P0ligami.................:: Satu isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat sejak dahulu lagi.. Pelbagai prespektif dan pendapat yang diperkatakan tidak kiralah daripada golongan profesional atau daripada masyarakat.. Isu ini sudah sebati dan boleh dikatakan sudah lapuk dek zaman..Hehehe~
Kadang-kala mesti ada diantara kita berfikir kenapa p0ligami ini sering dikaitkan dengan lelaki..??Kenapa tidak dengan wanita?? Kenapa wanita jer jadi mangsa dek kerana si suami kahwin lain..?? Wanita tidak boleh ker bermoligami..??? Ada ker istilah moligami..??Hehehe~Kalau wanita ni berm0ligami habislah dunia.. Yelah istilah p0ligami ini bermaksud kahwin lebih dari satu.. Kalau wanita ni kahwin lagi satu nanti anak dia nak letak bin atau binti nama bapa yang mana satu?? Lepas tu keliru yang ni anak dengan sapa??? Lawak-lawak... Sebab tulah wanita ni tidak boleh berp0ligami.. Dari sudut hukumnya adalah haram.....::
Apa perasaan korang nanti kalau suami korang nak kahwin lagi satu.. Alasan yang diaorang bagi nak ikut sunah nabi.. Memang bagus kalau laki korang tu ikut sunah nabi tapi kita kenalah tengok jugak nabi berkahwin lebih dari satu disebabkan apa?? Kalau ikutkan sirah nabi berkahwin ramai selepas kematian isteri baginda tercinta saiditina Khadijah.. Lagipun kebanyakkan isteri-isteri nabi merupakan ibu tunggal.. Kalau bahasa kita panggil janda.. Nabi berkahwin disebabkan hendak membela nasib-nasib wanita yang kematian suami.. Bukan ikut nafsu seperti lelaki-lelaki sekarang ni.. Kalau kita teng0k diorang kahwin pun bukannya terdiri daripada ibu tunggal tapi yang masih dara.. Itu namanya gatal @ miang nak kahwin...
Kadang-kala kesian jugak kat wanita yang suaminya berp0ligami ini.. Yelah, nak kahwin pun tidak minta izin dulu.. Tup-tup dah ada madu.. Kahwin senyap-senyap kat siam.. Hai, itulah kalau laki dah gatal sangat.. Bukan fikir panjang kesan baik dan buruk dari perbuatan mereka itu.. Kalau kita nak salahkan wanita tu pun tak boleh jugak.. Yelah, ada sesetengah kes wanita yang jadi bini nombor dua ker? Nombor tiga ker? Bukan tahu yang lelaki diorang kahwin ini sudah beristeri...T up-tup lepas kahwin baru tahu.. Nak buat macam mana nasi sudah jadi buburlah katakan.. Ini belum lagi berlaku adil kat ister-isteri diorang lagi.. Percayalah lelaki yang mengamalkan poligami ini 100% tidak boleh berlaku adil.. Mesti ada yang terlebih dan terkurang..
Kalau lelaki ini sudah kemaruk sangat nak berp0ligami kenalah ukur badan sendiri.. Yelah kerja tak seberapa..Tiba-tiba nak kahwin lain.. Mana ada isteri yang suka..Nanti tak pasal-pasal makan minum semua isteri kena tanggung..Dek kemaruk sangat nak berp0ligami.. Kalau nak berp0ligami juga kenalah bersyarat dan mempunyai niat yang baik..Memang pada mulanya isteri akan marah tapi kalau niat kita itu baik dan ikhlas.. InsyaAllah, hati isteri akan lembut.. Secara tidak langsung si isteri itu akan mendapat pahala yang besar di sisi Allah SWT kerana sanggup berkongsi kasih suami dengan orang lain.. Tapi kalau boleh biarlah wanita yang memerlukan lelaki seperti isteri yang kematian suami.. Seperti mana Nabi Muhammad lakukan..
Tetapi kalau kita sudah dapat tahu yang kita sudahpun menpunyai madu janganlah kita buat benda-benda yang boleh merosakkan akidah kita.. Banyak yang saya baca kebanyakkan isteri yang dapat tahu suami diaorang kahwin lagi diaorang pergi jumpa bomoh.. Buat benda-benda yang tidak elok kat madu diaorang.. Nauzubillah~ Tidak baik buat macam tu.. Korang kena redha je la.. Maybe Allah hendak menguji diri korang.. Yelah, Allah akan meningkatkan darjat seseorang itu dengan memberi ujian kepada hambanya dengan ujian setimpal.. Kalau korang betul-betul tidak dapat menerima hakikat itu.. Ambil penyelesaian dengan cara yang baik seperti bercerai.. Tapi pastikan langkah itu merupakan langkah yang terakhir.. Kalau boleh tak payahlah sampai bercerai.. Seperti yang saya cakapkan tadi orang yang sanggup berkongsi kasih sayang suami dengan orang lain pahalanya besar..
Kalau kita ambil isu p0ligami secara optimistik ini lagi bagus.. Sebenarnya kalau kita hidup dengan suami yang mengamalkan p0ligami ini membolehkan diri kita lebih dekat dengan Allah dan anak-anak.. Yelah, tidak perlulah memikirkan sangat tentang hal-hal keperluan suami.. Lagi satu, kita boleh mengisi masa kita dengan hal-hal berfaedah seperti berjumpa saudara-mara atau rakan-rakan, menjadi seorang yang berkerjaya, melakukan perkara yang kita minat dan paling penting mengeratkan lagi hubungan kita dengan madu kita.. S0, jangan terlalu memikirkan perkara tentang poligami ini.. Seperti mana kata Dato Fadzilah Kamsah dari rancangannya selami jiwa..Jika seseorang suami itu hendak berp0ligami pastikan kasih sayang dan romantiknya kepada isteri pertama semakin bertambah kerana sanggup bermadu.. Keadaan ini akan membuat isterinya redha dengan tindakan suaminya itu.. Selain itu, kalau hendak berp0ligami bukan setakat berfikir 10 kali tetapi fikirlah sebanyak 1000 kali kesan baik dan buruk poligami itu...:) Renung-renungkan....:::
Tuesday, January 4, 2011
Hendak kahwin lagi!!!!
8:05 AM
dilla mozas @ SOO YOUNG
commentbox
Sekadar Renungan
Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
(Surah Ali-Imran ayat 190-194).