Wednesday, June 20, 2012

Sebaik-baik teman bersembang ialah buku





Jika dunia akan riang membawa kebaikan untukmu
Kalau engkau tidak rela dengan pergaulan
Tidakkah engkau lihat batu mutiara mahal
Bukankah mutiara itu dikeluarkan dari lautan yang masin
Mungkin sahaja sesuatu yang menakutkan membawa kengerian
Juga kegembiraan dan kesenangan
Mungkin juga keselamatan itu berlaku selepas adanya larangan
Mungkin kelurusan selepas kebengkokan

Sesetengah daripada sebab-sebab kebahagian itu ialah meluangkan waktu untuk mengkaji, menyempatkan diri untuk membaca dan mengembangkan kekuatan fikiran dengan hikmah-hikmah.

Al-Jahiz menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji supaya menghilangkan kesedihan dalam diri. Katanya:

“Buku adalah kawan duduk yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan kawan yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah kawan yang sangat bertolak ansur yang tidak akan menghalaumu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu dan dia adalah kawan yang tidak memaksamu mengeluarkan apa yang ada. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat pembohongan.”

Buku adalah sesuatu yang jika dipandang akan memberi nikmat yang panjang, ia akan menajamkan kemampuan intelektual, membuat lidah tidak kelu dan membuat hujung jemari semakin cantik.  Ia akan memperkaya ungkapan-ungkapan, akan menenangkan jiwa dan akan mengisi kekosongan jiwa.

Buku akan memberi penghormatan orang-orang awam dan persahabatan dengan raja-raja. Dengannya akan mendapat pengetahuan dalam sebulan, dan satu hal yang tidak boleh dapat daripada mulut orang lain dalam satu masa. Dengannya akan dapat dihindari hutang dan kesusahan mencari rezeki. Dengan buku juga tidak akan bersusah payah menghadap pengajar yang mencari makan dari upah mengajar, tidak perlu belajar dari orang yang secara akhlak nya lebih rendah dengan diri dan tidak perlu juga bersama-sama dengan seseorang yang mempunyai perasaan dengki serta bersama orang kaya.

Buku adalah sesuatu yang sentiasa taat tidak kira masa sama ada malam atau siang. Ia akan ikut bersama sama ada dalam perjalanan atau dirumah. Ia tidak sama sesekali mengamuk dan berasa letih. Dia adalah guru yang yang diperlukan dan tidak akan berasa malu, tidak meninggalkan disebabkan kebendaan dan tidak akan memutuskan faedah walaupun ditinggalkan dan tidak akan menyerang serta berpaling.

Kesunyian anda tidak akan membahayakan jika buku sentiasa bersama dan tidak akan memaksa bersama dengan orang yang berperangai buruk. Sekiranya tidak ada keutamaan yang bileh diambil, buku akan menghalang niat anda untuk duduk di depan pintu rumah dan melihat orang-orang yang lalu lalang di depan rumah sebab hal itu melanggat hak-hak orang lain, menzalimi diri kita dengan cara melihat orang lain secara berlebihan, ada pembabitan diri dalam sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat, ada peluang untuk mendengar ucapan-ucapan yang kotor yang tidak bernilai yang rendah budinya dan tidak cerdik.
Semua itu akan menghindarkan diri dari segala kemungkinan buruk dan menghadapkan pada manfaat yang besar. 

Anda berjaya mendapat pokok sekaligus cabangnya. Sekirannya yang didapati tidak lebih dari kegiatan menghalang niat untuk keinginan yang murahan, dari keinginan untuk bersenang-lenang sahaja dan dari main-main yang tidak membawa apa-apa makna maka itu merupakan nikmat yang besar dan satu anugerah yang mulia.

Kita sedar bahawa buku merupakan pilihan yang terbaik bagi orang-orang yang menganggur bagi menghabiskan waktu siangnya dan bagi orang-orang yang suka bersenang-lenang bagi menghabiskan waktu malam mereka.

Buku adalah sesuatu yang memberi dorongan bagi mencuba, menggunakan akal, membentuk peribadian, menjaga kehormatan, meluruskan agama dan mengembangkan harta mereka.

“(Al-Quran ini) satu kitab yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad dari tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman”

(Surah Al-A’araf ayat 1)

"Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya;Petunjuk bagi mereka yang bertakwa. Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan salat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka dan mereka yang beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan (kitab-kitab) yang lalu telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya akhirat. Mereka yang mendapat petunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang beruntung."

(Surah Al-Baqarah ayat 2- 5)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons