Tuesday, January 4, 2011

Best Frenz Forever @ Bad For Ever


Dalam dunia ini tidak sorang pun yang tidak mempunyai teman... Bohonglah kalau ada orang kata dia tidak mempunyai teman.. Semua orang perlukan teman...Bahkan haiwan juga memerlukan teman.. Begitu juga dengan saya.............::

Pelbagai definisi yang boleh kita perkatakan tentang teman..Kadang-kala kita menyebut sebagai kawan @ rakan.. Kawan juga bervariasi.. Ada kawan baik, kawan rapat, kawan karib, kawan biasa dan teman tapi mesra...huhuhu~Kita juga berkawan tidak kira siapa orangnya.. Asalkan kita selesa dengan orang itu.. Kadang-kala kawan merupakan orang paling penting dalam hidup kita berbanding dengan ahli keluarga atau orang lain.. Hal ini kerana kawan lebih memahami dan mengenali diri kita..

Kadang-kala juga kita perlu memilih kawan.. Banyak panduan dan cerita mengenai kawan.. Ada yang buruk dan ada yang baik..
Kawan yang baik adalah kawan yang boleh membimbing diri kita kearah kebaikan....
Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa menegur khilafan diri kita...........
Kawan yang baik akan memlihara kehormatan diri kita......
Kawan yang baik akan sentiasa ada tidak kira waktu senang atau susah.................
Kawan yang baik akan sentiasa mendoa  akan diri kita...........
Kawan yang baik akan menyimpan rahsia kita..................
Kawan yang baik akan cuba menceriakan diri kita apabila di timpa musibah.................

Alangkah beruntungnya diri kita apabila menemui kawan yang baik itu... Jangan sesekali mempersia-siakan dirinya... Kerana peluang itu hanya sekali seumur hidup....::
Bagaimana kita hendak mendapatkan kawan seperti itu?? Banyak buku yang memberi panduan kepada kita dalam memilih kawan supaya tidak wujud kawan makan kawan..............::
1         Pastikan kita berdamping dengan golongan ulamak dan cerdik pandai kerana mereka boleh membimbing diri kita ke arah kebaikan
2         Pilihlah kawan yang mempunyai persamaan dari segi minat dengan diri kita
3         Jangan mendampingi kawan yang fasik dan munafik
4         Hendaklah mengetahui latarbelakang kawan kita itu
5         Sentiasalah berdoa kepada Allah mudah- mudahan dipertemukan kawan yang baik.Amin!...:)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons