Tuesday, July 5, 2011

Kebenaran



Adakah sekarang ini merupakan zaman kebenaran? Dimana semua sejarah yang sebelum ini kita mendengar atau pelajari adalah berlaku pada sebaliknya. Dalam buku teks yang kita pelajari semasa di sekolah itu amat berlainan~ Adakah ini semua rancangan Hidden Hand. Apa itu Hidden Hand? Semuanya menjadi persoalan bagi saya sebelum ini. Bila perkara ini timbul membuatkan diri saya hendak mencari dan membacanya lagi. Banyak blog/blogspot yang saya baca entri pasal perkara ini. Pada mulanya memang keliru, blur dan tidak faham apa yang hendak disampaikan oleh blogger tersebut. Tetapi lama-kelamaan apabila semakin banyak membaca membuatkan saya semakin faham dan terus membaca sehingga kadang-kala boleh membuat kesimpulan. (Mudah-mudahan dalam asgment nanti bolehlah tulis benda yang berilmiah dan buat lect kagum sedikit)Hehehe~

Mesti korang pelikkan apa yang saya mengarut ni? Hehehe~ Saya sebenarnya hendak memberitahu bahawa sejarah yang kita tahu selama ini bukanlah sejarah yang sebenarnya berlaku. Senang cerita kita ini telah dimanipulasikan dengan sejarah yang tidak benar. Kalau tidak percaya cuba korang taip pasal Adolf Hitler. Apa yang korang dapat dan nilailah sendiri. Selain itu, cuba korang taip tamadun Alantis. Apa yang korang dapat? Saya disini bukanlah hendak mengatakan perkara yang mengarut. Memang pada mulanya saya pun tidak percaya? Tapi lama-kelamaan bila semakin banyak membaca semakin banyak benda yang kita tak tahu akan perkara ini dan mula saya mempercayainya. Saya bukan berpandukan dengan membaca entri sahaja. Malahan saya cuba mencari sumber yang lain dengan membeli buku. Adakah perkara ini benar-benar wujud??

Memang betullah lect saya beritahu Orang yang tidak belajar dan tidak memahami sejarah akan mengulangi sejarah. Disini bukanlah saya hendak bias kepada sejarah tetapi bila difikir-fikirkan balik memang betul apa yang dikatakan oleh lect saya itu. Yelah bila kita kaji balik perangai manusia ini mereka akan melakukan sejarah yang sama seperti mana manusia pada zaman lampau. Kalau kita tengok dalam Al-Quran sendiri ada mengatakan benda yang sama. Oleh itu, orang yang bijak akan mengkaji sifat/perangai manusia supaya dia tidak akan mengulangi perkara yang sama.

Disini juga saya dapat satu perkara yang penting dimana amalan membaca boleh meningkat pemikiran kita supaya menjadi lebih kritis dalam membuat penilaian. Memang betul bak kata pepatah Membaca jambatan ilmu. Huhuhu~ Kalau korang nak tahu semakin banyak kita membaca semakin banyak kita berfikir. Bagi saya manusia yang bijak adalah manusia yang akan menggunakan akalnya....: Tak gitu =)

Kebenaran itu kadang-kala menyakitkan, menyedihkan, meningkatkan iman dan menyedarkan kita akan kehebatan Allah yang esa.. Ingat tak lagi peristiwa Israj dan Mikraj dimana Rasulullah SAW pergi menemui Allah SWT. Semenjak peristiwa itu Rasullullah selalu bersedih apabila mengetahui keadaan umatnya yang ramai diseksa. 
Begitulah keadaannya apabila kebenaran dipertontonkan................:: =)
Sedih je rasanya..::Huhuhu~





Hidup ini tidak seindah yang digambarkan 
Kadang-kala akan hujan ditengah hari
Hidup ini bukan seperti yang diimpikan
Kadang-kala akan adanya kekecewaan
Hidup ini hanyalah sementara
Yang akhirnya Kita pasti akan menemui
 sang pencipta

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons