Kehidupan di sekolah jauh berbeza dengan kehidupan di kampus. Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus di tempuhi sepanjang bergelar mahasiswa/siswi di universiti. Tidak kiralah di IPTA atau di IPTS. Banyak tenaga, masa dan wang ringgit yang harus dikorban bagi menggeggam segulung ijazah dan memakai jubah di hari konvokesyen.. Apabila melihat kakak-kakak dan abang-abang senior mengambil jubah di bilik jubah kadang-kala membuatkan hati hendak lekas habis belajar.. Kalau ikutkan hati hendak sahaja turut serta dalam majlis konvokesyen itu..
Betul kata pensyarah.. Kadang-kala kesabaran itu menyakitkan..Kegigihan itu harus sentiasa ada dalam diri sebagai seorang penuntut di universiti.. Itulah kunci bagi kejayaan.. Pengalama pertama di universiti kadang-kala gembira dan kadang-kala menyakitkan.. Pelbagai pengalaman yang ditempuhi sepanjang berada disini.. Tidur dan waktu makan yang tidak teratur.. Sudah menjadi rutin harian..
Memikirkan wang yang sentiasa tidak mencukupi... Kadang-kala terbawa dalam tidur.. Berkongsi manggi..Sungguh lucu bila dikenang.. Tapi itulah hakikat apabila bergelar mahasiswa/siswi.. Bergaduh, ketawa, geram...semuanya ada bila jumpa satu roomate yang tiada keserasian..
Bila tiba masa buat assgment, ada sahaja perang berlaku.. Masing-masing hendak menang.. Kalau boleh idea dia sahaja yang mesti ada dalam assgment itu.. Kadang-kala juga berlaku salah faham.. Entah faktor komunikasi kot..Terutamanya bila berlainan negeri.. Hai jadi haru birulah assgment itu nanti..
Bila penat belajar mulalah memikirkan hendak kerja..Tetapi apabila kita sudah bekerja hendak pula kembali pada zaman belajar..emmm... Manusialah katakan.. Moral valuenya, hargailah masa kite sepanjang berada di universiti..:-)