Monday, April 15, 2013

Kerana terlalu taksub kita lupa





Mungkin kita lupa pesanan terakhir Rasulullah SAW…


KHUTBAH TERAKHIR RASULLULLAH S.A.WKHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAHDI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!!
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. 

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. 

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. 

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. 

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. 


Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.



Petikan daripada seorang blogger


Kerana terlalu taksub kita lupa pegangan kita
Kerna terlalu taksub kita terlalu mengagung-agung
Kerana terlalu taksub kita lupa apa itu rasional?
Kerana terlalu taksub iman tergadai
Kerana terlalu taksub putus silaturahim sesama saudara
Kerana terlalu taksub semua benda dipermain-mainkan



“kita jangan tunjuk diri kita terlalu sempurna kerana takut perspektif masyarakat kelak. Hidup biarlah sederhana. Setiap manusia mesti ada buat kesalahan baik manusia mahupun artis.”

           Ally Iskandar


Wednesday, January 23, 2013

Tekan butang astro, Macam-macam ada!



Kita sering menonton televisyen dan melihat pelbagai jenis rancangan yang dipaparkan. Ada rancangan berkaitan masakan, travelling, movies, drama, sitcom dan banyak lagi. Macam trademark astro macam-macam ada. Namun, apa kaitan semua ini dengan diri dan kehidupan kita?

Pernah tak kita lihat mengapa kita berbeza dengan orang lain. Kenapa mesti ada yang berkulit cerah dan berkulit gelap. Kalau orang melayu ni ramai yang berkulit sawo matang. Lepas tu ada yang gemuk dan kurus. Ada yang rambut kerinting, lurus dan sebagainya. Bukan itu sahaja di dunia ini kita mempunyai pelbagai bangsa. Ada bangsa negro,  eropah, asia dan banyak lagi perbezaan diantara kita. Bukan itu sahaja. Kalau cakap pasal makanan. Terdapat pelbagai jenis makanan yang bukan sahaja di Malaysia malahan di dunia ni banyak jenis makanan.Rasanya kalau hendak mencuba semua sekali alamat sampai ke tua pun belum tentu habis. Itu belum kira costnya lagi. Walaubagaimanapun, pernah tak kita terfikir kenapa kita berbeza dengan orang lain? Untuk apa kita diciptakan berbeza? Tanpa kita sedari semua ini sudah terjawab dalam kitab Al-Quran.

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.

Surah Al-Hujurat ayat 13

Namun,  masih ramai lagi diantara kita suka memperlekeh-lekehkan orang lain. Apa yang dia kata betul sahaja dan pendapat orang lain semuanya salah. Semua yang berkaitan dirinya hebat-hebat belaka. Macam dia big boss dalam big company. Bak kata orang teraniaya yang berkata-kata dalam hati.

“Hello, manusia itu tidak sempurna ye. Jangan berkata-kata  ibarat dia itu dilahirkan dengan sifat yang sudah cukup sempurna.”

Itu kata orang teraniaya tapi bagaimana pula andaikata kita berada dalam situasi yang mana kita melihat saudara atau rakan kita sedang bergaduh antara satu sama lain. Adakah kita just wait and see atau join diaorang sekali. So, what should we do to handle this situation? Adakah kita perlu berpihak kepada A atau kepada B ataupun duduk kat atas pagar. Jadi orang memerhati sambil memegang binokular. Namun, kita sering alpa bahawa Allah sudah pun berfirman:

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,karena itu damailah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat

Surah Al-Hujurat ayat 10

Jadi,  melalui setiap apa yang diperkatakan ini, akhirnya kita akan mengatakan terdapat tiga perkara yang perlu kita ketahui. Pertama,kita dilahirkan berbeza kerana untuk mempelajari dan mengenali antara satu sama lain. Bak kata pengembara:

Semakin jauh perjalanan semakin luas pemandangan semakin bertambah pengalaman semakin meningkat keimanan.

Kedua, jangan jadikan diri ini sebagai golongan elit yang berbeza taraf dengan orang lain. Tiada satu pun yang dilahirkan special di mata Allah SWT selain daripada iman dan takwa. Jangan pula menilai seseorang itu berdasarkan paras rupanya. Bak kata pepatah Inggeris yang popular:

Don’t judge book by its cover

Adakah kita mengetahui kisah si pelacur dengan seekor anjing yang kelaparan. Hanya kerana perasaan kesian si pelacur itu telah menyebabkan Allah menghapuskan dosa-dosanya yang lalu. So, sama-samalah kita berdoa semoga pengakhiran kita dalam Husnul Khotimah. Mudah-mudahan.

Ketiga, manusia mempunyai pandangan dan cara yang berbeza. Kadang-kala boleh menyebabkan pergaduhan. Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, umat islam itu bersaudara dan damailah jika terdapat persengketaan antara kedua-duanya. Siapa lagi yang hendak mendamaikan mereka kalau bukan kita.

Kesimpulannya, melalui perkara-perkara yang diperkatakan, kita dapat melihat keunikkan ciptaan tuhan. Setiap yang dicipta adalah bagi membuktikan kekuasaan Allah SWT. Adakah kita menyedari atau tidak? Tepuk dada Tanya iman.

Pssst….. Sebagai manusia memang kita pelupa orangnya. Allah SWT telah pun berfirman:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku hendak menjadikan khalifah di bumi…”

Surah Al- Baqarah ayat 30

Itulah matlamat dan tujuan kita sebenarnya


Sumber: MajalahJom & Solusi

                              



commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons