Friday, January 28, 2011

Siapa Itu Ahmeed Deedat???

Kalau korang nak tahu Ahmed Deedat ialah seorang pendakwah islam yang berkarisma, tawadhuk dan dapat berhujah dengan baik dengan pendakwah-pendakwah krisitan yang sering mahu menghancurkan umat islam dan mencemarkan agama islam yang suci ini.

Nama sebenar Ahmed Deedat ini ialah Sheikh Ahmad Hussein Deedat yang dikenali oleh orang ramai sebagai Ahmed Deedat. Beliau lahir pada 1 Julai 1918M di Gujarat, India. Bapa beliau merupakan seorang tukang jahit dan disebabkan kerjayanya itu bapa Ahmed Deedat berhijrah ke Afrika Selatan tidak lama selepas kelahiran Ahmed Deedat.

Tanpa mendapat pendidikan yang formal, Ahmed Deedat telah berhijrah ke Afrika Selatan untuk hidup bersama bapanya pada tahun 1927. Disaat beliau pergi ke Afrika Selatan merupakan perpisahan terakhir beliau bersama ibunya kerana beberapa bulan kemudian ibunya meninggal dunia. Di negeri asing, tanpa pendidikan yang formal beliau telah berusaha untuk belajar sehingga cemerlang di sekolah.

Pada tahun 1936 sewaktu beliau bekerja di sebuah kedai berhampiran sebuah sekolah menengah kristian di pantai Selatan Natal. Penghinaan daripada mubaligh kristian dalam menentang islam secara berterusan telah menaikkan semangat beliau untuk menghentikan propaganda mereka yang salah.

Beliau telah menjumpai sebuah buku berjudul Izharul-Haq bermaksud mengungkapkan kebenaran. Buku ini berisi teknik-teknik dan kejayaan usaha-usaha umat islam di India yang sangat besar dalam membalas balik gangguan daripada mubaligh-mubaligh kristian semasa penaklukan British di India. Dengan secara tidak langsung buku ini memberi idea bagi Ahmed Deedat berhujah dengan mubaligh kristian.


Dengan semangat yang baru, Ahmed Deedat membeli sebuah kitab bible dan mula berdebat dengan siswa-siswa mubaligh. Ketika mereka tergesa-gesa berundur dengan tidak teratur dalam menghadapi pendebatan. Secara tiba-tiba mereka memanggil guru-guru mereka. Tindakan Ahmed Deedat ini secara tidak langsung telah membuka pintu hati beberapa ribu orang krisitan untuk memeluk agama islam. 


Ahmed Deedat juga telah menjadi anggota terawal dari Islamic Propagation Centre International (IPCI) dan menjadi pengerusi. Jawatan ini dipegangnya sehingga akhir hayatnya. Beliau telah menerbitkan buku sebanyak 20 buah buku dan menyebarkan salinan secara percuma.


Ahmed Deedat meninggal dunia pada 20 0gos 2005. Walaubagaimanapun perjuangannya masih diteruskan walaupun beliau sudah tiada lagi di dunia..


Sumber maklumat: The choice dialog islam & krisitan by Ahmed Deedat... Belilah tak rugi pun..HUHUHU~

Dalam buku ini tulis mengenai tajuk perhujahan beliau dengan mubaligh-mubaligh krisitan :)

commentbox

Powered by ShoutJax

Sekadar Renungan

Sesungguhnya pada kejadian langit & bumi pada pertukaran malam & siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan & keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu bagi orang-orang yang mengingati semasa mereka berdiri & duduk & semasa mereka berbaring mengiring. Mereka memikirkan kejadian langit & bumi sambil berkata " Wahai tuhan kami! Tidakkah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. Wahai Tuhan Kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya & orang-orang yang zalim itu tidak akan beroleh penolong pun. Wahai Tuhan Kami! Sesungguhnya kami telah mendengar segala penyeru (rasul) yang menyeru kepada iman. Katanya Berimanlah kamu pada tuhan kmu maka kami pun beriman. Wahai Tuhan Kami! ampunkanlah dosa-dosa kami & hapuskanlah daripada kami kesalahan kami & matikanlah kami bersama-sama orang-orang yang berbakti. Wahai Tuhan Kami! Berikanlah kepada kami pahala yang Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu & janganlah Engkau hina kami pada akhirat nanti. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". (Surah Ali-Imran ayat 190-194).
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons