Gambar ini hanya sekadar hiasan sahaja =)
Entri dibawah ini begitu sweet je bile baca. Surat ini dituju
buat bakal suaminya nanti.
Yang tak best ye kena salin balik tapi sebab surat ni best
and sweet je.. Tak salah kalo kongsi dengan orang yang sudi membacakan =)
Bismilahirohmanirohim….
Suasana pagi yang mendamaikan membuatkan diri ingin mencoret
nukilan hati berkaitan cinta. Cinta itu fitrah. Semua orang pernah merasai
cinta. Tetapi warkahku ini kutulis hanya buat bakal suamiku sahaja. Aku tidak
tahu siapa suamiku nanti. Tetapi aku tahu dia sedang mencari tulang rusuknya
yang hilang.
Walaupun belum
diketemuinya lagi. Tetapi aku harap akulah tulang rusuknya yang hilang itu. Bak
kata pujangga..
‘Jika hendak
mencari jodoh carilah yang menenangkan diri kita. Bila dilihat sejuk hati bila
memandang. Bila berkata membuatkan diri ini bersemangat dan membuatkan diri ini
bertambah rasa cinta terutamanya rasa cinta pada ilahi. Bila ditinggal dia tahu
menjaga kehormatan diri dan suaminya. Wanita itu yang perlu dimiliki oleh sang
lelaki’
Kata-kata ini membuatkan diriku terkedu. Adakah aku sudah
lengkap ciri-cirinya seperti yang dikatakan itu. Aku tahu wanita yang baik
untuk lelaki yang baik. Tetapi sudah cukup baikkah aku?
Adakah aku layak dikatakan wanita idaman lelaki
Lalu aku terbaca kata-kata Saiditina Aisyah
‘Sebaik-baik wanita adalah tidak memandang dan dipandang’
'Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah'
Oleh itu, aku berusaha menjadi wanita yang solehah dan cuba
untuk tidak memandang dan dipandang oleh orang lelaki. Aku cuba menjaga
hubungan aku dengan ajnabi kerana aku tidak mahu menjadi wanita pujaan dan
dambaan lelaki. Buat apa aku berkasih sayang dengan lelaki lain tetapi aku
hanya milikmu seorang.
Aku tidak mahu engkau terasa tertipu nanti. Aku mahu
mencintaimu seorang kerana aku mahukan engkau begitu juga. Hanya mencintai aku
sebagai isterimu seorang. Bersama-sama membina bahtera dibawah payung rahmat
ilahi. Bersama-sama membentuk keluarga yang sakinah dan mawaddah. Membentuk
generasi bercorakkan islam. Melahirkan dan membentuk anak sehingga sehebat
pemuda islam dahulu.
Cinta itu tak perlu dizahirkan tetapi di simpan dalam
hati
Kerana takut cinta yang kita beri itu akan mengurangkan
rasa cinta dia kepada ilahi
Kadangkala cinta itu boleh dilihat pada isyarat tubuh
badan
Kerana seseorang itu sukar menyembunyikan rasa cintanya
Tetapi lebih baik simpan rasa cinta itu kerana
Bila masa yang sesuai barulah ungkap kata cinta
Apabila ianya sudah menjadi halal bagi kita
Kerana cinta itu kurniaan Allah yang terindah buat sang
manusia
Seperti rasa cinta adam kepada hawanya
Begitu juga rasa cinta Ali kepada Fatimah az Zahra
Aku tidak mahu hanyut kerana cinta yang sia-sia. Jika cinta
menguasai diri megadulah pada ilahi. Kerana Dia perancang terbaik buat diri
kita.
Jangan lalai kerana cinta manusia. Kita perlu cinta sang
pencipta dahulu.
Kerana Dia akan memberi pasangan terbaik buat kita.
Everyone want love
But we never know what means the true love
We can be crazy with love
But we don’t know how to control our love
We happy if someone make us falling in love
But we don’t know who can give us the true love
If you want someone give you a true love
You must be a good person
Because Allah always give us someone a best person to us
falling in love with her
Like Rasulullah and Khadijah
Becoz they are
good couple 4 us follow
I want to be reborn as tree becoz a tree can put its
roots down next to their one true love,
So that I never have to be separated from anyone again.
Firstly, I want love with my god (Allah) before I falling in love with human
Imtisal Mawaddah
Mihrab cinta
bunga-bunga cinta
Warkah ini pun sweet jugak... klik disini~ daripada seorang blogger tak ingat ape blog dia =)