita seringkali ingin menjadi seseorang yang sempurna dan terkenal sepertimana seorang artis. Bagi kita kehidupan artis itu sudah cukup sempurna kerana memiliki rupa paras yang menarik, terkenal dan kaya sehingga boleh memiliki apa sahaja yang diimpikan. Keadaan ini membuatkan kita kadang-kala bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti mereka.

“ “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad kamu, Tetapi Dia melihat kepada hati kamu dan amalan kamu”(HR Muslim)

Anda tidak perlu menjadi sesiapa. You must be yourself! Sebab apa? Sebab setiap manusia itu dicipta mempunyai keistimewaan tersendiri. So, mengapa perlu menjadi seperti orang lain?

“Kalau kena jadi diri sendiri susahlah. Saya bukan ada kelebihan pun.”

Ya, kita seringkali merendah-rendahkan diri kita dan memuji kelebihan orang lain tanpa kita sedari yang setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri. Mengapa perlu merungut? Sedangkan Allah sudah berfirman:

“Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan dilaut, dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”

(Surah al-Isra ayat 70)

So, kenali potensi anda terlebih dahulu, Jika anda petah berkata-kata. Gunakan kelebihan tersebut. Anda tidak perlu menjadi seperti orang lain. Mungkin anda lupa dengan tokoh-tokoh seperti Bill Gates, Steve Jobs, Abraham Lincoln dan Sir Thomas Alva Edison. Mereka ini bukan terus menjadi kaya-raya. Tapi dengan berkat kesabaran dan usaha serta kelebihan yang mereka ada telah menyebabkan mereka telah menjadi insan yang berjaya. Jika anda hendak tahu Sir Thomas pernah dikatakan budak bodoh dan diberhentikan dari sekolah oleh gurunya. Beliau juga pernah gagal sebanyak 999 kali sebelum berjaya kali ke- 1000 bagi memancarkan cahaya dan mencipta lampu elektrik yang digunakan oleh kita sekarang ini. Begitu juga dengan Bill Gates. Dia bukanlah seorang pelajar yang pintar kerana dia pernah gagal dan tidak meneruskan pembelajarannya di Universiti. Namun, siapa sangka sekarang ini beliau merupakan ketua kepada rakan-rakannya yang telah berjaya dalam pembelajaran di Universiti.

“Orang yang gagal berkali-kali dan bangkit dari kegagalannya merupakan orang yang berjaya”

Mungkin sekarang anda hanya insan biasa yang tiada kelebihan diri. Namun tidak mustahil pada hari yang akan datang anda menjadi seorang yang hebat jika anda mengenali potensi diri.  Apa tunggu lagi. Jangan merendah-rendahkan diri anda. Anda BOLEH lakukannya ;)

Kenali potensi, tingkatkan prestasi, sayangi diri kerna anda begitu berharga


Sumber: MajalahJom

Katakan tidak pada PAU ( Persatuan Anti Usrah)

Saturday, October 13, 2012

Segala-galanya bermula dari tarbiyah



Hujan yang turun membasahi bumi membuatkan diri ini terasa sejuk hingga ke tulang
Memandang ke luar tingkap sambil menghirup secawan kopi panas terasa kepahitannya
Lalu ditambahi dengan sedikit serbuk kayu manis untuk memanaskan badan
Terlihat kelibat manusia yang berlari-lari anak untuk menghindarkan diri dari terkena air hujan 
Tanpa memandang sekeliling
Tanpa menghirukan keadaan sekeliling
Terus menuju ke destinasi yang hendak dituju
Aku memandang ke langit
Awan yang hitam itu membayangkan diri ini keadaan kiamat kelak
Ohhh.. Alangkah dahsyatnya. Ya, Allah!
Jauhkan diri ini dari kealpaan dan kesesatan
Moga berakhir dalam husnul Khotimah.. InsyaAllah
Mata cuba dipejam 
Tiba-tiba bahu disentuh
Siapakah? Bisik hati ini
Seorang wanita tersenyum manis membuatkan hati yang tadi tertanya-tanya tersenyum membalas senyuman wanita itu
Wanita yang kukenal di Bulatan gembira
Bulatan yang akhirnya mengembirakan diriku
Bulatan yang merapatkan silaturrahim.. Ya Ukhuwafillah
Bulatan yang saling ingat mengingati kerana ALLAH
dan melalui bulatan itu kita mendapat tarbiyah

Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dari tarbiyah

Firman Allah SWT bermaksud:

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai- berai..." 

Surah Ali Imran ayat 103





Thursday, August 23, 2012

Kad raya yang paling sweet

Antara banyak kad raya yang dapat kad raya inilah yang paling sweet je.. Terharu betul bila baca kad raya pelajar ini tulis .. Touching2x  (T-T)...






Comel tak pelajar saya lukis..Hehehe.. Inilah saya 'Cikgu Adillah'


Wednesday, June 20, 2012

Sebaik-baik teman bersembang ialah buku





Jika dunia akan riang membawa kebaikan untukmu
Kalau engkau tidak rela dengan pergaulan
Tidakkah engkau lihat batu mutiara mahal
Bukankah mutiara itu dikeluarkan dari lautan yang masin
Mungkin sahaja sesuatu yang menakutkan membawa kengerian
Juga kegembiraan dan kesenangan
Mungkin juga keselamatan itu berlaku selepas adanya larangan
Mungkin kelurusan selepas kebengkokan

Sesetengah daripada sebab-sebab kebahagian itu ialah meluangkan waktu untuk mengkaji, menyempatkan diri untuk membaca dan mengembangkan kekuatan fikiran dengan hikmah-hikmah.

Al-Jahiz menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji supaya menghilangkan kesedihan dalam diri. Katanya:

“Buku adalah kawan duduk yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan kawan yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah kawan yang sangat bertolak ansur yang tidak akan menghalaumu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu dan dia adalah kawan yang tidak memaksamu mengeluarkan apa yang ada. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat pembohongan.”

Buku adalah sesuatu yang jika dipandang akan memberi nikmat yang panjang, ia akan menajamkan kemampuan intelektual, membuat lidah tidak kelu dan membuat hujung jemari semakin cantik.  Ia akan memperkaya ungkapan-ungkapan, akan menenangkan jiwa dan akan mengisi kekosongan jiwa.

Buku akan memberi penghormatan orang-orang awam dan persahabatan dengan raja-raja. Dengannya akan mendapat pengetahuan dalam sebulan, dan satu hal yang tidak boleh dapat daripada mulut orang lain dalam satu masa. Dengannya akan dapat dihindari hutang dan kesusahan mencari rezeki. Dengan buku juga tidak akan bersusah payah menghadap pengajar yang mencari makan dari upah mengajar, tidak perlu belajar dari orang yang secara akhlak nya lebih rendah dengan diri dan tidak perlu juga bersama-sama dengan seseorang yang mempunyai perasaan dengki serta bersama orang kaya.

Buku adalah sesuatu yang sentiasa taat tidak kira masa sama ada malam atau siang. Ia akan ikut bersama sama ada dalam perjalanan atau dirumah. Ia tidak sama sesekali mengamuk dan berasa letih. Dia adalah guru yang yang diperlukan dan tidak akan berasa malu, tidak meninggalkan disebabkan kebendaan dan tidak akan memutuskan faedah walaupun ditinggalkan dan tidak akan menyerang serta berpaling.

Kesunyian anda tidak akan membahayakan jika buku sentiasa bersama dan tidak akan memaksa bersama dengan orang yang berperangai buruk. Sekiranya tidak ada keutamaan yang bileh diambil, buku akan menghalang niat anda untuk duduk di depan pintu rumah dan melihat orang-orang yang lalu lalang di depan rumah sebab hal itu melanggat hak-hak orang lain, menzalimi diri kita dengan cara melihat orang lain secara berlebihan, ada pembabitan diri dalam sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat, ada peluang untuk mendengar ucapan-ucapan yang kotor yang tidak bernilai yang rendah budinya dan tidak cerdik.
Semua itu akan menghindarkan diri dari segala kemungkinan buruk dan menghadapkan pada manfaat yang besar. 

Anda berjaya mendapat pokok sekaligus cabangnya. Sekirannya yang didapati tidak lebih dari kegiatan menghalang niat untuk keinginan yang murahan, dari keinginan untuk bersenang-lenang sahaja dan dari main-main yang tidak membawa apa-apa makna maka itu merupakan nikmat yang besar dan satu anugerah yang mulia.

Kita sedar bahawa buku merupakan pilihan yang terbaik bagi orang-orang yang menganggur bagi menghabiskan waktu siangnya dan bagi orang-orang yang suka bersenang-lenang bagi menghabiskan waktu malam mereka.

Buku adalah sesuatu yang memberi dorongan bagi mencuba, menggunakan akal, membentuk peribadian, menjaga kehormatan, meluruskan agama dan mengembangkan harta mereka.

“(Al-Quran ini) satu kitab yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad dari tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman”

(Surah Al-A’araf ayat 1)

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya;Petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan salat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka dan mereka yang beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang lalu telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya akhirat. Mereka yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."

(Surah Al-Baqarah ayat 2- 5)

Sunday, June 17, 2012

Tuhan masih lindungi diriku






Banyak benda yang bermain difikiran. Merenung bulan dan bintang memberikan satu gambaran bahawa sungguh indah ciptaan tuhan. Ditambahi dengan bunyi cengkerik membuatkan hati ini menjadi damai dan tenteram. Kenapa malam ini begitu indah? Monolog aku. Tanpaku sedari…

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". 

(Surah Ali-Imran ayat 190-194)


SubhanAllah! Aku mengambil surat pemberian Asma pada petang tadi lalu ku buka untuk kali kedua. Aku meneliti maksud setiap perkataan dalam surat itu dan secara tiba-tiba mataku terpandang…

“ …. Aku cuba untuk memendamkannya tapi akhirnya aku tewas kerana aku tahu takdir tuhanku. Dosaku ibarat pasir di pantai dan umurku ibarat lilin yang dinyalakan api. Andai itu takdirnya aku bersyukur kerana aku tahu tuhan memberi apa yangku perlu dan bukan apa yang aku mahu”
“Aku ingat janji tuhanku”

"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada tuhannya yang tidak terlihat oleh mereka, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati" 

(Surah al-Mulk ayat 12-13)


Aku terus membaca surat itu lagi………


“ Aku gadis yang sukakan kebebasan. Dunia ini bagaikan syurga buat diriku. Aku leka dalam kenikmatan dunia tanpa aku sedari kebahagian yang hakiki hanyalah di syurga. Namun, keasyikanku hilang apabila aku bertemu dirinya. “

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui”

(Surah Al-Ankabut ayat 64)


“ Aku cuba mendekati dirinya namun usahaku gagal kerna aku menganggap aku dan dirinya ibarat langit dan bumi dan aku sedar siapa diriku.”

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji adalah buat wanita yang keji ( pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)…”

(Surah Al Nur ayat 26)


“ …dan lalu aku ingin berubah menjadi baik kerana dia dan akhirnya aku lupa yang sebenarnya…………….”

Dari Amirul Mukminin Umar ibn Al-Khattab r.a. Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawasa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya kearah perkara yang ditujuinya itu”


“Tuhan berikan petunjuk-Mu. Tetapkan kesabaranku dalam mentaati-Mu. Jangan biarkan diri ku lalai dalam mengingati diri-Mu. Ya Rabb..”

“Tunjukkan kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya, bukan pula jalan mereka yang sesat”

(Surah Al-Fatihah ayat 6-7)

“…dan aku tahu juga tuhanku itu perancangan terbaik buat diriku.. Aku pasrah dan redha. Aku tahu bukan dia yang menjadi keutamaan tapi hanya kepada tuhanku sahaja.”

“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “ Jadilah! “Maka jadilah sesuatu itu”

(Surah Yassin ayat 82)

“…lalu aku pegang dengan janji tuhanku”

“Orang-orang beriman yang beriman dengan ayat-ayat kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya dan mereka tidak menyombongkan diri"

(Surah Sajadah ayat 15)

“Akhirnya aku tahu tuhan mahu memelihara diriku dari segala dosa yang boleh melalaikanku kepada-Nya”

“Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (dengan beriman)”.

(Surah Al-Ala ayat 14)


“Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan surga Firdaus sebagai tempat tinggal”

(Surah Al-Kahf ayat 107)


Aku melipat kembali surat itu dan meletakkannya dalam Buku
“ Aku hanyalah seorang Musafir”


Tuesday, June 5, 2012

Kecantikan bidadari syurga



Ibnu Al-Qayyim menawan hati para pendengar dengan ucapannya ketika dia menggambarkan bidadari di dalam syurga sebagai berikut, "Jika engkau bertanya tentang para bidadari, maka ketahuilah bahawa mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya. Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda. Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai. Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan.


Jika berbicara dengan kekasihnya, maka bagaimanakah bayanganmu ketika dua kekasih saling berbicara. Ketika memeluk kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan ketika dua dahan sedang berpelukan. Keindahan badannya dapat dilihat dari pipinya, seperti keindahan cermin dapat dilihat kemilaunya. Betisnya sangat mempersonakan, dagingnya dapat terluhat kerana tidak terhalangi oleh kulit, tulang dan perhiasannya.


Andaikata bidadari menampilkan diri di dunia, maka bau harumnya akan semerbak antara langit dan bumi dan bumi dan mulut setiap orang akan mengucapkan kalimat tahlil, takbir dan tasbih kerana terpegun oleh keindahannya. Keindahannya akan meperindahkan timur dan barat, keindahannya akan menjadikan mata orang menutup dari yang lain. Sinar wajahnya akan meredupkan cahaya matahari, seperti sinar matahari meredupkan cahaya bulan. Tudung yang menutupi kepalanya lebih bagus dari dunia dan seisinya. Keinginannya untuk menemui kekasihnya merupakan idola utama.


Dengan bertambahnya masa, tingginya tidak bertambah kecuali makin memperindah dan mempercantik. Makin bertambahnya masa, maka rasa kecintaan dan kecenderunganya kepada kekasihnya makin bertambah. Dia terbebas dari mengandung, beranak, haid dan nifas. Dia suci dari hingus, ludah. kencing, berak dan seluruh kekotoran. Keremajaannya tidak pernah berkurang. Pakaiannya tidak pernah lusuh. Kecantikannya tidak pernah pudar. Keharuman baunya tidak pernah sima. Pandangan matanya hanya ditujukan bagi kekasihnya, bukan untuk yang lain, demikian pula kekasihnya.


Jika dipandang, maka dia menyenangkan hati yang memandangnya. Jika disuruh maka dia menaatinya. Jika ditinggal pergi maka dia menjaga kepercayaan kekasihnya dan kesucian dirinya. Dia belum pernah disentuh oleh manusia atau jin pada waktu sebelumnya. Setiap kali kekasihnya memandangnya, maka hatinya bergembira. Setiap kali berbicara dengannya, maka telinganya merasa sejuk oleh keindahan tutur katanya.


Jika dia tampil, maka cahayanya akan memenuhi istana dan kamarnya. Jika engkau bertanya tentang usianya, maka usianya sama dengan gadis remaja yang sebaya. Jika engkau bertanya tentang kecantikannya, maka kecantikannya sama dengan matahari dan bulan. Jika engkau bertanya tentang matanya, maka warna hitam dan putih bola matanya sangat mempesona.


Jika engkau bertanya tentang lekuk tubuhnya, maka engkau lihat bagai keindahan dalam pepohonan. Jika engkau tanya tentang kemontokan tubuhnya, maka bagai gadis remaja dan kelembutan kulitnya bagai buah delima. Jika engkau bertanya tentang warna kulitnya, maka dia bagai batu permata yaqut dan marjan. Jika engkau tanya tentang senyumannya maka dapat engkau bayangkan betapa mempesonanya ketika seorang bidadari tersenyum pada kekasihnya di dalam syurga.


Jika dia berpindah dari satu kamar ke kamar yang lain, dia bagaikan matahari yang berpindah-pindah. Jika dia berkenca dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa mesranya hubungan keduanya. Jika dia berpelukan dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa nikmatnya antara keduanya.


Pembicaraannya mempersonakan dan lugu bagai seorang yang tidak pernah membuat salah, Meskipun telah sangat lama duduk dengannya, tetapi masih dirasa kurang oleh teman duduknya. Jika dia bersenandung, maka betapa merdu suaranya.


Jika dia sedang berkencan dengan kekasihnya, maka betapa senangnya kesempatan itu, Jika engkau menciumnya, maka engkau rasa tidak ada yang lebih menyenangkan dari ciuman itu, Jika dia memberimu sesuatu, maka tidak ada yang lebih lazat dan lebih menyenangkan daripada pemberiannya.


(Ibnu Al-Qayyim, Hadiy Al-Arwah, dipetik daripada buku Qiyamullail-Rintihan Seorang Hamba Meraih Cinta Agung di sisi Rabb-Nya, karya Abdul Aziz Ismail)



Monday, April 23, 2012

Kata-kata pejuang Islam


Al-Imam Hassan Al-Banna gugur syahid pada 12hb Februari 1949

"sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

"Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah semata-mata dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah" "Kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah SAW."

-as-syahid imam hassan al-banna-



Pesanan Akhir, As-Syahid Sayyid Qutb (senyum ditali gantung) pada 1965

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku
Taman-taman indah di syurga bangga menerimaku
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan bahagialah hidupku di sana.
Puaka kegelapan pasti ia kan hancur
Fajarkan menyinsing
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.



"Jika Kamu Ingin Tahu Nasib Ummahmu Maka Lihatlah Generasi Kamu"
-Imam Al-Ghazali-


http://www.qassam.ps/files/album/04571BCEBB.jpg


Abdul Aziz al-Rantisi (1947-2004)

"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache".




Dr. Nizar Rayyan (1959-2009)

"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah



"Aku adalah anak-anak panah Islam. Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam."
-Saad bin Abi Waqqas-


http://hamaslovers.files.wordpress.com/2009/03/nadia1.jpg

Nadia Abu Marzuq

Ummu Muhammad-Isteri As-Syahid Dr Aziz Rantisi

Apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?

Saudari-saudariku yang dikasihi: Sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama para lelaki dan Rasul s.a.w yang mulia telah bersabda:

Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya..dan wanita itu adalah dipertanggungjawabkan di rumah suaminya dan ia akan dipersoalkan apa yang di bawahnya ?. Sesungguhnya telah terakam contoh terbaik wahai saudari-saudariku yang dikasihi di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kamu setelah syahidnya suami ataupun anakmu, ialah menyempurnakan peranan kamu dalam kehidupan mereka. Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kamu bersama



Sunday, April 1, 2012

Bulatan gembira



Mesti tertanya-tanya apa itu bulatan gembira =)





Entri dari kak Wardina  

Apa yang membuatkan kami gembira dan berbunga? Usrah itu sebenarnya “keluarga”. Jujur sebelum ini tidak pernah saya ambil peduli. Usrah untuk mereka yang alim-alim, untk mereka yang solehah, sempurna, bertudung labuh, bukan untuk saya. Tidak pernah saya rasakan ukhwah di dalam keluarga usrah, tidak pernah saya rasakan kejujuran bersahabat kerana Allah. Tidak pernah saya sangka dengan izin Allah ianya memberi saya kekuatan untuk merubah serba sedikit diri yang serba dhaif ini. Bagaimana? Dengan keprihatinan, sokongan dan semangat ukhwah mengingatkan antara satu dengan lain mengenai perkara-perkara baik dengan penuh kasih dan hikmah. Dengan contoh dari naqibah, bagaimana akhlak, ilmu dan kehidupan sehariannya disulami nilai-nilai Islam yang saya sangkakan sebelum ini hanya mainan bibir para ilmuwan. “Mana mungkin boleh hidup dengan nilai Islam sepenuhnya, di zaman ini” “Saya sudah bersolat 5 waktu, sudah bertudung, sudahlah!” Silapnya saya. Jahilnya saya. Saya baru seorang Muslim. Belum saya fahami konsep Mu’min. TIdak saya sedar menjadi seorang yang beriman adalah dengan menjadi seorang Muslim dan masuk ke dalam agama Islam ini SEPENUHNYA. BUkan setengah jalan, sekerat langkah dan separuh hati. Kerana menjadi seorang Muslim itu mestilah dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. Segala niat DAN perbuatan perlu dizahirkan. Masih ada yang beranggap ‘yang penting’ niat? Memang niat itu penting, namun niat perlulah disusuli dengan perbuatan.
Setiap manusia jalan hidupnya sudah tertulis, ada manusia hidayahnya diberi Allah seawal usia. Faktor persekitaraan, pendidikan dan rahsia dari Allah kadangkala tidak boleh kita persoalkan, segalanya ada sebab musabab yang tersendiri. Tersasarnya saya sewaktu remaja dahulu ada sebabnya. Kembalinya saya sebagai seorang Muslim yang mahu beriman sepenuhnya juga bersebab. Sebab itu mungkin tidak mampu pun untuk saya fahami. Walau saya cuba berfikir mengenai segala hikmah disebalik kejadian dalam hidup saya.
Kata-kata naqibah saya yang cukup saya sayangi tersemat di hati. “Tidak cukup menjadi seorang Muslim, kita mestilah menjadi seorang Muslim yang beriman” katanya. “Tidak cukup beriman saja, namun kita mesti beriman dan berilmu”. “TIdak cukup kita menjadi Muslim beriman yang berilmu, namun kita mesti beramal dengan ilmu itu”. “Dan tidak cukup kita beramal kita mesti ikhlas dalam segala amalan”
MasyaAllah. Sudahkah saya beriman,berilmu, beramal dan ikhlas? Sering saya tanya pada diri. Belum, belum sepenuhnya. Kata naqibah – ikhlas itu rahsia diantara Allah dan hambanya, malaikat pun tidak tahu. Dan ikhlas adalah motivasi terbaik seorang Mu’min. Orang-orang yang ikhlas jarang atau hampir tiada perasaan sesal, kesal, mengeluh, sakit hati, murung, sedih.. kerana mereka… ya , Ikhlas! Ikhlaslah yang menjadi motivasi para Nabi, Rasul dan orang-orang Soleh untuk terus melakukan kebaikan meskipun dicerca, disakiti dan dihina. Hanya ‘kita’, diri kita sendiri dapat rasakan ikhlas dalam hati, satu perasaan sayu dan redha , satu perasaan yang membuatkan kita terhenti dan terfikir tatkala kita melakukan sesuatu. “Semua ini kerana Mu Ya Allah”. Segala yang kita lakukan didalam hidup ini mampu dijadikan ibadah, setiap nafas yang dihirup, waktu tidur juga waktu jaga, waktu makan dan waktu lapar, tatkala mandi meskipun kata-kata di FB misalnya. Semuanya boleh dijadikan ibadah. Ya, segala kebaikan yang ikhlas kerana Allah semuanya mampu dijadikan ibadah. Tapi sayang, Ibadah dipandang begitu sempit sekali. Hanya solat, puasa, zakat, Cuma di atas sejadah saja!
Setiap titipan dan nasihat naqibah dapat saya rasakan keikhlasannya. Kerana tujuan usrah itu sendiri adalah untuk sama-sama tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam. Sama-sama mengingatkan dan berpesan-pesan. Untuk meningkatkan ukhwah dan kecintaan Islam. Di dalam Al-Quran selain surah Al-Asr 103:3 yang mengingatkan supaya kita sentiasa saling mengingati dan berpesan kepada kebenaran dengan sabar, Allah berfirman dalam surah Az-Zariyat 51:55, bahawa peringatan itu amat perlu dan berguna bagi orang-orang Mu’min.
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunghnya peringatan itu bermanafaat bagi orang- orang mukmin”
Maka, di dalam keluarga usrah ini, kami mencari semangat untuk menjadi Mu’min yang lebih baik dengan saling mengingatkan. Kali pertama saya hadir, (tak ramai pun yang hadir) saya bertanya pada diri, apa yang bakal saya perolehi? Adakah perlu saya laburkan ‘masa’ ini, dan bersusah susah ke sini. Untuk apa? Objektif, motif, rasionalnya apa?. Aduh banyaknya persoalan. Tamaknya kita dengan diri sendiri untuk memperbaiki diri. Banyaknya alasan boleh diberi, sibuk, (semua orang sibuk, kadangkala terasa seolah diri sendiri saja yang paling sibuk) ada hal, anak tiada yang jaga. Kemudian saya tersedar dari lamunan, Naqibah ini, iaitu guru saya ini, sanggup datang kemari, walaupun dia jauh lebih sibuk, tanpa meminta bayaran untuk mengajar dan memperbaiki diri kami, dan saya pula yang mahu berkira dengan masa saya. Sunguh tidak bersyukur! Berapa banyak peluang yang telah diberi kita sia-siakan, memberi segunung tinggi alasan? Kehidupan dan kesibukan dunia dijadikan alasan. Tersenyum saya tatkla naqibah mengingatkan, dunia ini tak perlu orang ingatkan! Memang kita sentiasa akan ingat! Kerana dunia ini sudah dihadapan mata bukan? Akhirat itulah yang perlu diingatkan selalu.
Fitrahnya insan ini pelupa jahil dan lalai. Maka peringatan tentang akhirat ini amat wajar. Risaulah jika hari silih berganti dan tiada langsung peringatan diberi. Makanya usrah ini, antara salah satu medium dimana tatkala kami bersila dalam bulatan gembira ini, akhirat dan hakikat penciptaan jin dan manusia diulang kembali, lagi dan lagi. Asas aqidah, tauhid, ibadah, sirah ,serta bertadabbur dengan Quran benar-benar menyentuh jiwa.Peringatan untuk tidak berfikir buruk mengenai orang lain, untuk memperbaiki amalan, memahami tujuan penciptaan, berwaspada dengan tipuaan syaitan dan bersama di waktu susah dan senang tidak mampu dijual beli dengan wang ringgit. Ukhwah yang terbina ini terlalu berharga. Berukhwah kerana Allah sepenuhnya, bukan sebab material atau dunia yang lain.
Memang hakikat kehidupan dunia moden kapatilis ini ,kita biasanya meletakkan kepentingan diri dahulu. Kepentingan diri diambil kira melebihi kepentingan orang lain. Dunia moden amat kompetitif dan individualistik. Makanya saya hairan bagaimana masih ada manusia yang sanggup “memberi” tanpa meminta balasan kerana mencari keredhaan Allah. Ya , masih ramai insan begitu, cuma saya sahaja yang tidak tahu. Dan semangat memberi itu kini sudah terpercik pada kami. Benarlah peringatan yang senantiasa diberikan, kita pasti akan terpengaruh dengan rakan kita, lihatlah dengan siapa kita berkawan. Maka di dalam keluarga usrah ini, percikan minyak wangi akhirnya terkena pada diri kami semua. Sipi-sipi sudah bau harumannya. Indah bukan?
Namun perubahan tidak terbina dengan sekelip mata. Bukan satu dua sesi sudah berubah semuanya. Ada diantara ahli keluarga ini, pergi meninggalkan kita dan tidak kembali lagi, (bukan meninggal dunia namun tidak berminat lagi) ada yang datang sekali dua, namun yang tinggal komited itulah telah ditakdirkan oleh Allah untuk bersama. Membuang prasangka, memperbaiki diri dan membersihkan hati ini adalah satu proses berterusan. Usrah cuma batu loncatan. Ilmu selebihnya perlu dicari ditempat lain. Namun didalam bulatan keluarga usrah yang gembira ini, ianya menyedarkan diri dimana kurangnya kita. Yang perlu membetulkan tajwid pergi mengaji semula,yang sudah lama meninggalkan Quran mula membacanya kembali, yang tudungnya singkat dilabuhkan ke dada, yang berfikir mengenai diri sendiri sudah mula mahu memberi.
Fitrahnya kita semua mahu berbuat baik, dan kita semua mahu menyembah. Jika tidak menyembah Allah maka kerana fitrah menyembah ini, kita terdorong untuk menyembah sesuatu yang lain, iaitu harta, pangkat, rupa, lelaki atau wanita, material mahupun diri sendiri! Kembali kepada fitrah menyembah Allah ini adalah kebahagian sebenar dan hakiki. Belum, saya masih jauh perjalanan. Belum, saya belum sempurna. Namun saya mahu mencari kesempurnaan itu. Terima kasih Usrah dan keluarga bulatan gembira ku! Terima kasih kerana mengingatkan! Quran kini dibawa kemana saja saya pergi, saya mula membaca dan menghafal ayat Quran kembali. Saya cuba menyemadikan Quran di dalam jiwa ini. Antara tiga ayat pertama yang saya hafal kembali yang memberi impak pada hidup saya dan ingin saya kongsi:-
1."Dan kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya sekiranya mereka mengetahui" (Quran 29:64)
2.“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada ku” (Quran 51:56)
3. “Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan solat itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk” (Quran 2:45)
Mari berusrahlah semua! Inilah dia bulatan gembira yang tidak boleh dijual beli, hiburan hati yang sejati! Cari bulatan gembira anda juga agar hati ini berbunga kembali. Usrah wajar dijadikan santapan mingguan untuk rohani. Berbunga dengan minda dan jiwa yang lebih dekat dengan Ilahi!





Bulatan gembira dari We are beautiful, Allah loves us




Thursday, March 22, 2012

Dugaan itu



Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya.



Saat itu datang pelangi yang mencuri masuk dalam pandangan. Saat itu datang matahari seperti segan memancarkan cahaya di kegelapan. Saat itu jugalah datang si burung berkicauan mematikan lamunan bahawa raksasa itu hanya wujud dalam bayangan.

Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan.

Matahari ;

Sesungguhnya Nabi telah bersabda;
"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."

Pelangi ;

Ketika Allah merindui akan hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman; “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.” 
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah) 

Rembulan ;

Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah!
"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Mana mungkin senyuman tidak datang bertandang. Mana mungkin hati tidak tenang. Mana mungkin akal fikiran tidak lapang. Mana mungkin dunia tidak menjadi sang terbang bebas lagak helang. Mana mungkin.

"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah." 
-Salim A Fillah



Saturday, March 17, 2012

Farah Lee- Bakal Suami


Entri from Farah Lee
Sweet je =)

Bila bercakap tentang cinta, saya selalu berundur satu langkah ke belakang. farah yang 'up to date' (lebih extreme suatu ketika dahulu) sangat kolot bila berbicara tentang CINTA.

saya akui, pandangan saya sebagai seorang remaja yang hidup di era ini tentang cinta memang jauh ketinggalan. saya masih kukuh dan kuat memegang prinsip 'bercinta selepas kahwin'.

saya sangat gemar bersosial. dari dahulu sehingga sekarang cuma mungkin sekarang saya lebih berjaga-jaga dalam batas pergaulan. tetapi soal hati, saya asingkan.

tidak pantas untuk saya katakan saya tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai. saya juga berani jamin, tiada orang yang tiada perasaan 'ingin bercinta' begitu kerana lumrah kita manusia, dicipta bernafsu dan berperasaan. kita bukan malaikat. tetapi biarlah perasaan itu disalurkan dengan betul dan halal.

saya petik kata-kata ini, 
"While chemistry and attraction are no doubt important, character precedes them both. A famous quote follows, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” The idea of falling “in love” should never be the sole reason for marrying someone; it is very easy to confuse infatuation and lust for love."

apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu tentang sikap atau karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf. sebelum itu, kita juga perlu buat check-list tentang karakter yang bagaimana kita mahukan (ingat, kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat). jika ciri-ciri itu ada pada dirinya, zasss.. "yes i do" jelah.

tetapi awas, sebelum membuat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. inshaAllah, dia maha Mendengar.

saya juga sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah redha  Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul. proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian') sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.

jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew. jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.

timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.

bagi saya suami adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. tidak utuh saya bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal sehidup semati, bersusah bersenang dengan saya adalah suami saya? yang lebih berat, wajarkah saya memberi sedikit cinta saya kepada lelaki lain sedangkan yang akan menanggung dosa saya nanti adalah suami saya?

jadi slogan untuk hari ini,

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."




commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons