Tuesday, January 18, 2011

s0meb0dy help me!!!!


PTPTN keluar pada 31 hb..Cukup ke duit nak menampung hidup di U ni..Lepas tu dengar cerita nak bagi rm250..Dikira oklah tu!! mesti ramai yang dah komplen duit PT lambat masuk..Yelah dengar cerita ramai yang makan maggi jer hari-hari..Kesian le pk dengar ye.. Ada juga dari kalangan pelajar yang minta duit PAMA..huhu~

Mesti ramai yang menagih simpati kat mak bapak diaorang duit tak cukup.. Standardlah kalau bab pinjam-memijam ni.. Nanti dah kerja kenalah bayar balik.. Adatlah...


Bagi yang berdikari sikit mesti akan buat kerja part-time macam berniaga ker? kerja kat fast foods ker? Tak pun kerja kat pentadbiran Kolej.. Yelah, duit asyik mengalir jer macam air bila masuk sem baru.. Tak pun ada yang waktu cuti sem buat kerja part-time lepas tu simpan kat bank.. Bagus betullah diaorang ni..:)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons