Wednesday, January 5, 2011

suATu KetiKa


Kenangan sewaktu kecil memang menyeronokkan.. Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.. Hanya fikir pasal main, tido tidur, makan dan jika hendakkan sesuatu hanya tunjuk sahaja..  Kalau tidak dapat akan sesuatu mula lah merajuk tak pun menangis.. Hehehe~ Tektiklah katakan..huhuh~....::

Alangkah ser0nok kalau dapat kembali ke zaman kanak-kanak...:: Jikalaulah ada doraem0n...Best yer!! Tak pun kereta yang boleh melintasi masa..Boleh ke zaman depan dan zaman lepas. Macam cerita Back To The Future..Kalaulah ada............................????

Tapi sekarang zaman kanak-kanak sudah lama berlalu.. Semakin lama semakin banyak benda dan tanggungjawab yang perlu dipikul.. Fikir pasal duit, kerja, belajar, makan, masalah dengan kawan-kawan, lecturer dan sebagainya.. Bila difikirkan memang memenatkan.. Patutlah ramai orang dewasa yang masuk ke Tanjung Rambutan.. Jikalau kita lihat kebanyakkan yang berada di Tanjung Rambutan bukanlah terdiri daripada orang-orang yang susah tetapi kebanyakkan golongan berada dan cerdik pandai.. Yang pasti tidak ada golongan kanak-kanak kat situ.. Sebab itulah saya katakan zaman kanak-kanak lagi best...TAPI!!!!

Bila kita berada di zaman kanak-kanak atau remaja mesti kita kata zaman dewasa lagi best... Betul tak! Kalau tidak takkan masa kita kecik-kecik dolo kita suka main kawin-kawin, masak-masak, main p0ndok-pond0k, main anak patung  dan banyak lah lagi.. Mesti ada antara k0rang yang suka bermekap masa kecik.. Letak gincu kat bibir tak pun letak bedak kat pipi sampai 3 inci.. Lepas tu kena marah gan mak.Hehehehe~..............::

Bila difikir-fikir balik, manusia ini mana ada yang bersyukur.. Selalu mengganggap benda yang bukan dialaminya sebagai sesuatu yang buruk.. Contohnya seperti inilah, bila dah besar teringin nak jadi budak balik..Masa kecik teringin nak besar.. Bila remaja nak kawin..Betul tak??? Sememangnya kita tidak pernah menghargai masa termasuklah diri saya~ Allah berfirman:
Demi masa...Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang beriman dan beramal S0leh...

RENUNG2KAN...:&  SELAMAT BERAMAL

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons