Sunday, April 4, 2010

MISS 4 PROGRAM BELIA DI KEM TENTERA TAPAH….




  CHAPTER 1

Pertama kali menjejaki di sekolah baru memang mendebarkan.Suasana yang begitu asing bagi pelajar yang baru masuk.Bagaikan rusa masuk kampumg yang serba tidak tahu..Memang wajarlah pelajar-pelajar ini sering dibuli oleh pelajar yang lama yang diberi gelaran senior.Begitulah perasaan Delila mengenangkan pertama kali masuk ke sekolah  menengah Sri  Damai.

“Hoi,temenung jauh nampak.Dah sampai ke mana dah.New Zealand,New York…” Kata Sofia mematikan lamunan Delila.

“Sebok ar ko…Suka hati aku la….”Marah Delila.

“Korang jangan gaduh boleh tak,aku nak belajar ni,” Aini mengerutkan kening sambil kembali mendengar  percakapan cikgu di hadapan.


Keadaan kelas 6 seroja kembali bising selepas tamatnya pembelajaran cikgu Samsul.Masing-masing sibuk dengan hal sendiri yang hidup dalam individualistic.Tetapi ada jugak yang suka buka warung kopi dalam kelas untuk mendengar gossip-gosip panas yang tidak ada kene-mengene pun dengan diri mereka.Matahari cuba mencari port yang sesuai untuk mengorek rahsia bagi menulis dalam laporannya yang entah apa-apa dah..Memyampah aku nak tulis…Tapi memang sesuai pun  kalau orang gelarakan kepada dia wartawan yang tidak bertauliah.Tapikan kenapa dia  tak masuk je kelas penerbitan?Tak  pun jadi editor.Memang sesuai benar dengan attitude dia tu…Whatever lah..Ok,kita sambung balik story budak tiga orang yang tadi tu..

“Mat,ko jangan gada-gada.bagi balik buku kita,”Marah Delila..
“Ko ni kan Mat,bagi balik buku lela boleh tak..Ko nak kena penumbuk ke?”
“Alamak,bodyguard dia dah marah lah…Takutnya…”Peli Mat lalu ketawa macam monyet dapat pisang..
:Hiii!!!Ko ni kan..Nak kene belasah ke????
“Yang ko sibuk ape sal.Hal ni bukan kene mengene pun gan ko..Sibuk je”Cebik Mat.
“Bagus lah,yang sorang kasar nacam kayu yang sorang lagi lembut macam sotong,”Sampuk Johari
“Haaahaaaa…..Bagus J..Good job!!”Balas Mat gembira.
Aini hanya mendengar saja perbalahan antara kawan-kawannya dengan Mat yang kaki kelentong dan J yang ketua segala  playboy yang bolehlah dikategori hensem..Hensem ke?Lgi hensem Brad Pitt sama dengan Orlando bloom.Diaorang tu kaki celup je lebih.Orang Malaysia ni  mana pernah bersyukur..Kalau boleh semuanya nak jadi mat saleh..Mat saleh celuplah katakan…Sampai iklim kat Malaysia pun tak tahu tropika..Tak panas ke pakai baju lima,sepuluh lapis…

                              Kring………..!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bunyi loceng menandakan waktu persekolahan sudah tamat..Para  pelajar Sri Damai sibuk mengerjar pintu pagar sekolah untuk pulang ke rumah.Ada pelajar yang menaiki kenderaan,ada yang menaiki motorsikal dan ada juga yang menumpang orang…Biasa la..Hidup katakana…Kenalah sentiasa membodek.Matahari berlari-lari anak untuk sampai ke bilik guru..Apa lagi?mencari berita panas..Sepanas matahari..Memang sesuai sangat dengan namanya itu..Cikgu Norana sudah faham sangat dengan perangai si Matahari..Tapi nak buat macam mana.. Matahari sudah dianggap seperti anaknyanya sendiri..Seperti juga Aini, delilla dan Sofia..Mereka merupakan pelajar perempuan tingkatan 6 yang masih tinggal belajar di Sri Damai…Yang lain sudah ada yang pergi ke Matrikulasi dan juga ke Poli..
Aini mencebikkan muka seperti cuka.Perasaan ktidakpuashatinya terhadap Sofia dan Delila yang menyuruh dia tunggu dikelas sementara mereka pergi ke kantin semakin menjadi –jadi..

“Ni bukan  beli makanan ni..Ini pergi buat makanan ni..Dah lama sangat”monolog Aini dalam hati lalu meninggalkan kelas membawa hati yang luka..Huhu..poyor la pulak.
Delila masih ketawa lagi apabila teringatkan accident di kantin tadi..Sofia pula cuba menahan malu…Kalau ikutkan tadi mahu saja tutup muka dengan tudung..Tapi nak buat macam mana perkara dah berlaku..Takdir katakan..

“Sudah-sudahllah ketawanya…Itupun nak ketawa ke?”Marah Sofia..
“La,jangan lah marah,lain kali Tanya dulu jangan main redah je..Kan dah malu dengan makcik kantin tu,”
“Mana la aku tahu..Ko tu kenalah cover aku tadi..Ni tak!Pergi gelak pulak..Malu lah aku!!Perasaan marah Sofia masih ada lagi…Kalau ikutkan hati mahu saja tumbuk-tumbuk mulut Delila tu..Sabor jelah..Nasib baiklah kau kawan aku…Kalau tidak dah lama aku belasah.Biar sampai jadi belancan.Hiii!!!Geram betul!

“Relaks,jom balik kelas..Aini dah lama tunggu,”Pujuk Delila.
Sesampai sahaja ke kelas. Kelibat Aini sudah tiada..
“Mana Aini  ni…”Risau Delila.
“Baliklah kot,”
“Takkan lah dah balik.Kan tadi kita suruh dia tunggu kat kelas tadi..Dia ni biar betoi.”
“Merajuklah tu..”
“Takkan merajuk.Lagipun kita mana buat apa-apa pun”
“Takkan lah ko tak tau si perangai Aini tu..Jom lah balik..Buat apa duk sini”




                                                                                                  
    CHAPTER 2

“Aini!!!!!!!!”Jerit Delila dari arah belakang.
“Kenapa?????”Aini mengerutkan kening.
“Tunggu ar…Wei,kenapa semalam balik dulu?Merajuk yer,”Delila tersenyum.
“Mana  adalah.Korang tu yang lambat sangat..Aku baliklah,” Kata Aini  ber selindung lalu meletakkan beg di kerusi.
“Betul ke ni?”Tanya Delila hendakkan kepastian.
“Tak caya sudahlah,”Aini menahan marah dengan kata-kata Delila tu.
“Hoi,bising lah.Pagi-pagi lagi dah bising.Tak ada kerja ke?”Muncul Mat.
“Sibuk je..Ko datang pagi-pagi ni apa hal?”Marah Delila.
“Suka hati akulah..Bukan sekolah mak bapak ko,”Jawab Mat selamba.
“Malas gaduh dengan budak sewel,kan Aini,”Kata Delila
Aini hanyan mengagguk sahaja tanda setuju.
“Aku puntak nak gaduh pun dengan korang,”Mat letakkan kepala ke atas meja lalu memejamkan kepala.

Aini dan Delila sambung kembali perbualan mereka sementara menunggu Sofia sampai ke sekolah.Begitulah rutin mereka hari-hari menunggu Sofia yang sudah terkenal dengan kelewatan dia ke sekolah sehinggakan cikgu disiplin sudah scan muka dia dan dicop sebagai kakak senior form 6 paling lewat ke sekolah.Matahari  termegah-megah bawa beg yang entah berapa kilo agaknya.Mungkin banyak sangat kot bawa kertas laporan.Biasa lah reporterlah katakan..Banyak news.

“Wei,korang..Cuti ni free tak,”Matahari memandang Delila dan Aini.
“Kenapa?”Jawab Delila.
“Ada satu program ni..Korang nak join tak,” Matahari  membetulkan sarung lengannya.
“Yelah,tapi program ape??”
“Ha’ah,program ape?”Sampuk Aini pula.
“Belialah tapi ni ada kerjasama dengan askar tau,”Matahari cuba menarik minat Delila dan Aini.
“Askar!!!!!!”Jawab Delila dan Aini serentak.
“Yelah,nak join ke tak.Nanti aku boleh bubuh nama korang nanti…Sofia tu nak ikut ke?’
“Nantilah kitaorang Tanya Sofia tu”Jwab Delila sambil menyilangkan lengan tangannya.
“Hiiii,korang ni bisinglah”Marah Mat.
“Sibuk jelah ko ni”Balas Aini.
“Kalau nak tidur gilah rumah,”Sampuk Delila pula.

Waktu pembelajaran di sekolah berjalan seperti biasa.Aini dan Matahari menumpuukan perhatian dengan serius.Delila dan Sofia pula suka buat lowyer buruk  di kelas  sampai cikgu yang mengajar dan pelajar lain sudah lali dengan perangai mereka berdua.Selepas waktu kelas cikgu Jannati habis..Pelajar-pelajar kelas 6 seroja mulalah ada yang pergi mengembara ke tempat lain termasuklah si Matahari untuk mencari news yang terkini.Sofia membetulkan tudungnya sambil memandang cermin..Entah apa yang dibetulkannya pun tak tahu.Delila pula termenung jauh.Tak tahulah apa yang dikenangkannya.Pakwe kot!Ada ke dia tu pakwe..!!Tak pun berangan pergi melancong ke kutub utara di antartika..Terngin sangat nak jumpa beruang utara.Aini pula sibuk membaca buku sejarah..Tak tahulah sama ada masuk ke tak dalam otak?Jangan action je lebih..Huhu jangan marah…

“Ko nak gi tak program belia nanti,”Tanya Delila kepada Sofia.
“Bila?”Jwab Sofia ringkas.
“Cuti nilah..Ko nak gi ke?Macam seronok tau,”Delila cuba menarik minat Sofia.
“Buat apa?”
“Banyak soal pula ko ni..Tapikan ada askar tau,”
“Askar!!!!”
“Yelah,mana tau ada askar hensem,heeeehee,”Delila tersenyum.
“Boleh gak..Ko ni macam faham-faham je,”Sofia tersenyum pula.
“Kenapa Cik Lela tersenyum ni,”Muncul Hamzah.
“Yang ko menyibuk apa sal,”    Marah Sofia.
“Eh,aku tanya orang lain yang lain pula yang jawab,”
“Biar ar,kitaorangkan kembar,”Balas Delila.
“Yeke...Sejak bila kembar ni..Kembar tak seiras ke?Meh abang tengok betul-betul,”Sampuk Bob pula.
“Gatalnya,”Delila mengerutkan kening.
“Hiii,korang ni jangan menyibuk boleh tak…”Marah Aini lalu menutup buku.
“Alamak!Ingatkan tak sedar tadi kwan dia kena buli…”Bob ketawa.
“”Kawan dia marahlah,” Peli Hamzah pula.
“Dahlah tu..Jangan ganggu awek aku pula,”Sampuk Man pula..
“Sape awek ko?Cik Delila?”Tanya Bob.
“Tak!!!Yang sebelah aku ni,”Jawab Man lalu ketawa.
Delila dan Aini ketawa apabila mendengarnya.Sofia hanya mencebikkan muka tidak suka.Si Man tak habis-habis cakap Sofia tu makwe dia..Menyampah!Tapi apa salahnya..Gatal-gatal sikit..Teenager not forever.Betul ke?Apa-apa je lah…Begitulah rutin harian para pelajar Sekolah Menengah Sri Damai..Pergi sekolah balik sekolah..Macam-macam cerita dan pengalaman yang diperoleh…Ada suka dan duka..Macam itu jugaklah para pelajar kelas 6 seroja yang mempunyai pelbagai character yang berlainan..Tapi selalunya pelajar perempuan yang sering dibuli..Nak buat macam dah bilangan yang minority katakana..Terima jer lah..









CHAPTER 3

Delila memejamkan mata sambil mendengar  mp3..Lagu quit playing games nyanyian kumpulan backstreet boys cuba dihayatinya..Sungguh sedap macam makan maggi mee sedap goreng..Tiba-tiba lagu cupe cake song berbunyi….Satu mesej diterima…

Jom keluar..Teman aku…
Buat apa?malam ni…
Gi kedai jap…takutlah sorang-sorang..seram!
Adik ko…
Malas..Jomlah..Sekejap je..PLEASE!!!!
Bila???...
Sekaranglah..
Ok,kita pakai tudung jap…On the way….

Delila bergegas mengambil tudung di almari..Amira  mengambil kertas yang mengandungi list barang yang hendak di beli di kedai Acai..Perasaan marah masih bersisa lagi…Baru sekarang hendak beli barang makan malam…Pukul berapalah makan nanti..Supper jelah..Waktu dinner dah habis..Delila menuju ke rumah Amira..Jarak antara rumah mereka bukan jauh sangat..Selang tiga rumah jer..Amira mencari kasutnya di rak kasut..
“Amboi,tinggi ye kasut..Nak gi kedai ke pertunjukkan fesyen..”Peli Delila.
Amira hanya tersenyum sengih..


“Ikut jalan pintas nak tak?’Tanya Delila.
“Gelaplah jalan tu,”Jwab Mira.
“Dah lewat ni…Nanti pukul berapa ko makan malam..”
“Betul jugak,”Amira angguk tanda setuju.
“Ko kan diet.Mana boleh makan lewat-lewat,”Tambah Delila lagi.
Amira hanya tersenyum..
“Wei Lela,kenapa aku rasa seram jer ni?”
“Ko biar betul ni..Jangan takutkan kita,”Delila mula rasa takut.
“Wei,apa tu???”Amira menunjukkan jarinya kearah satu lembaga…
“Apa tu???
“Ko jangan takut..Kita ada payung besar ni..Ko duduk belakang kita..Hati-hati,”Delila memegang payungnya sebagai langkah waspada.
“Lela…Dia makin dekatlah…Perogol le..!!!”
“Lari!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”Delila mula langkah 2 ribu..
“Lela!!Tunggu!!!!!Kasut aku ni!!!!”Amira tercungap-cungap lari..
Delila tidak memperdulikan jeritan amira tu..Sekarang bagi dia hanya selamatkan diri dari lembaga hitam itu.Bahaya!Tak pasal-pasal nyawa melayang..
“Kenapa ko lari?’Marah Amira.
“Kokan cakap tadi perogol bersiri..So,kita larilah..Nanti tak pasal-pasal dia buat apa-apa kat kita..Danger,”Delila tercungap-cungap kepenatan berlari tadi.
“Hiiii,Aku belum habis cakap lagi..Ko dah lari,”Amira bercangkung.
“Habis tu..sape?”Tanya Delila.
“Hindu mabuklah!!Dahlah aku nak balik..Nak masak,”Amira beredar lalu mrnuju ke rumahnya.
“Yelah tu masak,”



CHAPTER 4






Johari tersenyum-senyum mendengar cerita Sofia dan Delila punya plan untuk mengikuti program belia waktu cuti nanti..Nak bergosip le nanti tu…Eleh,lelaki pun suka gossip cakap perempuan pulak..Sama je..Abdullah menjeling-jeling ke luar.Tak tahulah dia intai apa?Perempuan!Tak ada pun…Matanya juling kot..Huhu..Matahari awal-awal lagi dah tak ada..Pergi mana lagi..Mencari beritalah..Ada saja gossip-gosip yang hendak dikutipnya..Tapi tak nak share..Menyampah!Taulah cikgu dah tak masuk..waktu-waktu nak cuti  ni…
“Jom keluar nak?” Tanya Sofia.
“Buat apa?Tak naklah,”
“Tak nak beli barang ke?”Tanya Sofia lagi.
“Beli apa?”
“Hiii,banyak soal lah pulak…Beli seluar  pender..,” Jawab Sofia geram..
“Hiii eikk,”
“Wei,jom pekena ais krim balik nanti nak tak?”Sampuk Aini.
“Boleh-boleh,heeeeheee,”Delila tersenyum.
“Ok, ko belanja,” Jawab Sofia selamba.
“Apa pulak?duit masing-masinglah..Mana ada duit,”Aini memandang Sofia geram.
“Hiii,jangan le gaduh,”Marah Delila.
“Mana ada,”Jawab Aini.
“Korang nak gi mana yer?’Sampuk Bob.
“Sibuk jer,”Sofia mencebikkan mukanya kearah Bob.
“La,nak ikut jugak,”Bob buat suara mengada-gada.
“Gi mana wei?’Tanya Man tiba-tiba.
“Lagi sorang…”Balas Delila.
“Entah!Aku dengar sampai askar-askar hensem ni…Meluat aku dibuatnya,”Jawab Bob.
“Kenapa wei?”Sampuk Mat pula.
“Lagi sorang…Korang jangan menyibuk boleh tak,”Marah Sofia.
“Ha’ah,gi lah buat kerja korang..Menyibuk je tau ye,”Balas Delila pula.
“Eh,sape kata kitorang menyibuk?kitaorang busybody jer tau,”Mat tersenyum.
“Apa-apalah korang ni,”Aini mengerutkan kening menahan marah.
Delila,Aini dan Sofia meneruskan perbualan mereka tanpa menghiraukan kata-kata Mat,Bob dan Man..Diaorang kalau dilayan makin menjadi-jadi..So,baik jangan layan..Buang masa je..Orangputeh kata apa?Wasting my times..Huhu..Waktu balik seperti biasa.Delila,Aini dan Sofia pergi ke tempat biasa..Kedai di hadapan sekolah sudah menjadi tempat biasa bagi pelajar-pelajar Sri Damai melepak..Kalau bab dating..Kesitulah..Baik punya tempat..
“Korang nak apa?”Tanya Delila.
“Apa-apa jelah.Asalkan sedap mata memandang,”Sofia berseloroh.
Delila mengambil ais krim perisa chocolate..Her favourite..
“Bilalah nak gi ni?’Delila tersenyum.
“Gi mana?”Tanya Aini.
“Jumpa askar hensem le,”Jawab Delila tersenyum.
“Gatalnya!”Kata Sofia sambil menjilat ais krim.
“Eleh,cakap orang..Ko tu pun sama,”
“Ha,gaduh..Laga kepala tu baru tau..Tak pun buka gelanggang WWF..Sorang jadi The Rock..Sorang lagi jadi Undertackle..,”Marah Aini.
“Sofia ni!”
Sofia menjeling je Delila..Malas nak gaduh dah..Lagi sedap pekena ais krim sampai sampai menjilat jari..Huhu..
“Cantikkan rumah tu..Ada banyak bunga,”Delila mengubah topic.
“Cantik apa ke bendanya..Macam hutan je,”Jawab Sofia.
“Ada ke hutan..Orang tu penat-penat tanam bunga ko cakap hutan,”Balas Delila.
“Ye ar,baik tanam cactus ke?kan jimatkan masa..Tak pun rumput..Boleh baring-baring,kan Aini,”Sofia memandang Aini.
“Lantak koranglah..Rumah masing-masing..Lainlah bermadu..Duk serumah,”Aini malas melayan Delila dan Sofia.
“Eh,sape pulak nak bermadu..Suami masing-masinglah,”Delila mengerutkan kening tanda tidak puas hati.
“Betul tu..Lela suami lain..Aku suami lainlah,”Kata Sofia setuju dengan pendapat Delila.






CHAPTER 5






Sofia dan Aini kegelisahan..Mata mereka melelau-lelau mencari kelibat Delila..Tak muncul-muncul pulak budak ni…Bas nak bertolak dah.Aini melibas-libas tudungnya menahan panas..Cuaca di Malaysia ni panas sangat..Kenapalah tak winter ke? Summer ke?Hu,panas betul..Sofia mula mencekak pinggang..Jarinya penat menekan butang handset cuba mendail nombor Delila..Tak dapat-dapat jugak..Budak ni buat apa?Enjin bas mula dihidupkan oleh pemandunya.Seorang lelaki mrlayu yang agak selekah penampilannya..Bas sekolah yang disewa oleh pihak kerajaan mula dipenuhi oleh para pelajar yang mengikuti program belia..Tiba-tiba muncul kelibat orang yang dinanti-nantikan oleh Aini dan Sofia..
“Hiii,ko ni lambat betul,”Marah Sofia,,
“Sorry-sorry,traffic jam,”Jawab Delila tercungap-cungap.
“Yelah tu,”
Perjalanan menuju ke kem tentera di Tapah amat memenatkan..Delila yang mabuk darat cuba memejamkan mata menahan pening..Takut-takut termuntah di bas..Sofia memandang pemandangan di luar tingka bas..Malas dia bercakap dengan Delila..Nanti tak pasal-pasal muntah pula..Aini  pun menutup mata sama seperti Delila..Dua-duanya mabuk darat..Matahari disebelahnya mendengar MP3 sambil memandang ke luar tingkap..Sesampai sahaja  di kem.Matahari cuba memperkenalkan diri kepada orang lain..Biasalah..Peramah katakana..Sofia menjeling-jeling orang yang tidak dikenalinya..Biasalah tak kenal maka tak cinta..Kalau kenal maka tak ingat dunia..Lu pikirlah sendiri..Nabil yang kata..Keadaan di kem tentera begitu sesak sekali..Tak sangka begitu ramai yang mengikuti program belia ini..Bukan sahaja dari hilir perak..Hulu dan Tengah pun ada jugak..Ramai jugalah jejaka-jejaka yang boleh tahan..Heeheehe..nice face..Semua peserta program diarahkan ke khemah pendaftaran untuk melaporkan diri..Setiap peserta diagihkan kepada empat orang bagi penempatan..Nasib baiklah Delila,Aini,Matahari dan Sofia di satukan di sebuah bilik..Senang sikit sebab sudah masak dengan perangai masing-masing.Selepas mendaftar,para peserta diarahkan menuju ke bilik masing-masing kerana disebelah petangnya pula ada program memperkenalkan diri ataupun dikenali sebagai  program suaikenal.Aini,Delila dan Matahari tergesa-gesa mencari bilik mereka..Masing-masing hendak pilih katil yang sesuai..Sofia malas ikut kerenah mereka bertiga tu..Bagi dia katil tengah ke?Tepi ke?Sama je..Bukan lari pun katilnya..
“Wei,mana Sofia?ha,”Tanya Aini.
“Tadi bukan ke dia kat belakang ko ke?”Tanya Delila pula.
“Hilang le tu..Wei,jangan ambik katil nit au..Aku punya,”Kata Matahari lalu meletakkan begnya di atas katil.
“Jangan risaulah..Tak nak pun,”Jawab Delila.
“Aini,baik ko pergi cari  si Sofia tu..Sesat ke?”Kata Delila kerisauan.
“Yelah,Sofia ni..”Aini  memulas tombol pintu lalu keluar mencari Sofia.
Matahari mengeluarkan pakaiannya lalu meletakkannya ke almari pakaian.Delila pula baring di atas katil kepenatan..Perjalanan ke Kem Tapah memenatkan.Mungkin disebabkan mabuk darat semasa menaiki bas tadi.Diluar terdengar suara Aini ketawa..Suara Sofia yang marah membuatkan Delila dan Matahari kehairanan.
“Kenapa ni?”Tanya Delila kepada Aini.
“Sofia ni….”Aini tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“Aini ni..Dahlah..Bising pula dia.”Marah Sofia.
Matahari hanya melihat sahaja keletah mereka bertiga.Malas nak join sekali..
“Sofia sesat….Lepas tu gi ketuk pintu orang lain…Tak tahu malu masuk bilik orang,”Ejek Aini sambil ketawa menahan geli hatinya.
Delila ketawa apabila mendengar cerita Aini.Memang memalukan betul..Kesian Sofia.Tulah..Sombong sangat..Ingat taulah kat mana bilik tadi.Aleh-aleh pergi bilik orang lain..Aduhai Sofia..
“Sofia..Sofia..Macam mana boleh sesat ni,”Delila kembali tersenyum.
“Hiii,korang ni..Dahlah tu..”Sofia menahan geram.
“Yelah..Yelah..Aini dahlah tu,”Kata Delila.
“Korang cepatlah,nanti ada program lagi,’Marah Matahari.
“Yelah!!’Jawab Delila,Aini dan Sofia serentak.
Aini mengambil  tuala lalu menuju ke tandas..Delila mengeluarkan pakaiannya lalu meletakkannya di alamari sementara menunggu Aini selesai mandi..Sofia pula duduk diatas katil sambil melihat pemandangan luar.
“Mana ic ni?”Kata Delila sambil mencari-cari kad pengenalannya.
“Sofia ada nampak ic kita tak?”Tanya Delila.
“Tak adapun,Kenapa?Hilang pula..”Jawab Sofia.
“Tadi ada..Mana pula benda ni..Hiii,ni yang leceh ni,”
“Wei,aku mandi dulu ye,”Kata Matahari lalu menuju ke tandas.
“Kenapa?’Tanya Aini apabila melihat Delila mencari-cari sesuatu.
“Kawan ko ni hilang ic pula,”Sofia mengeluarkan tuala.
“Ko letak mana Lela?”Tanya Aini.
“Entahlah,kita nak turunlah nak gi cari..Sofia..Jom temankan kita jap,”
“Yelah!!!!”
Delila dan Sofia turun ke tingkat bawah dimana khemah pendaftaran tadi..
“Nisa, ada nampak ic kita tak kat sini,”Tanya Delila kerisauan.
“Tak ada..Ko letak mana?Cuba Tanya fasi tu?”Kata Nisa lalu menunjukkan jarinya kearah seorang fasilitator..
“Bang,saya hilang iclah..”Tanya Delila.
“Macam mana boleh hilang..Dah cari dah?”
Tanya Fasilitator tu.
“Dah!!”Jawab Delila.
“Pergi cari lagi,”Arah fasilitator tu.
“Lela,jomlah naik dulu..Nanti masa gi Auditorium cari lagi..”Sofia mengesat peluh di dahi.
“Yelah,macam mana boleh hilang ni..”Ngomel Delila.
Delila dan Sofia menuju ke tangga..Hati Delila tidak tenteram memikirkan kad pengenalan dia yang hilang..
“Kita masuk dulu tau,”Kata Delila lalu ke tandas..
“Dah jumpa dah ic Lela,”Tanya Ainikepada Sofia.
“Belum lagi..Entah!Mana dia letak,”Jawab Sofia.
“Lela..Lela...”
“Wei,korang aku turun tau dulu ye,”Kata Matahari.
“Cepatnya..Relakslah dulu..Tak mandi lagi ni..”Jawab Sofia.
“Dah lambat dah..Nnti tak ada tempat,”
“Suka hati kolah,”
Selepas Delila mandi dia pun mengeluarkan telekung dan sejadahnya.Tiba-tiba……
“Aini!!!!”Jerit Delila.
“Kenapa??”Aini kerisauan..
“Ic kita,” Delila mengambil kad pengenalannya di sejadah.
“Lo,macam mana boleh ada kat situ”Jawab Aini.
“Letak rata-rata le tu,”Kata Sofia tiba-tiba.
Delila hanya mencebikan muka sahaja..
“Nasib baik jumpa..Alhamdulilah..Alhamdulilah…” Delila berasa lega..Dia pun menyarung telekung untuk sembahyang..Aini menghadap cermin untuk memakai tudung lalu mengambil bedak muka..Sofia mengesat rambutnya dengan tuala bagi cepat kering..









CHAPTER 6


Semua peserta berpusu-pusu menuju ke Kafetaria kelaparan.Makan malam nasi berlaukkan ayam masak merah dari jauh lagi sudah membuatkan selera setiap peserta tertawan..Bagaikan pungguk rindukan bulan.Masing-masing chop tempat di kafetaria takut-takut tiada tempat kosong jika lambat nanti..Begitu juga Aini,Delila,Sofia dan Matahari..Tetapi kebiasaannya yang pakar bab ni Mataharilah..Nasib baiklah ada dia,kalau tidak duduklah di tepi-tepi longkang..Times macam ni juga masing-masing memainkan peranan..Delila dan Aini menunggu di barisan mengambil makanan,Matahari tunggu di meja makan dan Sofia tukang mengambil air..Ideal..Itu namanya kerjasama..
“Eik,kenyangnya,”Sofia menyandar ke kerusi.
“Hiii,tak senonohnya,”Delila mengerutkan keninig.
“Sape yang tidak sembahyang,”Tanya Matahari.
“Kitaorang semua boleh,ko tak leh ke?”Tanya Sofia pula.
“Tak”Jawab Matahari ringkas.
Selepas mandi,Delila,Aini dan Sofia bergegas ke surau yang berhadapan di Kafetaria.Takut-takut nanti tiada tempat di surau..
“Ingatkan ramai tadi,penat je gi awal,”Geram Sofia.
“Lagi bagus kita gi awal..Tak kelam-kabut,”Jawab Delila.
“Lepas ni ada apa ya,”Tanya Aini.
“Entah,”Sofia mencebikkan muka tanda tidak tahu.
“Tengok jelah nanti..Tak pun tanya reporter kita,”Delila tersenyum…
Sofia senyum memahami..Aini memandang pelik kerana kehairanan dengan perbuatan Sofia dan Delila.
Khusyuk Delila,Aini dan Sofia mendengar taklimat yang disampaikan oleh kem komander..Pelbagai peraturan yang diberitahu kepada para peserta supaya mereka akan mematuhi peraturan tersebut.Terdapat juga hukuman yang akan dikenakan kepada para peserta yang tidak mematuhi peraturan..Tindakan ini bertujuan supaya mengajar peserta menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan peka terhadap sesuatu tindakan yang dilakukan..Terdapat juga pelbagai program yang akan dilakukan oleh para pelajar di kem tentera seperti jungle-trekking,flying-fox,berkayak,burung hantu dan banyak lagi.Setiap peserta akan diagihkan menjadi beberapa kumpulan dan di Bantu oleh seorang fasilitator..Jika bernasib baik ada kumpulan akan mendapat abang askar hensem macam Orlando Bloom.Tak pun macam Brad pitt..Matang sikit..Heeheee..Selesai sahaja taklimat dan agihan peserta mengikut kumpulan..Semua peserta beredar dari Auditorium untuk waktu supper pula..Ada juga peserta yang terus ke bilik kerana keletihan..
“Aku nak guna toilet.Nak basuh baju,”Kata Matahari lalu mengambil pakaian kotor.
“Cepat sikit,kita pun nak basuh,”Balas Delila pula.
“Aku pun,”Sampuk Sofia.
“Penatnya,”Delila baring di atas katil lalu memeluk bantal.
Aini  sedang menaip butang handset sambil duduk diatas kati.
“Oit,buat apa tu?”Tegur Sofia.
“Tak ada apa-apalah,”Balas Aini nak tak nak.
“pakwe ye,” Peli Delila lalu tersenyum.
Matahari keluar dari  tandas dan menuju ke koridor untuk menyindai pakaiannya.Delila mengambil pakaian kotornya dan menuju ke tandas.
“Aini minta pencuci sikit,”Minta Delila.
“Pakailah,”
“Ko buat apa tu?”Tegur Sofia.
“Sidailah,”Matahari mengambil kerusi lalu diletakannya di bawah kipas.
“Baju dalam dengan seluar pender,”Sofia membeliakkan mata terkejut.
“Ini satu teknik bagaimana nak cepat kering..Letak bawah kipas lepas tu biar semalaman,”Terang Matahari panjang lebar.
“Kalau tak kering macam mana?’Duga Sofia.
“Keringlah..Tengok je nanti,”
Delila bergegas keluar dari tandas sambil membawa pakaian ke koridor yang dibasuhnya tadi.
“Sape punya ni?”Tanya Delila.
“Tuuuuu..”Aini memuncungkan mulutnya kearah Matahari.
“Kenapa letak sini ni?”Tanya Delila ingin kepastian.
“Entah Ari  ni,bagi cepat kering,”Jawab Sofia.
“Betul ke Ari?”Tanya  Delila kepada Matahari.
“Ha’ah!”Jawab Matahari ringkas.
“Wei,nak tidur macam mana ni?
“Tidur kat bawahlah..Tolak katil tu..Aini mana?Delila duduk di atas katil Aini lalu mengambil kerusi.
“Kat tandas..Basuh!”Balas Sofia..
“Konak buat ape tu Lela?”Kata Sofia lagi.
“Nak cuba try teknik Ari ni..Menjadi ke..Huhuhu,”Delila ketawa..
“Wei,tolongg aku ni…Beratlah tilam ni..”Matahari mengerutkan muka.
Sofia cepat-cepat menolong Matahari..Kalau angkat seorang memang tak larat..Berat tilam ni bukan satu atau dua kilogram..Tapi dah dua puluh, tiga puluh kilogram dah..Mak datuk berat tu..!!!Selesai  sahaja meletak du a tilam kebawah.Matahari dan Delila pun menyusun bantal..Sofia menunggu Aini membasu baju yang belum sudah-sudah lagi..Entahlah dia ni membasuh ke atau memjahit baju kat tandas…Apa-apa jelah..
“Ko nak tidur kat ane?”Tanya Delila.
“Aku nak tidur dekat toilet,”Jawab Matahari.
Delila  hanya mengerutkan dahi.
“Kita tidur sebelah Arilah,ko nanti tidur sebelah Sofia,”Kata Delila kepada Aini.
“Yelah,”
“Aini,kita ngantoklah..Ko temankan Sofia boleh…?”
“Yelah cik Lela,”Jawab Aini sambil melayan mesej.
Suasana pagi memang mendamaikan..Pemandangan berhadapan dengan hutan memang tak mempesonakan.Cuba le letak laut ke?Gunung ke?Taman bunga ke?Sedap sikit mata memandang.Jam loceng handset berbunyi…Kring!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
“Lela!Sofia!Bangun..Dah subuh ni,”Gerak Matahari…
“Haaaa,”Delila mengosokkan mata..Sofia menarik selimut lalu menutup kepalanya.
“Dah lambat ni,”Kata Matahari lagi lalu sambung tidur.
Delila mengambil tuala lalu menuju ke tandas.Selesai sahaja mandi dia mengemas katil supaya tidak kelam-kabut nanti.
“Sofia!Aini!Cepatlah…Nanti azan pula,”Marah Delila lalu menarik selinut Aini.Delila mengerakkan badan Sofia yang liat bangun..Aini mengambil tuala lalu menuju ke tandas dengan mata yang masih pejam..
“Sofia!Cepatlah bangun cik kak oi….Bangunlah!”
“Yelah!!!”Sofia bangun lalu duduk sambil matanya masih pejam.
Matahari menutup tubuhnya sehingga ke kepala.Malas dia mendengar bebelan Delila pada waktu pagi.
Pada waktu pagi memang mendamaikan.Angin pagi yang segar menyebabkan badan terasa sejuk..Rasanya mahu aje tidur lagi.Para peserta awal-awal lagi sudah berada di dataran Panglima untuk menjalankan aktiviti outdoor selepas melakukan senaman bagi melonggarkan otot-otot badan.Terdapat beberapa fasilitator yang mengawal dan memerhatikan pergerakan para peserta.Delila dan Sofia disatuakn dalam satu kumpulan manakala Aini dan Matahari berada dalam kumpulan yang lain.Arahan kem komander didengar oleh para peserta dengan teliti.Selepas mendengar arahan kem komander.Para peserta akan menjalani aktiviti jungle-trekking,berkayak dan aktiviti ketahanan fizikal.Aktiviti –aktiviti tersebut menyeronokkan.
“Hai,penatnya!”Kata Delila.
”Memanglah penat..Mana ada aktiviti yang tak penat,”Matahari membuka tudung.
“Wei,habis baju aku..Kotornya..Ni budak group akulah..Orang jalan guna kaki..”Marah Aini lalu menuju ke tandas.
“Lepas ni aktiviti apa ye?”Tanya Delila.
“Lepas ni aktiviti LDK,”Jawab Matahari.
“La,boring betul,”Kata Sofia lalu baring atas katil.
‘Pukul berapa ye?Bila waktu makan ha,”Tanya Delila lagi.
“Makan jet tau ye..Pukul 12 nanti,”Peli Matahari.
Delila hanya mencebikkan muka.
“Aini!ko buat apa lama-lama kat dalam tu..”Sofia mengetuk pintu tandas.
“Wei Sofia tolong ambik t-shirt and seluar trek aku jap,”Jawab Aini.
“Hai,teruk sangat ke kotornya tu,”Balas Delila.
“Entahlah..Ye le kot,”Sofiamengeluarkan t-shirt dan seluar trek dalam almari Aini.
Selepas makan tengah hari di Kafetaria,para peserta menuju ke surau untuk sembahyang zohor..Pada waktu petang para peserta akan melakukan riadah seperti bermain bola jarring dan bola sepak antara kumpulan.Azan di surau berkumandang menandakan sudah masuk waktu manghrib.Para peserta sudah ramai yang berkumpulan disurau untuk bersembahyang maghrib dan isyak..Selepas sembahyang mnghrib,para peserta mendengar sesi ceramah yang diberikan oleh ustaz Haris..Selesai sahaja sembahyang isyak,para peserta bergegas menuju ke bilik masing-masing..Tiba-tiba…
“Aini!!!Delila bergegas mencapai Aini yang hamper pitam.
“Sofia!!Sofia!!!!Jerit Delila kearah Sofia..Terdapat beberapa peserta yang melihat Delila.
“Kenapa???”Marah Sofia.
“Aini ni..Takkan tak nampak..”Delila mengerutkan kening menahan marah.
Sofia dan Delila memapah Aini yang pitam menuju ke bilik.Mereka tercungap-cungap membawa Aini yang berat entah berapa kilogram..Sesampai sahaja di bilik,mereka meletakkan Aini di atas katil.Delila mengambil selimut dan menyelimutkan Aini.Sofia mengesat peluh di dahi lalu mengibas-kibas bajunya yang sudah basah akibat peluh.
“Kenapa,wei,”Tanya Matahari lalu menutup pintu.
“Aini ni..Deman kot?Panas je badan dia..”Kata Delila lalu mengambil telekung dan sejadah meletaknya ke dalam almari.
“Tunggu..Aku call fasi jap,”Arah Matahari lalu menekan butang handset.
“Kenapa Ari?”Tegur Sofia.
“Tak dapatlah..Jap aku call Azim ketua kumpulan aku..Nanti aku suruh dia bagitau fasi…”Matahari menekan butang handset lagi.
“Cepat sikit,”Kata Sofia.
Delila mengurut dahi Aini menggunakan minyak cap kapak.Kemudian meletakkan tuala basah di dahi..
“Azim!Ni aku ni Ari..Wei,bagitau fasi ada budak roommate aku sakit..Deman..”
“Apa!!!Ko deman ke..?”
“Tak lah,orang lain..Cepat bagitau fasi..”
“Yelah”
Click..Perbualan di matikan…
Badan Aini mengeletar kesejukkan.Delila menukar tuala kering pada tuala basah..Setengah jam kemudian dua orang fasi perubatan datang membawa emergency box..Suhu badan Aini meningkat 56 darjah celcius..Fasi  menghantar Aini  ke hospital kerana takut demannya semakin teruk.Selepas mengangkat Aini ke kereta..Delila dan Sofia terus bergegas ke auditorium manakala Matahari menemani Aini ke hospital.
Selepas kejadian Aini deman.Ramailah fasi yang berkunjung ke bilik 206 yang sudah semakin popular dan menjadi perbualan orang ramai..Delila,Sofia dan Mataharu terpaksalah disoal-siasat oleh fasi-fasi..Kadang-kadang soalan-soalan  merapu pulak disoalnya..Macam-macam..Tapi ada hikmahnya kejadian itu.Dari orang tak kenal menjadi kenal…Apa lagi bangga jugaklah si Sofia,Delila dan Matahari tu…Nasib baiklah tak ada yang minta autograph pula..Kalau tak.. makin kembanglah hidung diaorang tu…Bukan setakat itu je..Satu badan kembang nanti..Huhu..Tak lama kejadian Aini deman..Muncul pula kejadian yang menakutkan yang penuh misteri..heehee..Terbongkar le satu cerita yang tak tahu betul ke tidak cerita ni ataupun sekadar mitos je..Sebenarnya kediaman lelaki dulunya merupakan kediaman bagi peserta perempuan..Dengar-dengar cerita disebabkan dek tak tahan kene ganggu dengan ghostbumster-ghostbumster maka kediaman peserta perempuan dipindah ke kediaman lelaki..Tapi hantu ni hantu moden..Tau aja peserta perempuan pindah maka hantu-hantu ni pun turut pindah sekali..Mungkin hantu jantan kot..Mana syok kacau lelaki..Semua ini gara-gara budak bilik 101 lah..Seronok sakan sampai kena hysteria..Fasi-fasi apa lagi pening kepalalah menangani masalah ini..Ramai jugalah peserta perempuan yang takut dan panic..Maka bermulalah pembacaan yasin setiap malam termasuklah bilik 206..
“Nanti budak-budak bilik 203 nak tumpang tidur kat sini,”Kata Matahari.
“La,kenapa tak bagitau kitaorang awal-awal,”Sofia mengerutkan kening geram.
“Pukul berapa,”Tanya Delila lalu melihat Aini yang sedang tidur.
“Malam karang nanti,”Matahari keluar bilik.Apalagi nak mencari beritalah tu…Macam tak tahu..hii,Saat-saat macam ni pun nak susah-susahkan diri pergi interview orang.
“Ari ni nak tumpang orang bukan nak bagi tau,”Sofia meluahkan isi hatinya.
“Tau tak apa..Sekurang-kurangnya discusslah dengan kita dulu..Ni tak..Terus bagi je..”Marah Delila.
“Biar…Suruh je tidur katil dia..Aku tak nak kasi,”
“Ari ni..Menyusahkan betullah..Ingat bilik ni besar sangat ke?Berapa orang kat bilik 203 tu?”Tanya Delila.
“Entah..5 orang kot,”
“Ramainya..Sempitlah nanti..Hiiiii,menyusahkan betulah…”
“Tau tak pa..”
“Ala,buatlah pendinding..Tak ada apa-apalah..”
“Baik ko cakap kat Ari tu..Cakap kat aku tak guna ye…Diaorang tu tak tahu kot,”
“Hiiiii,geram betul!!!!”
Pada waktu malam selepas supper kat Kafetaria.Para peserta perempuan sudah berada dalam bilik masing-masing..Tidak berani keluar lagi..Fasi-fasi pun sudah mengarahkan Semua peserta supaya  berada dalam bilik selepas pukul 12 tengah malam..Takut kejadian tidak diingini berlaku..Budak-budak bilik 203 pun sudah bawa kelengkapan tidur mereka ke bilik 206..Tak tahulah macam mana diaorang tidur..Delila terpaksalah berkongsi katil dengan Sofia..
“Kita buat pendindinglah lagi,”Cadang Matahari.
“Suka hatilah,”Jawab Delila.
“Delila pergi ke tandas mengambil wudhuk dan diikuti oleh budak-budak bilik 203..
“Yang tu kenapa duk jauh sangat?Meh ke sini,”Pelawa Delila.
“Yang tu no muslim..”Kata Roza salah seorang budak bilik 203.
Delila terus diam menahan malu.Selepas baca yasin..Seramai 4 orang akan mengalunkan istiqamah bagi setiap penjuru..Tindakan ini dilakukan bertujuan melindugi bilik ini dari diganggu makhluk-makhluk halus.Pada waktu pagi seperti biasa para peserta akan mengerjakan sembahyang di surau..Selepas breakfeast,para peserta akan mengikuti program seperti biasa..Tetapi pada waktu malam program tidak dapat dilakukan kerana khuatir kejadian hysteria berlaku lagi.Hal ini menyebabkan abang-abang askar berasa bosan kerana tidak dapat membuli para peserta dah.Para peserta pada waktu malam hanya berada di Auditorium ataupun berada di dewan Laksamana bagi mengikuti aktiviti LDK.





CHAPTER 7


“Wei,nanti malam kebudayaan nak buat ape?”Tanya Kumin selaku ketua kumpulan.
“Tak yah buat apa-apalah..Bukan menang nanti pun,”Sampuk Acap.
“Apa ko ni?”Marah Suraya.
“Kita semua kenalah buat yang terbaik walaupun asyik kalah je,”Sambung Suraya lagi.
“Menyampah aku tengok kumpulan Hang Tuah tu,”Kata Rodi pula.
“Emmm,betul tu,”Setuju Acap.
Delila dan Sofia hanya melihat sahaja ahli kumpulannya punya kerenah.Malas nak ambil port.Masalah yang dihadapi oleh mereka pun tak selesai lagi..Kadang-kadang menyampah dengan ahli kumpulan mereka tu..Asyik-asyik kutuk kumpulan orang..Bila bertanding tak menang-menang jugak..Tak ada kerjasama langsung..Kenapalah dapat ahli kumpulan macam ni?
“Cepatlah..Macam mana kita nak buat malam kebudayaan nanti,”Marah Diana.
“Korangkan budak laki terukbetul,”Geram Sofia.
“Biar ar diaorang tu?”Kata Cik Ha pula.
Suasana di dewan laksamana riuh dengan para peserta berlatih untuk malam kebudayaan nanti.Macam-macam aksi yang boleh ditonton..Ada yang menari,berlakon dan menyanyi..Mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.Fasilitator-fasilitator hanya memerhatikan setiap kumpulan yang berada di dewan itu. Ada yang fasilitator yang menolong kumpulannya dengan memberi idea dan tunjuk ajar supaya persembahan yang akan dipersembahkan menarik minat penonoton menyaksikannya nanti.Aini hanya duduk  di penjuru dewan.Demannya masih belum lagi kebah..Kalau boleh mahu sahaja dia balik ke bilik dan baring atas katil..Matahari sibuk dengan ahli kumpulannya..Tak tahulah apa yang dilakonkannya..Katanya berlakon jadi kekasih..Kekasih siapa?Hanya Allah sahaja yang tahu macam tajuk lagu kumpulan UNIC tu..Jam sudah menunjukkan pukul 11.50 malam..Para peserta masih sibuk dengan persembahan mereka lagi..Kejadian hysteria sudah makin dilupakan oleh para peserta..Lebih-lebih lagi peserta perempuan..Malam kebudayaan yang akan dilakukan pada esok hari menyebabkan mereka makin bersungguh-sungguh menyiapkan persembahan mereka.
Jam handset berbunyi..Kring!!!!!!!!!!!!!!!!

Delila bergegas ke tandas setelah mengambil tuala.Sofia menarik selimut daripada Matahari..Matahari menarik balik selimut daripada Sofia.Jam handset berbunyi lagi.Jam handset siapa pulak yang berbunyi ni..Sofia ke Matahari?Aini mustahil..Bangun tak-tak jugak..Delila membiarkan je keadaan si Sofia dan Matahari tu..Bukan reti bangun pun..Harap je kunci jam..Lagipun jam baru menunjukkan pukul 5.15 pagi..Belum Azan lagi..Sementara menunggu azan berkumandang.Delila menyusun kasut dan menyapu lantai..Melihat Sofia,Aini dan Matahari tidur memang mencuitkan hati..Macam budak-budak..Selepas menyapu,Delila mengemas katil.Bantal kesayangan diletak di atas bantal besar..Baru teratur..Good job..Tiba-tiba lagu nasyid raihan kedengaran di surau..Siapa pula tu?Main-main pula..Ni budak-budaklah ni..Selepas sembahyang subuh….
“haaaaahaa!!!”
Delila hairan..Siapa pulak yang ketawa ni?Dia pun memulas tombol pintu.
“Kenapa ni?Dari luar dah bising..”Marah Delila.
“Sofia ni…”Matahari tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“Kenapa dengan Sofia?”Delila semakin hairan.
“Ni Lela..Kalau ko nak kejutkan si Sofia ni senang je..”Matahari masih lagi ketwa.
“Macam mana?”Tanya Delila penuh minat.
“Ko tak payah simbah air satu baldi ke?Gusti ke?Ko Cuma cakap..Sofia lagi 10 minit nak gi auditorium,”Jawab Matahari.
“Tak fahamlah,”Delila mengerutkan kening.
“Maknanya ko tak payahlah bersusah payah gerak si Sofia ni..Cakap je 10 minit lagi ada program..Apa susah?Gerenti dia bangun sendiri punya..”
“Oooo,faham-faham…Padan muka Sofia..Heehee,”
Aini hanya melihat gelagat Matahari dan Delila.Dia tidak larat untuk ketawa walaupun kata-kata Matahari tadi memang mencuit hati..Kenapalah dapat deman waktu-waktu macam ini?Sabor jelah..
“Hai cik Sofia..Baru kelam-kabut,”Peli Delila.
“Hiii,korang ni..Terkejut aku,”Marah Sofia.
“Ko memang dah lambat pun..Wei,aku nak gi dulu,”Matahari membuka pintu lalu beredar dari situ.
“Gilah,”Jawab Delila.
Setiap kumpulan menyambung semula latihan mereka.Ada juga yang menambah skrip bagi memberikan persembahan yang menarik malam nanti..Demam Aini semakin beransur baik..Mungkin keadaan yang menyeronokkan semasa latihan membuat dia semakin pulih..Cik Ha serius melakonkan watah sebagai nenek..Memang sesuai sangat dia berlakon bagi watak nenek dengan tubuhnya yang berisi dan mulutnya yang boleh tahan banyak cakap.Diana khusyuk berbincang dengan Asma yang merupakan suara latar bagi lakonan dalam kumpulan mereka..Delila dan Sofia hanya mlakonkan watak sampingan.Mungkin tak tahu berlakon kot..Macam mana nak pegang watak utama kalau berlakon macam kayu..Tak bergerak-gerak..Keadaan ini berlainan dengan Matahari..Dia dapat menyakinkan ahli-ahlinya berlakon dalam watak utama..Sebagai kekasih..Lagipun tak mustahil dia dapat berlakon jadi heroin..Diakan agresif..
“Macam mana latihan kumpulan ko,ok?”Tanya Delila kepada Matahari.
“Ok je,”
“Ko jadi apa?”Tanya Matahari pula.
“Kita dengan Sofia pelakon sampingan je..Kitaorang ni bukan pandai sangat berlakon..Kaku je yang lebih,”Delila menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
“Mana Sofia,”TanyaMatahari.
“Dia sakit perut..Entah!Ape yang dimakan semalam pun tak tahulah..Sama aje,”Jawab Delila.
“Baguslah..Boleh teman Aini tu…Aku tengoklah Aini tu ok je..Ape sakitnya lagi?Dah nak kan seminggu dah..Takkan tak baik-baik lagi kot..
“Mana le kita tau…Kita rasalah mungkin Aini tu kena tegur,”Duga Delila.
“Tegur!Yeke,”Matahari mengerutkan keningnya tidak percaya.
“Entahlah!Kita agak je…Tak tahu betul atau  tidak..”
“Mungkin le kot..”
Selepas makan tengah hari..Delila dan Matahari menuju ke bilik mereka.Petang nanti ada diadakan raptai bagi persembahan untuk malam kebudayaan..Penghulu dan penghuluwati diarahkan oleh kem komander untuk menjadi pengerusi majlis pada malam tersebut..Tetamu kehormat yang hadir adalah timbalan menteri belia dan sukan dan pegawai belia peringkat Hilir..Abang-abang askar yang bertugas sebagai fasilitator sibuk mengemas dan menghias auditorium supaya menjadi menarik.Ada jugak peserta-peserta perempuan yang curi-curi pandang apabila melihat abang-abang askar yang hensem termasuklah Delila dan Sofia..Pantang lihat lelaki hensem…Huhu..Di sebelah malam pula,Keadaan di auditorium menjadi semakin riuh apabila majlis bermula..Perasaan berdebar-debar setiap ahli kumpulan yang membuat persembahan menjadi-jadi apabila nama kumpulan mereka disebut oleh pengerusi majlis..Mungin first time kot berlakon..
“Selepas ini kumpulan kita pula..Korang buat baik-baik tau..,”Kumin memberi arahan.
“Baik bos,”Jawab John wakil tunggal kaum India dalam kumpulan Hang Kasturi.
“Korang semua kalau tak ingat skrip nanti pakai tibai jer cakap..Asalkan tak lari cerita,”Kata Cik Ha pula..
Delila membetul-betulkan speak matanya..Menjadi pelajar sekolah bukannya senang walaupun tanpa skrip..Sofia mengesat peluh di dahi..Lagi 5 minit kumpulan mereka akan membuat persembahan sementara menunggu kumpulan Hang Lekiu selesai.Tepukan gemuruh diberikan oleh audio kepada para peserta yang telah selesai membuat persembahan..Ahli kumpulan Hang Kasturi menunggu dengar sabar sementara menunggu penghulu memgumumkan nama kumpulan mereka membuat persembahan..
“Hai, penatnya…Malas betul nak kemas beg,”Delila baring atas katil.
“Wei Lela,baju ko tu aku dah letak kat almari,”Kata Matahari lalu mengemas baju.
“Haaa..Sofia ko ingat tak masa kita jumpa dulu,”Delila meletakkan begnya nya di atas katil Sofia.
“Jumpa!!”Sofia menguap mengantuk.
“Ha’ah.. kali pertama ko,kita dan Aini jumpa,”
“Masa tu ko cakap kita ni pink lady…..”









CHAPTER 8 


Mata Delila melelau-lelau mencari kelas 6 seroja..Bangunan yang terletak di hujung sekolah menyebabkan ramai pelajar yang baru masuk tidaktahu di mana bangunan yng ditempatkan pelajar-pelajar tingkatan 6 bawah..Para pelajar 6 seroja sedang leka mendengar cikgu Halimah mengajar pengajian am.Tiba-tiba ada seorang pelajar mengentuk pintu..
“Pelajar baru ye,masuklah,”Kata cikgu Halimah
Semua pelajar 6 seroja memandang pelajr tersebut..Hiii,dia ni semua pink..Nasib baik baju dan kasut tak pink..Delila duduk disebelahan Matahari..Bob dan Mat berbisik sesama sendiri sambil ketawa.Apa yang diaorang kutuk pun tak tahu..Iamail hanya memandang sekilas sahaja..Malas nak ambil  tahu..’
”Ari,tolong –tolong pelajar baru ni…Sape nama?”Tanya cikgu Halimah.
“Saya Delila,”Jawab Delila ringkas.
“Oh…Delila!Bukan Delima!Daisy!..”Peli Bob lalu ketawa.
Delila mengetap bibir menahan geram.Budak ni tak padan dengan besar..Sesedap hati kutuk orang..Selepas pembelajaran cikgu Halimah para pelajar 6 seroja mula mengadakankan pesta…Delila hanya melihat sahaja gelagat member-member barunya.
“Hai sape nama?.Bole berkenal.?Hai,duduk mana?Haaaaahaaa..”Usik Bob sambil menyanyikan lagu Adam..Hii,budak ni…Gatalnya..Tiba-tiba Delila melihat dua orang pelajar yang duduk di belakang Matahari dan Julia..Delila cuba menghampiri mereka..
“Hai,saya Delila..”Delila memperkenalkan dirinya.
Sofia dan Aini hanya diam sahaja…Sombong ye???
“Nama awak apa?”Tanya Delila..
Tiada respons lagi..Bisu ke diaorang ni??
“Boleh kita duduk sebelah ni?”Tanya Delila lagi.
“Duduklah,”Jawab Sofia ringkas..
Delila menarik meja dan kerusi lalu meletakkn begnya..Aini dan Sofia hanya melihat sahaja.. Hii,budak ni kenapa tak duduk je dengan Ari?Akif dan Abdullah tergelak-gelak sepanjang perjalanan menuju ke kelas..Apa yang di sembangkan pun tak tahu???Gutuk orang lah tu??
“Sopi!Sopi!..”Kata Akif lalu duduk sebelah Sofia.
Sofia hanya menjeling sahaja..Hii,budak ni…Tak ada kerja ke?Aini dan Delila hanya melihat sahaja gelagat Akif.
“Sopi tak makan ke?Diet!”Akif ketawa diikuti dengan Abdullah apabila mendengar ejekan Akif itu.
Hiiii,budak sewel ni..Aku Sofialahh!!Buang tebiat ke?
“Kenapa diam je ni?Sakit!Tang mana ya?
“Korang boleh diam tak..Sibuk je…”Marah Sofia..
“Janganlah marah cik Sopi…Cair abang bila tengok Sopi marah,”Akif tersenyum.
Delila hanya menahan ketawa..Tak tahan mendengar usikan Akif tu..Sofia pula hanya mengetapkan bibir..Nak termuntah dengarnya..Bila budak ni nak berambus..?Gi mati pun tak pa?Menyampah akuu!!!Hi,geramnya!!
Sofia terpaksa menahan marah dengan usikan Akif..Tak tahulah sejak bila si Akif tu suka mengusik Sofia..Hubungan Delila, Aini dan Sofia semakin hari semakin rapat..Pelbagai cerita dan rahsia akan dikongsi..Diaorang ni bukan boleh simpan rahsia..Setiap kali jumpa mesti ada cerita yang hendak diberitahu…Kadang-kadang tu tak lah best mana cerita yang diberitahu..Biasalah dah satu kepala??Tak pelik lah kalau budak-bidak kelas suka gelar kan diaorang tu macam-macam..Doremilah!bujang lapoklah!!Ada-ada je diaorang tu…









CHAPTER 9


Sofia mencekak pinggang menunggu bas sampai..Delila mencangkung lalu mengesat peluh di dahi..Matanya sepet kerana menahan sinaran matahari yang semakin meninggi..Matahari pula hilang entah kemana..Tak tahu dia buat apa?Cari news le kot..Para peserta mula keresahan..Bas yang ditunggu tidak sampai-sampai lagi..Traffic jam ke?Entah-entah bas semput..Kena hantar hospital buat medical check-up..Cik Ha sudah mula merungut-rungut..Ni pukul berapa sampai ni?
“Ha,tu pun bas sampai,”Kata Azim lalu menunjukkan jari kea rah bas.
Para peseta mula berpusu-pusu mengerumun bas tersebut..Ada 6 bas yang akan menghantar para peserta pulang..Para peserta ada yang mula menangis kerana akan berpisah dengan peserta yang lain..Ada juga yang sempat berbalas-balas nombor telefon..Sudah menjadi kepastian setiap pertemuan mesti ada perpisahan..Setiap kawan lama akan dikenang dan akan berjumpa dengan kawan yang baru..Itulah lumrah kehidupan.. Para peserta perempuan saling berpelukan antara satu sama lain..Aini menangis kerana tidak menahan sedih..Begitu juga Delila dan Sofia..Banyak kenangan yang terjadi di Kem Tapah..Dah tak dapat jumpa abang askar hensem…Huhuhu..Sesampai sahaja di bangunan Persekutuan..Para peserta pulang dalam keadaan yang memenatkan..
”Aku balik dulu..Bapa aku dah sampai,”Kata Sofia.
“Bye…”Delila melambai-lambai tangannya kea rah Sofia.
“Ko balik sape ambik?”Tanya Delila kepada Aini..
“Entah..Bapa aku kot,”
“Balik dengan kita jelah..Tu bapa kita dah sampai dah,”Delila memegang begnya.
“Ok,kita bagitau bapa kita jangan ambil,”Aini menekan butang handset lalu menhantar mesej.
Delila hanya senyum sahaja..Pengalaman mengikuti program belia memang menyeronokkan..Pelbagai pengalaman yang berlaku keatas Delila,Aini,Sofia dan Matahari..Jam menunjukkan pukul 8.40 malam..Delila memejamkan matanya sambil mendengar mp3..Tiba-tiba satu mesej diterima..
Buat apa tu?
Dengar lagu..kenapa?gosip…
Tak ada…
Habis tu…
Wei,jadi ke gi Poli..
Entahlah..Tengok je nanti..
La…Janganlah..Ramai yang dah tak ada..
Aini!Matahari!Kan ada..
Emmmm…Keluar nak?
Malaslah..Tengoklah nanti..
Dah agak dah..Ok,bye..
Happy new year..
U tooo…Jangan lupa jalan sekolah..
Tak ye…Kita kan super-super senior nanti..Heee..Miss late..Huhuhu..
Apa-apa jelah Lela..(^-^)
See u d sekolah..Take care!
Sofia tersenyum membaca mesej Delila..Memang seronok berada di tingkatan 6..Berjumpa dengan kawan-kawan 6 seroja yang pelbagai character..Hubungan mereka semakin erat ibaratkan seperti sebuah keluarga..Walaupun sering bergaduh dan bertikam lidah..Tapi adatlah..Budak lelaki yang suka  buat hal..Delila,Aini,Sofia dan Matahari…4orang je perempuan..Bak kata orang dulu-dulu,4 bunga dikelilingi kumbang yang pelbagai saiz dan warna kulit..heeehee…Kamilah madu dan kamilah racun..Ye ke?Sebab itulah gelaran miss four memang sesuai bagi gadis-gadis manis di kelas 6 seroja…Seperti miss universal..Angguk-angguk le tanda setuju…heeehee..THE END… 
                                                           - Deella zakaria-

Saturday, April 3, 2010

Hakikat


Imtisal melihat jam tangan di tangan kanannya. Jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Lagi 10 minit kapal penerbangannya akan melepas ke Amsterdam. Fikirannya masih rungsing. Kehadiran orang yang dinanti-nanti masih lagi tidak muncul-muncul. Biarlah, mungkin dia sudah lupa. Kata hatinya. Imtisal melihat di sudut kanannya. Sepasang suami isteri sedang berbual mesra. Anaknya yang berada di bahagian belakang tidak mengendah akan perbuatan ibu dan ayahnya. Mungkin inilah budaya masyarakat Barat sekarang. Tiada adat hormat pada orang sekeliling. Fikiran Imtisal masih buntu. Adakah dia patut telefon ataupun tidak? Emmm... Agak susah membuat pilihan.

Suara kapten penerbangan mengatakan lagi 10 minit penerbangan akan melepas. Pramugari dan pramugara sibuk membantu penumpang mengenakan tali pinggang. Imtisal tidak mempedulikan keadaan itu. Dia melihat keadaan diluar tingkap. Melihat pemandangan di luar agak mengerunkan. Mungkin ini kali pertama Imtisal menaiki kapal terbang. Dia cuba melelapkan mata. Tetapi peristiwa itu berulang kembali... Kenapa? Kenapa mesti ada peristiwa itu... Ya Allah!!!

"Kamilah ibu bapa kandung Maria,"
 Hancur hati Mak Jah apabila mendengar. Dia tidak menyangka Imtisal yang dia jaga selama ini masih mempunyai ibu dan ayah lagi. Imtisal hanya menangis apabila mendengar perkhabaran itu. Hatinya sedih..Sangat sedih. Mengapa sekarang baru mengaku? Kenapa tidak dari dahulu lagi? Kenapa?????????

" Kami datang ke mari hendak membawa imtisal pulang bersama kami. Ini surat dari Mahkamah. Kami harap awak fahamlah perasaan kami ini," Joshep menyambung kata isterinya itu.Perasaan! Habis perasaan kami ni bagaimana? Ada awak memahaminya. Imtisal memberontak dalam hatinya. Airmatanya masih megalir. Dia tidak sanggup berpisah dengan Mak Jah dan Pak Kassim. Tetapi kenapa mereka akur dengan pasangan suami isteri itu? kenapa? Ibu cakaplah! Ayah!!

"Cik mahu membuat pesanan," Kata Pramugari itu dengan sopan.
"Oh, tidak mengapa," Balas Imtisal.

 Penumpang di sebelahnya sudah lama diulit mimpi. Matanya masih tidak mengantuk lagi. Kadang-kala dia melihat telefon bimbitnya. Masih tiada lagi panggilan. Adakah dia harus memulakannya dahulu? Fikit Imtisal. mengapa egonya tinggi sangat. Bukan ini yang dia mahu. Tetapi keadaan yang memaksanya bertindak sedemikian. Maafkan Sal. Sal tahu Sal bersalah. Tetapi fahamilah Sal, keadaan yang membuat Sal bertindak begini. Imtisal masih lagi melihat telefon bimbit. Keadaan diluar gelap gelita. Kadang-kala Pramugari datang melayan penumpang yang mahukan sesuatu.

Imtisal terjaga dari tidur. Dia melihat di luar tingkap. Sinaran matahari sangat cantik. Suara kapten penerbangan kedengaran. Dia memberi arahan agar semua penumpang memakai tali pinggang pesawat kerana tidak lama lagi pesawat akan mendarat. Sesampai sahaja di Amsterdam keadaan cuaca sangat sejuk. Imtisal mengambil skraf dan membalutnya di leher. Sapu tangan dipakainya. Dia melihat disekelilingnya. Masih tiada orang yang ditunggu-tunggunya. Imtisal pun menuju ke kerusi panjang di sudut kedai cendermata. Sekali-sekala dia mengesel-gesel tangan supaya tangannya berasa hangat.


Imtisal melihat sekeliling. Masih tiada orang dinanti-nantinya. Bagaimana keadaan Mak Jah dan Pak Kassim.. Peristiwa itu bermain di fikiran Imtisal.
" Pergilah nak, ibu dan ayah izinkan," Kata Mak Jah dengan nada yang sedih.
" Tapi bu, sal tak mahu..Betui sal lebih suka tinggal di sini," Kata Imtisal bersungguh-sungguh.
"Tapi mereka ibu dan ayah kandung Sal. Sal nak jadi anak derhaka. Sal tahukan apa balasan bagi anak yang derhaka,"
" Sal tahu, tapi ibu dan ayah jugakan ibu dan ayah Sal. Takkan Sal nak berpisah dengan ibu dan ayah," Jawab Imtisal.
"Sudahlah Jah. Sal, ibu dan ayah sayang Sal tapi mereka lebih terhadap Sal. Sal anak kandung mereka. Pergilah. Ibu dan ayah izinkan," Kata Pak Kassim pula.
Imtisal hanya mendiam sahaja. Dia tidak berkata apa-apa. Akhirnya dia menurut sahaja kata-kata Mak Jah dan Pak Kassim.

"Maafkan saya, awak Imisal," Tegur seorang pemuda.
" Ya, saya Imtisal. Siapa awak?" Imtisal kehairananya.
"Awak masih tidak mengenal saya," Kata lelaki tersebut.
" Awak siapa?" Nada Imtisal meninggi.
"Mesti awak terkejut mendengarnya," Lelaki tersebut tersenyum.
" Saya Mazlee.."
Imtisal terkejut mendengarnya.....

"Awak.........." Imtisal tidak dapat meneruskan kata-katanya.
"Ya, sayalah orang yang awak tunggu selama ini," Mazlee tersenyum.
Imtisal masih berdiam diri. Dia betul-betul tidak sangka. Inilah lelaki yang dia tunggu di  KIA semalam.
"Awak tidak sihat ker? Keadaan cuaca disini memang sejuk waktu ini. Nasib baik awak bawa baju tebal. Kalau tidak mungkin akan jatuh sakit.
Imtisal masih berdiam diri. Fikirannya keliru. Inikah lelaki yang dia tunggu selama ini. Macam mana dia kenal saya? Kata Imtisal dalam hati.
"Awak ok ker? Tanya Mazlee.
"Ha, saya ok. Agak sejuk disini," Imtisal mengubah topik.
"Biasalah, kali pertamakan datang sini,"
Imtisal hanya menurut sahaja.

Imtisal melihat keadaan diluar tingkap. Sungguh cantik pemandangan di sini. Teringat Imtisal kepada Mak Jah dan Pak Kassim di kampung. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang? Jika kejadiaan tersebut tidak berlaku mungkin dia tidak berada disini sekarang. Tetapi buat masa ini ibubapa kandung Imtisal  memerlukan dia sekarang. Mereka memerlukan dia buat kali terakhir. Sebagai penghormatan terakhir kepada mereka. Imtisal tidak sangka perkara ini akan berlaku. Betul dia tidak sangka. Berdosakah aku menolak mereka dahulu? Derhakakah aku? Ya Allah ampunlah dosaku. Ku tidak sangka keadaan ini akan yang terjadi. Aku hanya mampu berserah kepadaMu. Syukur alhamdullilah kejadiaan itu berlaku selepas ibu bapa kandung Imtisal mendapat hidayah. Allahhu akhbar! Allah Maha Besar! Kaulah yang mengetahui sesuatu kejadian. Ya Allah, tertempatkanlah mereka dalam kalangan orang-orang soleh dan solehah. Amin.

Imtisal melihat Mazlee. Jejaka misteri bagi ku dahulu. Dialah yang kutunggu selama. Ku tidak sangka sekarang dia didepan mataku sekarang. Lelaki ego! Itulah tafsiranku dahulu. Rupanya tafsir jauh terpesong. Ku tidak sedar selama ini dialah yang menolongku semasa ibubapa kandungku di hospital. Aku hanya mampu berdoa sahaja waktu itu. Bukanku tidak mahu melawat mereka. Tetapi aku jauh di Malaysia. Terima kasih Mazlee. Pergorbanan kau hanya Allah sahaja mampu membalasnya. Kata hati Imtisal.

"Kenapa pandang saya macam tu"?Tegur Mazlee.
" Tidaklah," Imtisal mencari alasan.
" Eleh, macam saya tidak perasan," Senyum Mazlee.
"Betul,"
Mazlee masih tersenyum.
" Awak masih marah ibubapa awak ker lagi?" Tanya Mazlee.
"Kalau saya marah pun mereka tetap ibubapa kandung saya. Perkara lalu biarlah ia berlalu begitu sahaja. Setiap manusia pernah membuat kesalahan. Tetapi saya bersyukur sangat. Mereka akhirnya menemui nur Islam. Perkara itu yang penting bagi saya," Jawab Imtisal panjang lebar.
Mazlee tersenyum lagi.

Imtisal melihat potret ibubapa kandungnya di dinding ruang tamu. Dia tersenyum. Walaupun hakikat itu  menyakitkan. Dia berasa gembira. Sekurang-kurangnya dia masih kenal ibubapa kandungnya ketika mereka masih hidup. Imtisal melihat sekeliling rumah. Dia rasa terhibur melihat dua orang kanak-kanak itu bermain.
" Maafkan saya. Awak Imtisal?" Kata seorang wanita bertudung labuh.
" Ya saya Imtisal,"
" Saya Maisara, kawan kepada Jamilah. Maksud saya Barbara,"Maisara membetulkan katanya.
 "Tidak mengapa,"
"Sebelum Barbara meninggal dunia, dia ada memberitahu saya yang dia mempunyai seorang anak kandung bernama Imtisal. Dia selalu bercerita pasal awak kepada saya. Bagi saya awak sangat beruntung mempunyai ibubapa seperti Joseph dan Barbara. Sebelum dia meninggal dunia dia sangat berharap dapat berjumpa dengan awak, Imtisal. Dia juga berharap awak dapat memaafkan kesalahan dia yang dahulu. Dia tahu awak ni seorang anak yang baik. Dia bersyukur sangat awak dididik dengan baik oleh keluarga angkat. Dia juga bersyukur kerana awak dia dan Joseph menemui hidayah," Maisara tidak apabila Imtisal menangis dengan teresak-esak.
Mazlee yang berada luar gegas menuju ke arah Imtisal apabila mendengar Imtisal menangis. Orang yang berada dirumah itupun melihat keadaan Imtisal itu.

" Imtisal awak ok?" Maisara berasa risau melihat keadaan Imtisal itu.
" Akak... Saya berdosa kak. Saya tidak menghargai ibubapa saya sendiri semasa mereka hidup. Saya tidak berada disisi mereka semasa mereka memerlukan saya. Saya berdosa kak....." Imtisal tidak dapat meneruskan kata-katanaya.
" Imtisal janganlah berkata begitu. Allah lebih menyayangi mereka. Kita hanya berdoa sahaja. Mereka tahu mengapa Imtisal tidak dapat bersama mereka. Mereka redha Imtisal," Maisara memujuk Imtisal.
Mazlee dan orang berada disekeliling hanya melihat sahaja keadaan Imtisal dan Maisara itu. Mereka berasa sedih dan terharu melihat keadaan Imtisal itu. Mereka mengerti akan keperitan hatinya.
"Akak...Betulkah kata akak ini," Imtisal mahukan kepastian.
" Ya Imtisal, mereka redha. Mereka berkata kepada akak mereka berasa bertuah mempunyai Imtisal sebagai anak mereka. Imtisallah anak mereka dunia akhirat. Mereka juga memohon maaf segala kesilapan mereka dahulu terhadap Imtisal. Bukan niat menghantar Imtisal ke Rumah anak-anak yatim. Tetapi waktu itu mereka masih muda. Mereka tidak tahu waktu itu tindakan mereka salah,"
" Imtisal maafkan mereka. Imtisal sayang mereka dan juga Pak Kassim dan Mak Jah," Imtisal mengelap air matanya di pipi.
" Sudahlah Imtisal...Ha Imtisal tidak makan lagikan. Jom makan dengan Mazlee,"
Imtisal hanya tersenyum melihat gelagat Mazlee itu seperti seorang kanak-kanak.

"Awak terima kasih tolong saya,"
"Kasih di terima,"
Imtisal tergelak mendengar kata Mazlee. Tekaannya selama ini mengatakan Mazlee ego memang jauh meleset. Baru dia tahu kelakuan Mazlee ini.
"Macam mana kalau saya minang awak,"
"Ha," Imtisal terkejut mendengar kata Mazlee.
"Awak ni biar betul,"
"Haaaa..., malulah tu," Usik Mazlee.
"Tak adalah. Awak ni jer yang buang tebiat. Saya tidak kenal awak pun,"
"Tak pelah kita kenallah lepas kawin,"
Imtisal mengerutkan kening.
"Gurau jerlah," Mazlee ketawa.
Imtisal pun turut ketawa..
"Tapi kalau jadi apa salahnya kan" Mazlee menjeling ke arah Imtisal.
" Haaa..." Imtisal memandang tajam ke arah Mazlee.
Mazlee hanya senyum.





deella zakaria

Tokoh Penentang Penjajah Tanah Melayu

    Tok Gajah
    Nama sebenar Tok Gajah ialah Imam Rasu bin Shahrum dan ayah kepada Mat Kilau iaitu pahlawan melayu Pahang. Tok Gajah merupakan Orang Besar Raja Pahang dengan gelaran iaitu Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama  kepada  Sultan Ahmad Muazzam Shah iaitu Sultan Pahang segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
    Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
    Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris.
    Pada tahun 1892, pihak Inggeris mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan Kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Aman.


      Mat Kilau
    Nama penuh Mat Kilau ialah Mat Kilau bin Imam Rasu. Nama ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Beliau merupakan anak kepada pejuang penjajah British iaitu Tok Gajah.Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865 atau 1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
    Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan beliau Mat Kilau telah dikurniakan tiga cahaya mata anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar silat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar silat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum Haji Botok berpindah dari Kelantan ke Pahang sebagai Mufti.
       Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Pada bulan Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Keadaan ini menunjukkan bahawa Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai. Tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
    Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak tahun 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
    Dalam bulan Disember,1969, Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,  Pulau Tawar. Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk solat Jumaat. Selepas solat, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1960. Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.

    Dol Said
    Nama sebenar Dol Said ialah Abdul Said. Beliau lahir pada tahun 1773 dan berasal dari suku Semelenggang. Dol Said dilantik menjadi Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu beliau berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah berkenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan cara peperangan.
    Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain. Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832. Dol Said meninggal dunia pada pada tahun 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

        Rosli Dhobi
    Rosli Dhobi merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British. Beliau lahir pada tahun 1932 di Kampung Pulo, Sibu, Sarawak. Ayahnya bernama Dhoni bin Buang dan beliau bereketurunan Melanau.
Rosli dikatakan penjuang kemerdekaan apabila berlakunya peristiwa beliau bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.Faktor yang menyebabkan beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibu beliau kerana ibu beliau telah diugut akan ditembak. Selepas beberapa bulan dalam Penjara di Kuching. Rosli akhirnya maut di tali gantung pada 2 Mac 1950. Turut sama digantung adalah rakan seperjuangannya Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.Kematian mereka berempat telah menyebabkan gerakan penentangan anti-kolonialis di Sarawak berakhir secara mendadak.
    Mereka semua dikebumikan di situ juga, di Penjara Pusat Kuching, tanpa batu nisan di bawah tembok perkarangan penjara.Ini kerana Pihak British bimbang akan kebangkitan semula gerakan penentangan anti-Kolonial yang telah tamat secara mendadak selepas kematian mereka berempat.Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkuburan Penjara Kuching, Pada 2 Mac 1996, keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak,berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu.Ketika itulah,Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.

        Rentap
    Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak berketurunaan.Rentap bermaksud penggoncang   dunia. Beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan  Raja Putih Brooke. Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Skrang. Rentap yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke kerana Brooke telah merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.
Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun 1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu diSungai Skrang. Pihak British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang.
Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman diSungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861 barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa buah meriam.
Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.

  

Faisal Ibn Turki Ibn Abdullah

Faisal Ibn Turki lahir pada tahun 1785. Faisal merupakan penguasa kedua negara Saudi selepas kemangkatan ayahnya yang dibunuh oleh Mushari Ibn Abd Al-Rahman. Ayahnya dibunuh semasa selesai mengerjakan solat jumaat pada 9 Mei 18341. Selepas mengetahui berita kematian ayahnya. Faisal pada waktu kerika itu berada di Hasa bagi menghantar operasi militia telah segera balik ke Riyadh bagi menyelesaikan pemberontakan yang dilakukan oleh Mushari.2 Abdullah Ibn Rahsid  iaitu pembantu  Faisal yang berasal dari Hail telah membunuh Mushari mengunakan pedangnya sendiri.3 Oleh itu, Faisal telah dapat mengalahkan Mushari dan menjadi pemerintah pada Kerajaan Saudi pada tahun 1834. Beliau dikatakan dengan tergesa-gesa meminta masyarakat di Riyadh bersumpah taat setia dan telah menjemput qadhis dari wilayah yang berbeza ke Riyadh.   
  Qadhis ini dijemput sebagai tetamu selama sebulan sebelum pulang dengan membawa hadiah. Beliau juga telah menyebarkan pesanannya kepada masyarakat supaya kembali setia pada Islam. Keadaan ini menyebabkan para Amir dari kawasan Oasis dan ketua-ketua kabilah Badwi telah datang ke Riyadh bagi mengangkat sumpah taat setia kepada penguasa yang baru iaitu Amir Faisal Ibn Turki Ibn Abdullah. Faisal telah mengambil cukai di kawasan tersebut.      Walaubagaimanapun, Wadi al-Dawasir, al-Aflaj dan Qahtang enggan memberi ufti dan ini menyebabkan Faisal telah menghantar pasukannya bagi menumpaskan pemberontakan. Selepas itu, wujudnya masalah di kawasan Arab Timur kerana tentera Riyadh di bawah pimpinan Mameluke Zuwaid telah berperang dengan Bahrain. Tetapi disebabkan terdapat masalah baru iaitu Iran. Penguasa Bahrain bersetuju untuk membayar kepada Riyadh sebagai simbol ufti sebanyak 2,000 rials dan Faisal berjanji untuk melindungi Bahrain dari pihak luar.      Selepas kekalahan pada tahun 1833, Muhammad Ali cuba mengambilnya kembali pada tahun 1835. Hal ini kerana kawasan itu merupakan kunci kepada Saudi. Beliau mengarahkan Ibrahim Pasha dan Ahmad Pasha dengan pasukannya yang baru seramai 18000 orang tentera Mesir. 4Tetapi usaha mereka ini mengalami kegagalan. Oleh itu, Muhammad Ali telah mengarahkan Khurshid Pasha menakluk Asir dan Yemen. Muhammad Ali juga berasa bimbang dengan Faisal kerana beliau menganggap bahawa Faisal sebagai satu ancaman bagi dia. Sejak dari itu, Muhammad Ali sentiasa berbalah dengan Faisal dan dibantu oleh Khurshid Pasha. Apabila kemenangan jatuh ke tangan Muhammad Ali dan Khurshid Pasha, mereka telah menyokong Khalid Ibn Saud iaitu merupakan anak kepada Amir Saud dan merupakan abang sulung kepada Abdullah Ibn Saud memerintah di Saudi. Walaubagaimanapun Khalid hanya memerintah secara boneka sahaja. Beliau menguasai wilayah selatan Riyadh.5Faisal telah melarikan diri dan berlindungan dengan orang-orang Badwi apabila mengalami kekalahan. Faisal juga pernah dipenjara oleh Khurshid Pasha di Mesir sebanyak dua kali. Peristiwa ini berlaku pada bulan Oktober, 1838. Semasa itu, Faisal terpaksa melindungi dirinya di Dilam dan pasukan tentera Khurshid Pasha telah melakukan  kepungan selama sebulan.6 Ahirnya mereka dapat juga menangkap Faisal 10 Disember 1838. Kejayaan Khurshid Pasha ini berlaku apabila Khalid Ibn Saud telah bekerjasama dengan beliau dan dikatakan juga teman Faisal iaitu Abdullah telah meninggalkan beliau semasa peperangan kerana takut kehilangan takhta dan kepala akan dipancung. Faisal  juga pernah hendak berdamai dengan Khurshid Pasha tetapi usaha beliau itu tidak berjaya.
   Pada  tahun 1843, Faisal telah berjaya melarikan diri dari penjara di Mesir semenjak beliau dipenjara pada tahun 1838. Sesetengah pendapat sejarawan berpendapat bahawa Abbas Pasha iaitu cucu kepada Muhammad Ali telah menolong Faisal. 7 Beliau berharap menjadi bakal pembantu kepada Faisal dan dapat bekerjasama dengan orang-orang Arab. Ketibaan Faisal di Jamal Shammar telah disambut oleh rakan lamanya iaitu Abdullah Al Rashid dan abangnya Ubaid. Faisal dan Abdulah menjalinkan hubungan berdasarkan faktor politik. Penguasa Hail ini telah sudi memberi angkatan tentera, haiwan dan wang kepada Amir Faisal. Faisal telah memberi pesanan kepada seluruh masyarakat Najd. Beliau mengatakan bahawa beliau sudah kembali dan mengharapkan sokongan dari daripada masyarakat Najd.    
Faisal telah merancang strategi bagi membolehkan beliau kembali berkuasa dan meneruskan pemerintahan keluarga Saud. Rancangan beliau ini disambut baik oleh Abdullah Al Rashid dan beliau turut sama membantu Faisal. Faisal merancang untuk menguasai daerah Qasim, Sudair dan Washm dan akhirnya Riyadh.8 Beliau juga telah mendapat sokongan daripada setiap wilayah-wilayah ini bagi mengalahkan Ibn Thunayyan. Faisal juga telah berunding dengan Ibn Thunayyan dan beliau mengatakan kepada Ibn Thunayyan supaya meninggalkan Ibu Kota dan membawa segala harta benda dari Riyadh. Tetapi ditolak oleh Ibn Thunayyan dan masih berdegil untuk berlindung dalam Kota.   
Akhirnya Ibn Thunayyan dapat juga ditangkap dan dipenjarakan. Pada bulan Julai Ibn Thunayyan telah mati kerana diracun. Setelah sembilan tahun berlakunya kekacauan, penjajahan asing dan konflik dalaman di Riyadh. Akhirnya Faisal dapat kembali memerintah di negaranya sendiri dan dapat meneruskan kekuasaan keluarga Saud. Faisal merupakan pemerintah yang cekap dan kuat. Beliau telah menyatukan wilayah-wilayah pusat dan Timur Saudi. Beliau juga mengadakan hubungan dengan pihak luar seperti Mesir, Turki dan British.9
    Setelah kedudukan pemerintahan Faisal stabil di Najd. Beliau mahu menguasai kembali Al Hasa dan telah menyerang wilayah Manasir, Al Murra dan Bani Hajir bagi mengembangkan pengaruh kekuasaanya. Sepanjang pemerintahan Faisal, hubungan persahabatan beliau dengan Abdullah Al Rashid menjadi sangat rapat sehingga menjalinkan hubungan kekeluargaan. Anak sulung Faisal iaitu Abdullah telah berkahwin dengan anak perempuan Al Rashid. Talal anak lelaki Abdullah Al Rashid juga merupakan menantu kepada Faisal. Abdullah Ibn Rashid juga dikatakan orang yang sangat penting kepada Faisal dan diibaratkan sebagai tulang belakang kepada Faisal dalam memeperluaskan kekuasaannya.10 Ubaid juga telah berada di Riyadh selama bebrapa bulan sebagai tetamu kepada Faisal. Pada tahun 1847, Faisal telah membantu Ubaid bagi memerangi Anaiza yang merupakan musuh lama beliau. Keadaan ini menyebabkan Jamal Shammar dapat memperluaskan wilayah takluknya.     Abdullah Al Rashid meninggal dunia sama ada bulan Mei atau bulan Jun. Takhta kerajaan di beri kepada anaknya iaitu Talal pada waktu itu berumur 25 tahun. Walaupun Ubaid mempunyai reputasi yang kuat sebagai seorang ketua. Tetapi beliau menolak. Semasa Talal memerintah Hail, beliau masih meneruskan penghantaran unta dan kuda ke Riyadh sebagai syarat bahawa beliau masih mempunyai pergantungan kepada kerajaan pusat (Riyadh).  Pada bulan Mei, 1854 Anaiza memberontak kembali. Faisal telah mengarahkan anaknya iaitu Abdullah untuk muncul berhampiran dengan kawasan Anaiza dengan ditemani sebuah pasukan. Penentangan Abdullah terhadap Anaiza berlaku dikawasan pokok-pokok kurma. Talal Al Rashid juga membantu Faisal dalam hal pemberontakan ini. Pada tahun 1855, pemberontakan ini  berakhir dan masyarakat Anaiza dapat kembali hidup dengan aman. Abdullah Al Zamil dan juga digelar Sulaim dapat kembali ke Anaiza sebagai Amir di kawasan itu. 
   Faisal juga ada mengadakan hubungan dengan Kerajaan Uthmaniyyah dan Hijaz. Tetapi hubungan mereka ini tidaklah sebaik yang disangka kerana mereka sering berbalah antara satu sama lain. Sebagai contoh pada tahun 1854 hingga tahun 1855, Faisal telah melambat-lambatkan pembayaran penghargaan  semasa berlaku pergolakkan di Hijaz. Mungkin ini disebabkan Khalid Ibn Saud berada di Hijaz dan beliau juga mempunyai konflik dengan Turki. Semasa berakirnya era pemerintahan Faisal,  telah berlaku konflik antara Abdullah dengan Saud. Hal ini berlaku disebabkan ketidakpuas hati Saud terhadap abangnya Abdullah. Mereka telah berbalah antara satu sama lain. Manakala Muhammad telah memihak kepada Abdullah dalam perbalahan ini. Anak bongsu Faisal iaitu Abd al- Rahman masih terlalu muda semasa perbalahan antara sesama beradik itu. Walaubagaimanapun, anak Abd al-Rahman yang telah meneruskan kegemilangan kekuasaan keluarga Saud iaitu Amir Abd Aziz semasa Kerajaan Saudi Moden. 
    Pada tahun terakhir kematiannya, keadaan kesihatan Faisal semakin teruk. Beliau mempunyai masalah penglihatan iaitu dikenali sebagai trachoma.11 Semasa Colonel Pelly melawat Mesir pada tahun 1865, penglihatan Faisal sudah menjadi buta. Pada waktu itu Faisal berusia 70 tahun dan segala pentadbiran di Riyadh telah dilakukan oleh anak sulungnya Abdullah. Faisal Ibn Turki meninggal dunia pada bulan Disember 1865 dan beliau merupakan salah satu pemimpin yang berkebolehan dalam semua aspek. Walaupun pada mulanya beliau mengalami kekalahan pada kerajaan Uthmaniyah. Tetapi akhirnya beliau berjaya bangkit semula dan menguasai Riyadh yang sebelum ini diperintah oleh Abdullah Thunayyan.     

Arab saudi

Negara Saudi kini terbentuk melalui tiga peringkat iaitu Kerajaan Saudi Pertama, Kerajaan Saudi Kedua dan terakhir Kerajaan Saudi Ketiga ataupun dikenali sebagai Arab Saudi Moden. Kerajaan Saudi Pertama berlaku pada zaman kegemilangan Amir Muhammad Ibn Saud yang telah dibantu oleh Ibn Abdul Wahhab. Amir Muhammad merupakan seorang pemerintah Ibu Kota Dir'iyah. Apabila beliau memberikan perlindungan kepada Abdul Wahhab. Abdul Wahhab telah menjanjikan bahawa Amir Muhammad akan memperoleh satu jajahan kerajaan yang besar sekiranya beliau membantu dalam menyebarkan ajaran tauhid ini dan hal ini terbukti dengan wujudnya Negara Saudi kini.1 Usaha Amir Muhammad telah diteruskan oleh anaknyanya iaitu Abdul Aziz. Pada zaman Abdul Aziz pula, beliau telah menjalankan aktiviti ketenteraan, pentadbiran dan dakwah. Abdul Wahhab masih lagi menjadi penasihat kepada Abdul Aziz sehingga kewafatannya pada tahun 1792. Sejak kewafatan Abdul Wahhab mulalah masalah kepada Abdul Aziz kerana menerima ancaman daripada Kerajaan Uthmaniyyah. Tetapi disini kami hanya membincangkan peristiwa yang berlaku semasa Kerajaan Saudi Kedua iaitu pada tahun 1824 hingga pada tahun 1891. Kerajaan Saudi kedua merupakan proses pemulihan kuasa kerajaan apabila berakhirnya Kerajaan Saudi yang Pertama.
     Kegemilangan zaman Kerajaan Saudi Pertama ini berakhir pada september, 1818 apabila Amir Abdullah iaitu anak Abdul Aziz telah menyerah diri  kepada kerajaan Uthmaniyyah dan kalah kepada Ali Pasha iaitu seorang Gabenor Mesir dan anaknya, Tusun Pasha. Kekalahan Amir Abdullah ini disebabkan beliau tidak mengikut strategi yang disarankan oleh ayahnya dalam peperangan menentang Mesir. Hal ini kerana baginda telah  menerima perjanjian damai dengan Tusun Pasha apabila berjaya menewaskan tentera Mesir pada peringkat awalnya.2 Selain itu, ada juga antara penyokong Saudi yang telah membelot dengan memberitahu Ibrahim tentang strategi saudi apabila menerima sogokan daripada pihak musuh.3 Keluarga Saud telah ke Mesir selepas mengalami kekalahan. Sebenarnya Kerajaan Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Mahmud II mengarahkan gabenornya menentang keluarga Saud kerana baginda bimbang dengan perluasan kawasan yang dilakukan oleh keluarga itu.
    Selepas kekalahan keluarga Saud, Ibrahim tidak dapat mengukuhkan kekuasaannya di Tanah Arab kerana beliau dibenci oleh rakyat disebabkan melakukan keganasan iaitu membunuh ribuan manusia dan merosakkan harta benda. Oleh disebabkan tindakan Ibrahim itu, ayahnya iaitu Muhammad Ali telah memerintahkan Ibrahim kembali ke Mesir bagi mengelak berlakunya perselisihan faham dengan kerajaan Uthmaniyyah. Sekembalinya Ibrahim ke Mesir, Turki Ibn Abdullah telah mengambil kesempatan menegakkan kembali kuasa keluarga Saud. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Amir Turki berjaya menegakkan kembali kekuasaan Keluarga Saud. Pertama, baginda merupakan pemerintah yang cekap dan tahu apabila terdapatnya peluang untuk megukuhkan kekuasaan. Kedua ialah baginda telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada golongan ulama dan yang ketiga ialah baginda mempunyai ilmu agama yang tinggi. Oleh itu, pengasas kepada Kerajaan Saudi Kedua ialah Turki Ibn Abdullah. Tetapi era kegemilangan Kerajaan Saudi Kedua adalah semasa pemerintahan anaknya iaitu Faisal Ibn Turki Ibn Abdullah Ibn Muhammad pada masa pemenrintahan beliau yang kedua antara tahun 1843 hingga 1865

Tuesday, March 30, 2010

paderi masuk islam

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

Sunday, March 28, 2010

aKu&KAu

ya Allah mengapa dengan diri ku ni!!! Mengapa hati ku rasa begitu..?? Apa yang sudahku lakukan..?? Bagi la ku petunjuk mu..Aku hamba Mu selemah-lemahnya.. Berdosakah aku!!! Mengatakan begitu.. Salahkah aku bertindak begitu.. Adakah ku menguris hatinya mengatakan sesuatu begitu????....Ku tidak mengerti.......

Aku ingin memohon seribu kemaafan...Ampunkan daku..Ku tak sengaja.. Aku tidak berniat menguris hatimu..Betul aku tidak sengaja!! Jangan la simpan dendam dalam hatimu.. Janganlah menjarakkan hubungan kita ini..Janganlah tidak menghiraukan aku ini.. Aku insan biasa.. Aku mempunyai hati dan perasaan..Hatiku sakit bila kau bertindak sebegitu..

Katakanlah sesuatu bila berjumpa denganku..Ku inginkan tindakbalas mu..Katakanlah apa sahaja!!! Marahlah aku!!Kutuklah aku!!!Janganlah kau berdiam diri..Aku tidak sanggup menanggungnya.. Cakap HAI pun tidak mengapa...Akanku anggap bahawa kau sudah memaafkan ku..TETAPI

Janganlah kau mengatakan pula sesuatu akan keburukan diriku kepada orang lain.. Ingatlah...Aku insan biasa..Aku mempunyai hati dan perasaan.. Janganlah membuat orang lain prejudis kepada diriku.. Aku tidak boleh hidup tanpa mereka.. Aku tidak mahu bersendirian..Aku tidak mahu!!! Setiap solat ku akan ku akhiri dengan doa memohon supaya Allah membuka hati mu menerima diriku.. Akan ku tangisi.....Bukan ku menceritakan kerna ku mahu simpati mu.. Aku hanya ingin kau tahu..Bahawa aku bersungguh-sungguh..Betul!! Aku bersungguh-sungguh..


Inilah nukilan hatiku.. Sejujurnya..Aku tidak mahu menjadi seorang hipokrit..Aku tak mahu.. Munafik!!! Tidak sesekali.. Aku tidak mahu.. Betul aku tidak mahu.. Jika kau masih mahu menerima diriku..Akulah insan paling bahagia.. Tetapi janganlah kau menghendaki aku dengan sesuatu yang bukan diriku sebenarnya... Sejujurnya aku tidak boleh..!! Betul...Aku tidak boleh..Terimalah aku dengan keadaan diriku sebenar..Aku harap dikau mengerti..

Alangkah seronoknya jikalau kau memahami kata-kataku ini.. Tetapi sungguh malang..Seribu kali malang.. Kau ialah kau..Aku ialah aku.. Kita berbeza...Dunia kita berbeza.. Kerna kau hanyalah

seekor kucing yang merajuk kerna ku tidak bagi makan untuk tengahari..huhuhuhu..:-)

Thursday, March 18, 2010

Mengapa kita berbeza???

Mengapa kita dicipta pelbagai...
warna
keturunan
bangsa
kaum
bahasa
agama
kepercayaan
adat

Mengapa kita juga mempunyai pandangan dan pemikiran yang berbeza....

Mengapa??Mengapa??

Pernahkah kita memikir perkara ini...
Adakah hanya kebetulan...
Tanpa ada hikmah disebaliknya...


Kerana setiap kejadian yang dicipta oleh Allah mesti ada hikmahnya...
sama ada kita menyedari ataupun tidak..

Ataupun kita lupa...
Kerana kita sering berbalahan dan bermusuhan antara satu sama lain.
Menganggap diri kita hebat..
Sedarkah kita mengapa kita berbeza??

Kerana supaya kita dapat mempelajari sesuatu ilmu yang baru dan sering bertukar-tukar pendapat dan..
Supaya diri kita sentiasa menerima kelemahan diri sendiri dan memikirkan pandangan orang lain dalam proses mencari ilmu...
Kerana kita ialah khalifah Allah..

Dan yang paling penting...

supaya manusia itu sentiasa mengasihani sesama manusia tanpa memikirkan perbezaan yang ada pada kita

Renung2xkan..selamat beramal

Saturday, March 13, 2010

Mustafa Kamal Ataturk

Mustafa kamal merupakan pengasas negara Turki Moden dan ini sesuai dengan gelaran Ataturk iaitu bapa moden turki. Beliau juga digelar al-ghazi iaitu orang yang memerangi. Beliau dilahirkan di Salonika iaitu merupakan bandar dalam wilayah Macedonia yang sebahagian daripada kerajaan Uthmaniyyah. Mustafa kamal merupakan seorang Dunmah iaitu daripada kalangan bangsa yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam. Bapa Mustafa iaitu Ali Reza Afandi (ada juga mengatakan hanya bapa tiri) merupakan seorang peniaga kayu-kayan. Tetapi apabila perniagaannya gagal beliau menjadi seorang pemabuk dan meninggal dunia.

 Semasa Mustafa Kamal berusia 12 tahun, beliau masuk sekolah tentera di Salonika. Di sekolah tersebut, beliau telah menunjukkan kebolehannya sebagai seorang pemimpin sehingga gurunya mengelarkannya 'kamal' iaitu kesempurnaan. Sejak itulah beliau digelar Mustafa Kamal. Beliau juga hidup bersama isterinya hanya setahun sahaja kerana kefasikkannya.

Mustafa Kamal hidup dalam kemaksiatan. Semasa saat kematiannya juga sangat hina dan mengerikan akibat keangkuhannya kepada Allah s.w.t. Pelbagai penyakit yang beliau hadapi seperti penyakit limpa yang membengkak kerana ketagih arak, darah tinggi, kulit gatal, perut membengkak dan radang paru-paru (pneumonia). Beliau juga tidak dapat tidur kerana menghidap penyakit insomnia sehingga kena makan ubat tidur. Keadaan kesihatannya menjadi semakin teruk apabila musim panas kerana badannya akan sakit2x sehingga ketul2x ais terpaksa diletakkan di sekeliling kabin kapal layarnya, savarona bagi meyejukkan badan tetapi tidak berhasil. Keadaan ini sama juga semasa di Istana. Beberapa ahli bomba dipanggil dan memancutkan air ke dinding bilik tidurnya sehingga beliau meranung-raung kesakitan.

Semasa hayat beliau, beberapa undang-undang dilaksanakan dan bercangganh dengan Islam. Antaranya ialah:
  • Membolehkan perempuan pakai tudung asalkan memakai skrit.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang asalkan memakai tie dan topi. (mengikut cara barat)
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai 
  • Beliau menegaskan bahawa negara tidak akan maju jika rakyat tidak memakai pakaian moden.
  • Mengalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan al-quran dicetak dalam bahasa turki.
  • Azan digunakan dalam bahasa turki dengan membuang unsur-unsur arab dan parsi.
  • Mengambil arkitek2x luar dan diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugu di seluruh bandar turki.
  •  Agama Islam tidak dijadikan agama rasmi.
  • Mengubal undang-undang perkahwinan berdasarkan undang-undang barat
  • Menukar masjid Ayasophia kepada muzium dan beberapa masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid dan larang solat berjemaah.
  • Menghapuskan penggunaan kalendar Hijrah dan menukar huruf arab kepada latin.

Monday, March 8, 2010

Istilah perkataan yahudi dan kristian....

Perkataan yahudi berasal daripada Juda iaitu nama anak salah seorang Nabi Yakub dan orang-orang luar memanggil agama yang diikuti oleh anak-anak Juda di negeri Judia sebagai Judalsm (yahudi). Ini menunjukkan perkataan yahudi bukan berasal daripada kitab taurat, tahmud dan mitha.. Tetapi hanya penciptaan.

Perkataan kristian berasal daripada musuh-musuh ataupun mereka yang menetang ajaran Nabi Isa iaitu dengan memanggil pengikut-pengikut Nabi Isa sebagai kristian.

Oleh itu, Nabi Isa dan Musa tidak pernah mengataakn mereka beragama yahudi atau Kristian tetapi sebaliknya mereka mengatakan bahawa mereka menyerahkan diri kepada tuhan (islam)

www.wakeupproject.com

Di manakah kitab Injil yang sebenar????

Constantine (Raja Rom) berpura-pura menganut kristian tetapi hakikatnya beliau merupakan seorang Raja Sihir. Beliau telah memilih agama kristian sebagai agama rasmi atas disebabkan faktor-faktor politik. Constantine telah memilih beberapa gospel yang akam dimasukkan dalam kitab Injil yang baru (bible). Beliau telah memilih sebanyak 4 gospel daripada 80 gospel iaitu gospel matthew, luke, mark dan john. (keempat-empat gospel ini berunsurkan sifat ketuhannya berbanding sifat kemanusiaan Nabi Isa). Kitab Injil sebenar berada:
  • gunung-gunung terpencil Ethiopia
  • disorok dan dipelihara di perpustakaan rahsia Vatican
  • dipelihara dalam bahasa Afrika yang hampir pupus
  • dibeberapa gereja purba di Timur Tengah
  • di temapt kelahiran Nabi Isa (Jerusalem)




 www.wakeupproject.com

Saturday, March 6, 2010

7 warisan silam dan keajaiban dunia


KOTA MACHU-PICCHU,PERU

Machu Picchu bermaksud 'punca purba' yang dipercayai dibina sekitar 1430 s.m  dan kota ini telah ditinggalkan pada zaman penaklukan tentera sepanyol. Kota ini mempunyai ketinggian 2430 meter daripada paras air laut dan hanya diketahui dunia luar pada 1911 melalui pendedahan Hiram Bingham , ahli sejarah Amerika yang mendapati ia pernah menjadi penempatan sekurang-kurangnya 1200 orang. Struktur Machu Picchu terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu pusat pertanian,bandar dan keagamaan









CHRIST REDEEMER. RIO DE JANEIRO,BRAZIL

Patung Jesus Crist di Rio de Jeneiro menjadi simbol kepada agama kristian katholik di Brazil yang terletak setinggi 700 m di puncak Gunung Corcavado di Tijuca Forest National Park. Dekorasi seni bina ini adalah patung terbesar di dunia yang mempunyai ketinggian 39.6 m termasuk 9.5 m alas tiang dan 30 m lebar dan mempunyai berat 635 ton. Pembinaan patung ini mengambil masa selama 9 tahun bermula pada tahun 1922 hingga 1931dengan kos sebanyak AS250,000.





 


TAJ MAHAL DI AGRA, INDIA

Taj Mahal dibina pada zaman pemerintahan Jehan Shah pada tahun 1632 dan siap pada tahun 1648. Taj Mahal dibina bertujuan menjadi lambang rasa kasih sayang dan cinta Shah Jehan kepada isterinya iaitu Mumtaz Mahal. Bangunan ini dibinas berdasarkan gabungan elemen dari parsi, india dan islam.






  



COLOSSEUM, ROM, ITALI


Colosseum atau juga dikenali sebagai Roman Coliseum berasal  daripada gelanggang terbuka Flavian yang terletak di pusat bandar Rom di Itali. Bangunan yang menonjolkan kehebatan seni bina dan kejuruteraan Roman ini dibina pada 70 dan 72 s.m. dibawah kerajaan Vespian dan selesai bina pada 80 s.m di bawah kerajaan Titus.






 


 KOTA PETRA, JORDAN

Khazanah kota lama petra atau dikenali sebagai The Red Rose City adalah seni bina unggul ukiran batu dan gunung berwarna merah yang berada di bawah lindungan pertubuhan pendidikan, saintifik dan kebudayaan Bangsa-bangsa bersatu (UNESCO) sebagai tapak warisan silam. Kunikan  Siq ialah gurun batu pasir sempit dengan ketinggian yang mencecah hinggs 183 m mempunyai ukiran muka bangunan yang menjadi pintu masuk utama ke Petra.





 


CHICHEN ILTZA, MEXICO

Chichen Itza di daerah Semenanjung Yucatan, Mexico terletak kira-kira 120 km daripada Merida. Chichen Itza bermaksud 'mulut telaga Itza' adalah lokasi arkeologi kedua popular di Mexico. Piramid Kukulkan di Chichen Itza yang dikenali sebagai El Castillo (istana) mempunyai ketinggian 24m. Sebahagian besar daripada piramid Kukulkan di Chichen Itza turut mempunyai beberapa tempat arkeologi yang banyak mempunyai kaitan dengan budaya Mayan.





  

TEMBOK BESAR CHINA

Tembok Besar China adalah bangunan yang dibina di antara abad ke-5 dan abad ke-16 dengan tujuan untuk melindungi bahagian sempadan daripada orang-orang gasar ketika pemerintahan beberapa dinasti. Salah satu   daripada tembok yang polular dibina pada zaman pemeritahan Shih Huang Tin dan selebihnya semasa zaman dinasti Ming. Tembok ini mengunjur sepanjang 8851.8 km iaitu      merangkumi sepanjang 6259.6 km tembok sebenar, 359.7 km kawasan parit dan 2232.5 km penghadang semulajadi iaitu bukit-bukit dan sungai. 

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons