Sunday, June 19, 2011

Peribadian wanita ibarat seperti bunga

Mengapa saya katakan wanita ibarat seperti bunga? Kenapa tidak ibarat seperti benda lain?Contohnya, haiwan ke? Makanan ke? Kenapa bunga sering dikaitkan dengan wanita? Ada apa dengan bunga?
Pernah tak kita terfikir seperti apa yang saya katakan tadi? Sebenarnya saya rasa banyak tokoh-tokoh yang sudah mentafsir mengapa wanita diibaratkan seperti bunga. Bunga juga mempunyai beberapa jenis, warna, bentuk dan bau. Kalau tidak takkan bunga  menjadi  intipati untuk membuat minyak wangi. Ada ke haiwan dijadikan intipati untuk membuat minyak wangi? Tak pernah dengar pun... Korang!!
Malaslah  tulis panjang sangat mengenai tafsiran bunga ini. Sebenarnya saya suka kaitkan sesuatu spesies bunga itu dengan wanita  SEBAB bunga itu unik, ada keistimewaan tersendiri dan cantik. Begitu juga wanita. Disini saya listkan beberapa spesies bunga yang mempunyai persamaan dengan peribadian wanita yang saya rasa berkait.... Moh le baca...............:::=)

Bunga Ros

Saya rasa majoriti daripada kita sukakan bunga ros. Hal ini disebabkan bunga ros wangi dan cantik. Dalam bunga ros ini juga terdapat beberapa warna. Ada warna putih, pink,merah dan kuning. Setiap warna  membawa tafsiran yang berlainan. Bagi saya bunga ros ini melambangkan seorang wanita yang cantik, pengoda, digilai oleh ramai orang. Walaubagaimanapun, saya mentafsirkan juga bunga ros ini seorang yang licik dan berbahaya kerana walaupun cantik tetapi jika kita leka kita mungkin akan terkena durinya. So, hati-hatilah kalau berdampingan dengan wanita yang ibarat seperti bunga ros.

Bunga orkid

Bunga orkid juga mempunyai beberapa spesies dan warna. Bagi saya wanita yang diibaratkan seperti bunga orkid ini merupakan seorang yang cerewet dan mahu perfect sebab jika kita tengok penjagaan bunga orkid ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggilah juga. Yela, Pokok orkid tidak memerlukan tanah untuk ditanam. Pokok orkid memerlukan arang dan tidak boleh terdedah dengan cahaya matahari yang tinggi. Lepas itu kena sentiasa dijaga agar pokoknya sentiasa dalam keadaan baik.

Bunga kertas

Bagi saya penjagaan pokok bunga kertas simple sahaja. Oleh sebab itulah, ramai yang suka tanam pokok bunga kertas. Tidak cerewet seperti pokok orkid. Oleh itu, saya tafsirkan wanita  ibarat bunga kertas ini merupakan seorang yang simple dan tidak banyak songeh. Selain itu, dia pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi.

Bunga seri pagi

Pernah tengok bunga seri pagi. Setahu saya bunga seri pagi berwarna ungu dan hanya mengembangkan bunganya pada waktu pagi sahaja. Bila waktu malam ia kuncup balik. Sebab tulah nama bunga ini bunga seri pagi. Bagi saya wanita ibarat bunga seri pagi ini seorang sensitif seperti mana bunganya. Selain itu, bunga matahari juga seperti bunga seri pagi dimana hanya sensitive pada cahaya matahari sahaja.

Bunga tahi ayam

Sebenarnya saya sukakan bunga tahi ayam. Mesti ramai yang tergelak bila dengar statement saya tu. Biarlah korang nak gelak sebab ada sebab mengapa  saya pilih bunga ini. Jika ramai diantara kita sukakan bunga ros sebab kecantikan bunga itu tetapi bagi saya bunga tahi ayam juga cantik walaupun namanya buruk. Ramai diantara kita menganggap bunga tahi ayam itu berbau busuk seperti mana namanya tapi bagi saya bunga tahi ayam itu wangi. Bagi saya juga, pada pandangan umum  wanita diibaratkan bunga tahi ayam ini seorang yang jijik, buruk dan tidak ada keistimewaan. Oleh sebab itu tidak ramai yang suka akan wanita ini. Tetapi disebalik namanya yang buruk dari pandangan orang ramai itu wanita ibarat bunga tahi ayam ini sebenarnya seorang yang cantik dan humble. Bunga ini juga sebenarnya tidak berbahaya. Walaubagaimanapun bunga tahi ayam jika kita memegangnya secara kasar boleh menyebabkan bunganya itu luruh. Oleh itu saya andaikan wanita ibarat bunga ini juga seorang yang perlu dijaga dan dibelai dengan lemah-lembut kerana wanita itu dilahirkan dalam sifat lemah-lembut dan penyayang.

Bagi saya setiap wanita itu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Wanita ini dicipta untuk menenangkan dan membantu kaum adam seperti mana hawa dicipta untuk nabi adam. Sebenarnya jika kita fikir-fikirkan balik wanita dan lelaki memerlukan antara satu sama lain dan saling lengkap-melengkapi. Oleh itu, tidak ada cacat-celanya ciptaan Allah terhadap wanita dan lelaki. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya. Kita je yang selalu membuat perbandingan antara satu sama lain....:: Renung2xkan =)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons