Thursday, January 20, 2011

PLASTIC SURGERY...CANTIK KER?

Cantik ker kalo buat plastic surgery.. Bagi sesetengah orang mesti kata cantik.. Yelah, boleh jadikan diri tu macam artis dan dapat mengekalkan kecantikan walaupun semakin lanjut usia.. Biasanya yang suka buat tu mesti orang kaya tak pun golongan artis yang sentiasa hendak perfect.. Ingat buat pembedahan tu murah ker? Orang biasa macam kita tak payahlah bermimpi nak buat... Lainlah kalau kahwin dengan dato ker? ??

Bagi sayalah tak perlulah buat plastic surgery ker? Cucuk botox ker?  Dan sebagainyalah..  Buang duit jer.. Saya tengok orang yang buat benda-benda macam ini bukan makin cantik makin tak cantik adalah.. Yelah, kita boleh tahu orang tu buat pembedahan plastik ker tidak! Kan2x.....................:::

                                                 
                                                                      Buruknye................

                        Kita boleh lihat perbezaan orang buat pembedahan plastik dengan tidak buatkan


Kita ini kenalah bersyukur dengan apa yang ada.. Allah sudah bagi muka dan anggota badan yang sempurna kepada kita..Cuba Allah bagi kita hanya satu tangan jer.. Tak pun tak ada hidung.. Macam mana kita hendak bernafaskan..So, janganlah kita terlalu excited nak mengubah ciptaan Allah dengan sewenang-wenangnya..Lagipun setiap yang kita ada ini hanyalah pinjam sahaja dan akhirnya dikembali kepada pemilikNya..:)

Walaubagaimanapun pembedahan plastik ini berguna juga kepada kita terutamanya bagi mangsa keadaan.. Sebagai contoh jika seseorang itu terkena asid.. Keadaan ini boleh menyebabkan dia menjadi hodoh dan kadang-kala boleh membuatkan orang lain berasa takut dengan dia.. Terutamanya bagi golongan kanak-kanak.. Oleh itu saya suggest kalau situasi macam ini bolehlah lakukan plastic surgery...

Moral value: Kalau nak cantik boleh tapi jagalah dengan elok-el0k.. Jangan ubah anggota badan jadi lain sudahlah Lastly, jangan tiru macam artis..Be yourself ok!


commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons