Wednesday, November 7, 2012

Anda, Special Edition!





Special Edition!

Melambangkan sesuatu yang hebat dan banyak keistimewaannya berbanding benda atau gajets atau kereta yang lain. Kalau hendak membeli kereta seringkali kita akan terlihat kereta yang tertera perkataan Special Edition atau singkatannya  S.E. di kedai-kedai menjual kereta. So, apa kelebihan benda yang Special Edition ini berbanding dengan benda-benda yang lain? Dengan tertera perkataan ini jugalah yang membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk memilikinya. Walaupun hakikatnya tiada perbezaan ketara pun antara benda yang  Special Edition dengan benda edisi biasa.

Wah hebatnya kalau dapat jadi seperti dia. Dah la pergi London free, boleh masuk TV pula tu.Tak payah susah-susah cari duit”

Sebagai manusia, kita seringkali ingin menjadi seseorang yang sempurna dan terkenal sepertimana seorang artis. Bagi kita kehidupan artis itu sudah cukup sempurna kerana memiliki rupa paras yang menarik, terkenal dan kaya sehingga boleh memiliki apa sahaja yang diimpikan. Keadaan ini membuatkan kita kadang-kala bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti mereka.

“ “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad kamu, Tetapi Dia melihat kepada hati kamu dan amalan kamu”(HR Muslim)

Anda tidak perlu menjadi sesiapa. You must be yourself! Sebab apa? Sebab setiap manusia itu dicipta mempunyai keistimewaan tersendiri. So, mengapa perlu menjadi seperti orang lain?

“Kalau kena jadi diri sendiri susahlah. Saya bukan ada kelebihan pun.”

Ya, kita seringkali merendah-rendahkan diri kita dan memuji kelebihan orang lain tanpa kita sedari yang setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri. Mengapa perlu merungut? Sedangkan Allah sudah berfirman:

“Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan dilaut, dan Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”

(Surah al-Isra ayat 70)

So, kenali potensi anda terlebih dahulu, Jika anda petah berkata-kata. Gunakan kelebihan tersebut. Anda tidak perlu menjadi seperti orang lain. Mungkin anda lupa dengan tokoh-tokoh seperti Bill Gates, Steve Jobs, Abraham Lincoln dan Sir Thomas Alva Edison. Mereka ini bukan terus menjadi kaya-raya. Tapi dengan berkat kesabaran dan usaha serta kelebihan yang mereka ada telah menyebabkan mereka telah menjadi insan yang berjaya. Jika anda hendak tahu Sir Thomas pernah dikatakan budak bodoh dan diberhentikan dari sekolah oleh gurunya. Beliau juga pernah gagal sebanyak 999 kali sebelum berjaya kali ke- 1000 bagi memancarkan cahaya dan mencipta lampu elektrik yang digunakan oleh kita sekarang ini. Begitu juga dengan Bill Gates. Dia bukanlah seorang pelajar yang pintar kerana dia pernah gagal dan tidak meneruskan pembelajarannya di Universiti. Namun, siapa sangka sekarang ini beliau merupakan ketua kepada rakan-rakannya yang telah berjaya dalam pembelajaran di Universiti.

“Orang yang gagal berkali-kali dan bangkit dari kegagalannya merupakan orang yang berjaya”

Mungkin sekarang anda hanya insan biasa yang tiada kelebihan diri. Namun tidak mustahil pada hari yang akan datang anda menjadi seorang yang hebat jika anda mengenali potensi diri.  Apa tunggu lagi. Jangan merendah-rendahkan diri anda. Anda BOLEH lakukannya ;)

Kenali potensi, tingkatkan prestasi, sayangi diri kerna anda begitu berharga


Sumber: MajalahJom

Katakan tidak pada PAU ( Persatuan Anti Usrah)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons