Tuesday, January 31, 2012

Amanat Syeikh Ahmad Yasin

 
           Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Sabda Rasulullah SAW
“Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka ini menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin.”




Syeikh Ahmad Yasin (klik disini) yang begitu kecewa dan sedih dengan bangsa Arab telah berkata:

“Tidakkah kamu semua lihat, wahai bangsa Arab sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?
Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.
Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah.

Tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh, penjenayah serta pengganas.
Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu  marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:

“Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!”

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian(menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambahkan penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, Wahai bangsat umat ini.

“Ya Allah, kami mengadu kepada-Mu…
Kami mengadu kepada-Mu…
Kami mengadu kepada-Mu…
 Kami mengadu kepada-Mu…

Lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhan kami. Kepada sesiapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepada-Mu, darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepada –Mu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.

Kami mengadu kepada –Mu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami…”




Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”


“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah Al-Baqarah: 120)



Sumber: Buku Gerakan Orientalisme & Kristianisasi ( Buku yang best & banyak memberi pengajaran terutamanya pengakuan  daripada seorang bekas ketua paderi kristian mengenai orang Islam. InsyaAllah saya share nati =)~) 

Sunday, January 15, 2012

Buatmu yang teristimewa


Gambar ini hanya sekadar hiasan sahaja =)



Entri dibawah ini begitu sweet je bile baca. Surat ini dituju buat bakal suaminya nanti.
Yang tak best ye kena salin balik tapi sebab surat ni best and sweet je.. Tak salah kalo kongsi dengan orang yang sudi membacakan =)



Bismilahirohmanirohim….


Suasana pagi yang mendamaikan membuatkan diri ingin mencoret nukilan hati berkaitan cinta. Cinta itu fitrah. Semua orang pernah merasai cinta. Tetapi warkahku ini kutulis hanya buat bakal suamiku sahaja. Aku tidak tahu siapa suamiku nanti. Tetapi aku tahu dia sedang mencari tulang rusuknya yang hilang.
 Walaupun belum diketemuinya lagi. Tetapi aku harap akulah tulang rusuknya yang hilang itu. Bak kata pujangga..

 ‘Jika hendak mencari jodoh carilah yang menenangkan diri kita. Bila dilihat sejuk hati bila memandang. Bila berkata membuatkan diri ini bersemangat dan membuatkan diri ini bertambah rasa cinta terutamanya rasa cinta pada ilahi. Bila ditinggal dia tahu menjaga kehormatan diri dan suaminya. Wanita itu yang perlu dimiliki oleh sang lelaki’

Kata-kata ini membuatkan diriku terkedu. Adakah aku sudah lengkap ciri-cirinya seperti yang dikatakan itu. Aku tahu wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Tetapi sudah cukup baikkah aku?
Adakah aku layak dikatakan wanita idaman lelaki

Lalu aku terbaca kata-kata Saiditina Aisyah
‘Sebaik-baik wanita adalah tidak memandang dan dipandang’

'Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah'

Oleh itu, aku berusaha menjadi wanita yang solehah dan cuba untuk tidak memandang dan dipandang oleh orang lelaki. Aku cuba menjaga hubungan aku dengan ajnabi kerana aku tidak mahu menjadi wanita pujaan dan dambaan lelaki. Buat apa aku berkasih sayang dengan lelaki lain tetapi aku hanya milikmu seorang.
Aku tidak mahu engkau terasa tertipu nanti. Aku mahu mencintaimu seorang kerana aku mahukan engkau begitu juga. Hanya mencintai aku sebagai isterimu seorang. Bersama-sama membina bahtera dibawah payung rahmat ilahi. Bersama-sama membentuk keluarga yang sakinah dan mawaddah. Membentuk generasi bercorakkan islam. Melahirkan dan membentuk anak sehingga sehebat pemuda islam dahulu.


Cinta itu tak perlu dizahirkan tetapi di simpan dalam hati
Kerana takut cinta yang kita beri itu akan mengurangkan rasa cinta dia kepada ilahi
Kadangkala cinta itu boleh dilihat pada isyarat tubuh badan
Kerana seseorang itu sukar menyembunyikan rasa cintanya
Tetapi lebih baik simpan rasa cinta itu kerana
Bila masa yang sesuai barulah ungkap kata cinta
Apabila ianya sudah menjadi halal bagi kita
Kerana cinta itu kurniaan Allah yang terindah buat sang manusia
Seperti rasa cinta adam kepada hawanya
Begitu juga rasa cinta Ali kepada Fatimah az Zahra



Aku tidak mahu hanyut kerana cinta yang sia-sia. Jika cinta menguasai diri megadulah pada ilahi. Kerana Dia perancang terbaik buat diri kita.
Jangan lalai kerana cinta manusia. Kita perlu cinta sang pencipta dahulu.
Kerana Dia akan memberi pasangan terbaik buat kita.


Everyone want love
But we never know what means the true love
We can be crazy with love
But we don’t know how to control our love
We happy if someone make us falling in love
But we don’t know who can give us the true love
If you want someone give you a true love
You must be a good person
Because Allah always give us someone a best person to us falling in love with her
Like Rasulullah and Khadijah
Becoz  they are good couple  4  us follow




I want to be reborn as tree becoz a tree can put its roots down next to their one true love,
So that I never have to be separated from anyone again.



Firstly, I want love with my god (Allah)   before I falling in love with human
                                                                                                      Imtisal Mawaddah



Mihrab cinta 
bunga-bunga cinta



Tuesday, January 10, 2012

Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang



Entri ini diberikan oleh kawan saya Hirosue Hana aka cik ain anak pak cik Ramli..Hehehe
Thanks U my best frenz
May Allah bless U




Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, ”Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah.”
Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata.
Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.
Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya.
Sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa.
Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya.
Kerana itulah sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah.
Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.
Sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat ke-24 yang bermaksud, ”Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun.”
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud,
“Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu.” - Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.
Wajahnya bukan aurat tetapi ada kalanya ia menjadi aurat
Dalam mazhab syafie ada khilafnya berdasarkan ayat ke-30 dalam surah an-Nur.
Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya, kecuali apa yang telah zahir daripadanya.
Ulama Syafie berpendapat makna ”apa yang zahir daripadanya” adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat.
Wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya.
Mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain.
Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat.
Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi kerana memahami perintah Allah SWT.
“Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya.” (Surah Al-Ahzab, 33)
Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi.
Pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib AS.
Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian.
Nabi Musa AS telah mengambil alih tugas mereka.
Apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa AS dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa AS ke rumahnya.
Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya kepada pandangan umum.
Apabila ia berurusan dengan lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu.
Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat (berdua-duaan).
Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga zina.
Berbual-bual di telefon atau SMS di antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang sehingga menyebabkan nafsu syahwat bergelora juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua-duaan.
Saidina Umar r.a berkata, ”Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita.”
Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya kerana dia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut.
Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu.
Ketahuilah bahawa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah SAW,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab. Kemudian seseorang telah menegurnya, “Mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?”
Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, lalu beliau berkata, “Aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah SWT.”
Malangnya hari ini apa yang terjadi kepada wanita Islam; bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya.
Saudariku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang dan tidak berkesudahan.
Sekali kamu terjatuh, jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya.
Kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan.
Yakinlah kasih sayang dan keampunan Allah terlalu luas.
Saudariku,
Hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa.
Seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yang dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja.
Matanglah dalam urusan akhiratmu. Jangan kerana kesenangan dunia yang sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya.
Janganlah kerana kasih makhluk yang sementara, kau hilang kasih Allah SWT di akhirat sana. Jika kau hilang kasih Allah SWT, nescaya kau akan hilang segalanya.
Saudariku,
Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
“Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang”
Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki. Itu bukan kemuliaan bagimu.
Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja.
Muliakanlah dirimu dengan taqwa, setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.

Semoga kita bersama-sama menjadi seperti bidadari itu.. InsyaAllah =)



Saturday, January 7, 2012

Solomon's Temple






Daripada Wake Up Project..Bushwack Production mempersembahkan Solomon's Temple (Haikal Sulaiman)..Sebuah siri yang akan membincangkan dengan lebih teliti mengenai asal usul & gerakan Fremason, Kabbalah, sihir @ ilmu hitam, Zionist & kaitannya dengan konflik diantara Israel & penduduk Palestin.







Selebihnya tengok youtube k..... =)


Renung2kan & selamat beramal

Tuesday, January 3, 2012

Mason di Malaysia




Dokumentari ini sepertimana phase 3 dengan The Arrival..... 
Jom tengok intro ye =)


Selebihnya tengok kat youtube k...


commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons