Friday, December 31, 2010

~Hai hai bye bye~::::::::::::::::

Tahun 2011 sudah tiba dan meninggalkan tahun 2010 dalam kenangan.. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2010.. Ada suka dan ada yang duka.. S0, jadikan pengajaran dan iktibar setiap yang berlaku dalam hidup kita.. Yelah, bukan semua perkara itu akan sentiasa gembira.. Kadang-kala kita perlu dugaan dan kegagalan supaya dapat mematangkan diri kita ini.. Sudah lumrah kehidupanlah katakan..........::: Setiap tahun mesti ada diantara kita yang sudah membuat list perkara hendak dibuat bagi tahun yang akan datang.. Kata mudahnya impian atau azam tahun barula.. Tapi yang pasti bukan semua azam atau impian kita itu dapat dilaksanakan.. Yelah, kalau impian itu terlalu tinggi sangat mesti tak tercapaikan.. Kenalah ukur badan sendiri...Hehehehe~ Kalau hendak membuat azam atau impian tidak salah.....

Monday, December 13, 2010

Ant0kah???

Sudah lamanya tak updates blog... Mesti ramai yang tertanya-tanya masih wujudkah tuan punya blog ni..huhuhu~Saya wujud lagi lah...Masih bernyawa di atas muka bumi ini..Heheheh~...........::::: mESTI korang tertanya-tanya... Kenapa Ant000???? Hahaha~Saya nak st0ry la ni~~~.....::: Alkisah bermula suatu kisah dimana ada dua orang sahabat baik hendak menunaikan solat terawih... Sorang ni ala-ala model.. Mana taknya g solat pun nak pakai kasut tinggi..Apa alasan dia kat member dia ni pun saya tak tau...Member dia ni jenis sempoi je la g solat terawih.. Siap bawak payung besar lagi.. Tapi bukanlah sebesar payung buat niaga tu...hehehe~ Biasalah sediakan payung sebelum hujanla katakan... Masa balik dari solat terawih, kawan dia ala-ala model pun cakap... "Ko nak lalu jalan terang tapi jauh ker?...

Thursday, December 2, 2010

Reality vs fantasi

Masa kecik-kecik dulu mesti korang teringin nak jadi s0meonekan.. Mesti ada yang ingin jadi seperti suparman,superman, batman, ultraman, p0wer ranger, x-men atau hulk..huhuhu~ Sebab korang ingin menyelamatkan dunia dari kerosakkan dan menghapuskan kuasa jahat.. Kalau yang perempuan pula mesti ada mahu menjadi sail0rmoon atau t0ttaly spies..Hehehehe~ Tapi kalau perempuan yang feminin tu mestila nak jadi princess.. Mudah-mudahan bertemu dengan prince charming… Hahahaha~ Hari-harilah bermain anak patung Barbie.. Siap buat baju dengan rumah sekali.. Lepas tu, siap tidur dengan anak patung lagi.. Tapi orang-orang tua bilang jangan selalu main gan dengan anak patung.. Nanti dia minta nyawa kita.. Takutla pulak..Moral value ye jangan kemaruk pulak...

Wednesday, December 1, 2010

JAdi bl0ggeR…AdakAh sekadaR sUka-sukA @ berminAt

Sekarang ini sudah ramai yang membina blog-blog mereka di alam maya. Ada yang membina bl0g bertujuan untuk menceritakan kisah pribadi dan pengalaman mereka kepada orang lain . Ada yang membina blog bertujuan berkongsi minat dengan orang lain. Sebagai contoh kisah-kisah artis sama ada tempatan atau antrabangsa dan ada juga yang membina blog untuk urusan bisness.. Tetapi adakah kita menyedari bagaimana menjadi seorang bl0gger yang baik?? Kadang-kala kita melihat sesuatu blog itu sangat menarik tetapi tidak sesiapa yang menyedari akan blog mereka termasuklah bl0g saya…hehehhe~ Ada juga yang blog yang kurang menarik tetapi menjadi tumpuan para pembaca untuk melayari blog mereka.. Oleh itu, saya hendak berkongsi sedikit tentang bagaimana hendak menjadi seorang blogger yang baik dan menjadi blognya...

Saturday, November 27, 2010

BagaiMana nak PupuK dIRi suKa MembaCa??? SenaNg aje.. M0h TeMan BagI tIPs MudAh.................::)

Jangan marah kalau saya katakan majoriti masyarakat di Malaysia tidak suka membaca buku. Especially buku-buku yang tebal-tebal.. Kebanyakkan diaorang akan cakap BUSYLAH,....BORING BACA BUKU TEBAL-TEBAL....SAYA MEMANG TIDAK SUKA MEMBACA DARI KECIL!!! Semua itu hanya alasan sahaja. Tahukah kita sesebuah negara yang maju disebabkan rakyatnya berilmu dan suka membaca.. Sebagai contoh masyarakat Eropah.. Masyarakat Eropah sangat suka membaca dan sentiasa membawa buku dimana-mana sahaja. Berbanding negara kita yang hanya berminat membaca surat khabar dan merasakan sudah cukup hanya membaca surat khabar...Argggggggg!!! Sikap sebegini kita harus buang dan mulalah pupuk minat membaca kerana amalan ini banyak faedah bagi kita dan kehidupan kita nanti...Ayuh...

Friday, November 26, 2010

FruSt BerciNta.. D0nT w0rry la.. Just f0lloW mY Tips

Bila cinta dikianati menyebabkan hidup ini tidak bermakna lagi.. Segala sumpah setia yang dijanjikan semasa bercinta dulu.. Punah dek kecurangan si dia.. Jangan bimbang. Kumbang bukan seekor.. Banyak lagi kumbang-kumbang menanti dan lebih bagus dari kumbang jahat tu.. Heheheh~ Bagaimana hendak lupakan si dia yang curang tu..?? Senang aje.. Just follow je tips yang saya bagi.. Cewah macam doktor cintalah pulak.. Anyway, jom baca tips di bawah ini...:::: tipsnya...................::: 1   banyak-banyaklah berdoa supaya korang dapat lupakan si dia.. Jangan lupa juga berdoa untuk mendapat jodoh yang lebih baik dari orang itu.. Mungkin perpisahan ini ada hikmahnya.. Si dia yang korang puji tidak sesuai dengan diri korang.. Selain itu, mungkin Allah hendak menegur korang yang selama ini sering...

::: Kisah benar-Pembunuhan beramai ramai di Sabra dan Shatila-1982~

Kisah ini hanya sebahagian daripada buku yg disunting oleh pejuang asasi-Alijah Gordon,tajuk-‘Rakyat Palestin Bersuara.’ Kisah Souad Srour Merii (29 tahun)-m.s:73 Saya dan lapan lagi adik beradik saya, 5 lelaki dan 3 perempuan,dilahirkan di Shatila.Saya anak sulung.Kisah yang akan saya paparkan adalah tentang apa yang berlaku ketasa diri saya dan keluarga dalam pembunuhan beramai ramai di Sabra-Shatila semasa serangan Israel ke atas Lubnan pada tahun 1982.Peristiwa itu berlaku pada petang 16 dan pagi 17 sept. Selepas pembunuhan bakal presiden,Bashir gemayel,pada 14hari bulan.Beliau merupakan ketua angkatan tentera Lubnan atau militia kristian fasis yang dipanggil kata’ib(phalange).Parti ini memang dikenali benar kerna kebencianya kpada...

Wednesday, November 24, 2010

jOM TEngok ceriTa SamBil TimbA ILmu

Back to the future memang suka tengok mase kecik-kecik dulu.. Walaupun kadang-kala cerita ni tak masuk akal. Mana ade manusia yang boleh kembali ke zaman dulu dan zaman hadapan tetapi cerita ini boleh membuka minda kita dan menjadi seorang yang kreatif.. Dengan cerita-cerita seperti back to the future, doraemon dan Honey I Shrunk The Kids membolehkan manusia mencipta sesuatu benda atau teknologi yang baru dan kadang-kala tidak masuk dek akal. Sebagai contoh robot ciptaan manusia, kereta yang menggunakan solar, mengembara ke bulan dan sebagainya.. Bila memperkatakan perkara ini membuat diri teringat dengan angan-angan Mat Jenin..Orang kata berangan itu tidak mengapa asalkan kita berusaha untuk merealisasikannya.. Betulkan~ Walaupun sekarang zaman sudah maju dan berteknologi, kita jangan...

Monday, November 22, 2010

Terkant0i sudah

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; ...

Sunday, November 21, 2010

L0ve iS ciNta

Mengapa kita masih membisu? Adakah kerana ego yang menguasai diri sehingga kita hanya diam membisu? Sudah lama rasanya.. Mengapa kita harus begini? Bolehkah kita bercinta? Seperti mana pasangan yang lain.. Ataupun kau sudah berpunya.. Argggggggg!!! Penat rasanya.. Menunggu jawapan yang bila akan diungkapkan.. Adakah aku yang harus mengalah..Tidak!!!! Aku berpegang dengan prinsip.. Maaf.. Mengapa ku biarkan diri hanya berdasarkan takdir… Arggg!! Aku memang begini.. Bila ego menguasai diri.. Betul aku seperti  novel Aa+Bb.. Lantaklah..Kalau jodoh aku dengan dia ada kahwinlah aku nanti.. Kalau tidak ada sejauh mana perhubungan itu tidak juga sampai ke alam perkahwinan.. Biarku tumpu dulu pengajianku… Itu...

Saturday, November 20, 2010

Jika Dia..

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; ...

Bagaimana Bidadarimu?

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali Wanita Ananah: Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit. Wanita Mananah: Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu" Wanita Hananah: Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Wanita Hadaqah: Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: 1) Wanita yang sepanjang...

Thursday, October 28, 2010

FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen. 2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. 3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp...

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH oleh Abu Zulfiqar Amsyari

PENGENALAN Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak...

Pages 231234 »

commentbox

Loading...
Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons