Wednesday, January 26, 2011

BabY PeremPuAN & LelakI SamE jeR..................::

Sekarang ini isu pembuangan bayi semakin banyak kita dengar kat newspaper, tv radio & juga kat internet.. Makin lama membaca & menonton tentang isu ini makin sedih di buatnya.. Sampai hati diaorang buang anak sendiri kat longkang,tong sampah, tepi tangga masjid/surau,depan klinik swasta & lain-lain..Kalau kat tempat pembuangan bayi yang di khas oleh kerajaan tu oklah jugak.. Sekurang-kurangnya bayi tu bolehlah hidup lagi..Ini tak letak kat tempat-tempat kotor.. Dahlah letak kat tempat macam tu.. Kalau kena baham dengan binatang lagilah kesian..Ish4x Kesian kat bayi tu.. Diaorang pun nak hidup jugakkan.. Kadang-kala bila difikir-fikir balik macam zaman jahiliah moden pulak.. Cuma dulu zaman jahiliah buang & tanam bayi perempuan jer.. Tapi zaman ni lebih maju buang kedua-dua sekali(lelaki n perempuan).. Apa nak jadi pun saya tak tahulah.. Tak ada sifat perikemanusiaan betoilah  (Teremosi le pk)huhuhu~

Kebanyakkan golongan yang suka buang bayi ini mesti tak kahwin.. Buat benda-benda yang haram..Bila dah termengandung mulalah gelisah.. Tak boleh tidur dengan aman.. Yelah, dah malu tahap gaban.. Nanti masyarakat pandang serong kat dia.. Biasanya yang jadi mangsa keadaan golongan hawalah.. Golongan adam tu awal-awal lagi dah cabut lari tak nak bertanggungjawab.. Bile dah kena tinggal mulalah minta bantuan sana sini & lastly ye pergi klinik tak pun jumpa bomoh minta gugurkan kandungan.. Ish3x Nauzubillah....:0

Kalau tiap-tiap hari kes macam ni mesti gaji bomoh & tukang gugurkan kandungan kat klinik tu bertambah jadi lima angka.. Yelah, cuba bayangkan kalau sehari ada 5 kes pembuangan bayi.. Kalau darab dengan 7 hari dah berapa dah? 35 keskan.. Kalau setahun..ish3x.. Jadi kaya segeralah diaorang ni.. Tak payah main saham-saham dah.

So, benda ni kita nak salah kat siapa??/ Kerajaan ker? Mak bapak diaorang ker sebab tak didik anak-anak diaorang tentang ilmu agama? Tak pun nak salah kat media massa sebab suka tayang cerita2 yang agak kelucahan (betul ker ayat ni)huhu~ Tepuk dada tanya imanlah..

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons